Adsense

Selasa, 2 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Konsert Kemuncak Suria FM 2012

Posted: 02 Oct 2012 09:03 PM PDT

KONSERT KEMUNCAK SURIA FM 2012

Konsert Kemuncak Suria FM telah kembali! Acara tahunan Suria FM ini telah diadakan pada 29 September 2012 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Dengan bangganya konsert tahun ini telah dipersembahkan oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB) selaku penaja utama bagi Konsert Kemuncak Suria FM 2012 dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

Untuk tahun ini, pelbagai elemen segar, santai, ceria dan tarikan muzik terbaik akan dihidangkan untuk konsert dan aktiviti karnival yang akan bermula seawal jam 12 tengahari.

PENYAMPAI SURIA FM

Seawal bermulanya acara karnival, ribuan orang sudah membanjiri Dataran Putrajaya untuk menghangatkan lagi acara santai ini. Tepat jam 5, kawasan hadapan pentas mula penuh apabila pra konsert bermula. Dengan persembahan hebat daripada Aryan Band, Nadia, Arrora Salwa, Rania Anis, Drama Band dan Klangit, penonton tidak berganjak hingga jam 7 petang. Tiba ke acara kemuncaknya pada jam 8.30 malam, pentas utama semakin gamat apabila persembahan pembukaan oleh para penyampai Suria FM dengan tarian Oppa Suria Style.

Kemeriahan terus disambung dengan persembahan pertama oleh kumpulan Nico dan ia mengundang sorakan orang ramai dengan membawa para penari cilik. Persembahan diteruskan dengan aksi dari kumpulan Mojo, Shila Amzah, Aliff Aziz, 6ixth Sense, Jimmy Palikat, One Nation Emcees, Alyah, Ella dan Faizal Tahir sebagai penutup. Konsert ini juga diselang-selikan dengan 8 orang penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Nabil Ahmad, Kenchana Devi, Reza Mohamed, Bob Ringgo, Linda Onn, Tyzo, DJ Lin serta selebriti terkenal Sharifah Shahira sebagai hos jemputan.

Dengan barisan artis ternama serta aktiviti-aktiviti yang menceriakan, seramai 30,000 orang penonton pada malam itu ternyata terhibur dengan Konsert Kemuncak Suria FM 2012. Pada malam itu juga, buat pendengar yang tidak berkesempatan untuk datang, konsert ini juga turut boleh didengari secara terus di 105.3FM. Sebagai salah satu penghargaan buat para pendengar setia kami, Suria FM berterima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini. Ayuh nantikan Konsert Kemuncak Suria FM 2013!

CROWD 2

CROWD 1

PEMBUKAAN OLEH NICO

NICO 1

NICO

MOJO

MOJO 2

SHILA AMZAH

ALIFF AZIZ

SIXTH SENSE

CROWD 3

ALYAH

ONE NATION EMCEES & JIMMY PALIKAT

ELLA

AKSI PENYAMPAI SURIA FM

ELLA 2

FAIZAL TAHIR

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Album The Best Of Innuendo

Posted: 02 Oct 2012 08:25 PM PDT

THE BEST OF INNUENDO

Masihkah anda ingat pada kumpulan R&B yang sangat popular suatu ketika dahulu dengan single mereka bertajuk "Belaian Jiwa"? Lagu ini telah memperkenalkan INNUENDO ke mata dunia dengan sekelip mata. Kumpulan yang dianggotai oleh empat orang anak muda; Reymee, Taj, dan ini, merupakan perintis muzik R&B di Malaysia.

Kelebihan INNUENDO terletak pada kekuatan vokal mereka, termasuk secara individu mahupun berharmoni; Reymee dengan nada yang tinggi dan berkeupayaan adlib, Pot dengan suara tenor yang konsisten dan matang, Taj mewakili suara baritone yang lunak, manakala Sam dengan suara bernada rendah yang bertenaga.

Album The Best Of Innuendo

Di samping kelebihan suara setiap anggota kumpulan ini, INNUENDO juga begitu teliti dalam penyampaian setiap lagu-lagu mereka. Gabungan empat suara emas yang saling melengkapi ini digunakan sebaiknya melalui susunan vokal yang begitu dinamik dan harmoni. Hal ini menjadikan persembahan setiap lagu mereka kedengaran begitu sempurna, bukan hanya setakat membuai perasaan setiap pendengar, malah muzik mereka yang begitu indah mampu membuatkan setiap hati terpaut pada dendangan mereka.

Kebolehan INNUENDO menyampaikan lagu-lagu 'soul' dan R&B adalah tiada tolok bandingnya. Pada sekitar akhir tahun 90an, INNUENDO telah berjaya meletakkan nama mereka di peringkat yang tinggi di persada muzik tanah air. Dengan bimbingan selaku penerbit album, INNUENDO telah diangkat sebagai ikon muzik R&B di Malaysia.

Fenomena INNUENDO tidak hanya tertumpu pada industri muzik sahaja, kegilaan INNUENDO juga menjadi kegemaran pihak-pihak penaja. Mereka juga menjadi pilihan utama untuk membuat persembahan pada rancangan-rancangan TV berprofil tinggi, kelab-kelab ekslusif, pelancaran produk-produk terbaru dan juga menjadi duta bagi produk-produk terkenal.

Pada zaman kegemilangan ini juga, INNUENDO telah memecahkan rekod (AIM 1998) menerusi album pertama mereka apabila berjaya membolot enam anugerah daripada 9 kategori yang dicalonkan. Anugerah-anugerah yang telah dimenangi adalah Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik, , Album Inggeris Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik (Belaian Jiwa) dan Lagu Terbaik (Selamanya) menerusi album sulung mereka.

Sepanjang karier nyanyian mereka, INNUENDO telah berkesempatan merakam 2 buah album di bawah naungan Positif Tone/EMI yang bertajuk Innuendo (1997) dan Brandnuendo (2002). Mereka juga berpeluang bekerjasama dengan beberapa artis terkenal tanah air ketika itu seperti TOO PHAT, POETIC AMMO, RUFFEDGE, VE, CAMELIA, SHEILA MAJID dan beberapa artis lain.

Kini, setelah hampir sepuluh tahun berlalu, muzik INNUENDO masih lagi segar dalam ingatan peminat muzik tanah air. Pihak Warner Music Malaysia bersama EMI Malaysia telah mengambil inisiatif dengan memasarkan sebuah album kompilasi khas buat para peminat INNUENDO yang tentunya mendambakan karya idola kegemaran mereka ini. Dengan menampilkan lebih 30 buah lagu, album ini tentunya mengembalikan nostalgia kegemilangan INNUENDO suatu ketika dahulu. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi THE BEST OF INNUENDO ini termasuklah SO GOOD INSIDE, ONLY DANCIN', BELAIAN JIWA, SELAMANYA, ONLY YOU, AKHIRNYA (ft CAMELIA), RATU HATI, JEZZEBELLE (TOO PHAT ft INNUENDO), FATHER WITH US (POETIC AMMO ft TAJ), MVP (NAUGHTIUS MAXIMUS ft INNUENDO), dan IT'S NICE TO BE ALIVE (POETIC AMMO ft SAM). Album ini boleh didapati di pasaran bermula 2hb Oktober 2012 dengan harga RM27.90.

Senarai lagu THE BEST OF INNUENDO

Disc 1

1. Inn-Tro

2. So Good Inside

3. Just For You

4. Squeeze

5. Don't You Wanna Be

6. Gemawan

7. Swithching Of

8. Only Dancin'

9. Belaian Jiwa

10. Live Feel

11. Until The End Of Tmie

12. Body Song

13. A Lost Fairy Tale

14. Forever

15. Booties In The City

16. Come On With Me

17. 12 The Movies

18. Selamanya

19. Surroundtype Me

Disc 2

1. Only You

2. Akhirnya (With Camelia)

3. Back To The Future

4. The Way We Like It

5. Nanti (With Ruffedge & Ve)

6. Cant Wait (The Proposal)

7. Tidur Sayang

8. If I Could

9. Innuendo Feel

10. Tell Me

11. Movie Intermission

12. Ratu Hati

13. Body Song (Remix)

14. Jezzebelle – Too Phat Feat Innuendo

15. Trois

16. Father Be With Us – Poetic Ammo Feat Taj

17. Mvp – Naughtius Maximus Feat Innuendo

18. It's Nice To Be Alive – Poetic Ammo

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: