Adsense

Selasa, 2 Oktober 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Mizz Nina Kembangkan Karier Ke Australia

Posted: 02 Oct 2012 07:04 PM PDT

Mizz Nina akan mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Take Over di Melbourne dan berharap ia dapat diterima oleh peminat negara itu. - Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH
KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina bakal mengembangkan karier seninya di Australia pada hujung bulan ini selepas menjelajah ke Amerika Syarikat Januari lalu.
Mizz Nina, 30, berkata, dia akan mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Take Over di Melbourne dan berharap ia dapat diterima oleh peminat negara itu.
"Kita akan mulakan di Melbourne untuk melancarkan album Take Over sebelum menjelajah ke kawasan lain.
"Selepas Amerika Syarikat, saya berharap akan dapat di terima di Australia pula selepas ini," katanya kepada mStar Online selepas ditemui pada majlis pelancaran programRaikan Cinta dan Destinasi Cinta Bersama AirAsia di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Mizz Nina memberitahu kunjungannya ke Australia antara lain untuk mengintai peluang dengan melawat beberapa buah syarikat rakaman bagi membolehkan dia menerbitkan album di negara itu.
"Seperti mana yang saya lakukan semasa menjelajah ke Amerika Syarikat, saya akan melakukan perkara sama iaitu memperkenalkan muzik saya dan mendapatkan perjanjian rakaman," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Mizz Nina berkata dia baru sahaja melancarkan singleterbarunya berjudul Summer Burning khas buat peminatnya.
Dia memberitahu, lagu tersebut dicipta oleh DJ Poet yang sering bekerjasama dengan kumpulan Black Eyed Peas dan Fergie.
"Single terbaru ini tidak terdapat dalam album Take Over dan ia adalah lagu baru khas untuk para peminat.
"Bagaimanapun jika mereka ingin mendapatkan album single ini mereka hanya perlu membeli barangan daripada label saya iaitu Mizz Nina dan ia akan diberikan percuma dengan setiap pembelian," katanya.
Peminat boleh melayari laman web www.mizzdemeanor.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Dalam perkembangan lain, Mizz Nina berkata dia dan suaminya, Noh (Hujan) akan berangkat ke Pulau Borocay, Filipina selama empat hari bermula Sabtu ini untuk penggambaran program Destinasi Cinta Bersama AirAsia.
"Saya sangat teruja dapat berbulan madu sekali lagi dengan suami dan berharap percutian ini akan memberi makna kepada kami," ujarnya.
- ---

Saya Tidak Tiru Ella - Kaka

Posted: 02 Oct 2012 07:03 PM PDT

Kaka
KUALA LUMPUR: Penyanyi baru Kaka menegaskan dia tidak pernah meniru personaliti ratu rock negara iaitu Ella seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 23, berkata, dia pelik apabila ada pihak yang berpendapat dia cuba menarik perhatian ramai dengan meniru gaya penyanyi itu memandangkan kedua-dua mereka mempunyai pertalian darah.
"Maaf, saya tak tiru Ella. Saya tak tahu nak cakap apa apabila ada yang menganggap saya ingin jadi seperti dia.
"Ini semua gara-gara saya dilihat kerap bermain rambut sendiri, sama seperti Ella yang juga ibu saudara saya itu. Jujur saya katakan, tabiat itu sudah lama ada dalam diri sejak kecil lagi.
"Malah saya percaya, kebanyakan wanita memang gemar bermain atau memintal rambut," katanya.
Baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan single lagu Bawaku pergi (menampilkan Zizan Razak) dikritik apabila dikatakan cuba meniru gaya Ella daripada segi percakapan, lenggok berjalan serta cara dia "bermain" rambut.
Tambah Kaka, andai kata karakternya itu benar-benar ada persamaan dengan Ella, ia mungkin kerana kedua-duanya memiliki pertalian darah.
"Pelik rasanya apabila berada di situasi seperti ini kerana saya sering menjadi diri sendiri tidak kiralah sebelum bergelar penyanyi mahupun selepas.
"Malah genre muzik kami juga berbeza iaitu saya lebih ke arah pop dan R&B manakala Ella pula bermuzik rock," ujarnya.
Dalam pada itu dia akui perkara tersebut hanyalah sebahagian daripada ujian untuknya dalam mengejar impian sebagai penyanyi yang berjaya.
- ---

JD diculik sebab dendam, marah

Posted: 02 Oct 2012 07:01 PM PDT

SEBAHAGIAN daripada lima suspek berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Lima lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes menculik juruhebah (DJ) stesen radio Best 104, Johor pada Sabtu lalu selepas mangsa dikatakan menolak cinta seseorang Ahad lalu diberkas semalam menjadikan penculik yang ditahan setakat ini meningkat kepada tujuh orang.
Pada Ahad lalu, polis memberkas dua suspek termasuk bekas kekasih juruhebah yang popular dengan panggilan JD itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, kelima-lima suspek yang berumur 15 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar negeri ini pada pukul 2 pagi.
Kelima-lima suspek itu direman bermula semalam hingga 8 Oktober depan manakala bekas kekasih JD dan seorang lagi suspek direman sehingga 7 Oktober ini.
- ---

Iqram Dinzly Mahu Jadi Baik Kerana Kekacauan

Posted: 02 Oct 2012 06:59 PM PDT

Iqram Dinzley. Foto MUHAMAD ZUL HAFIZ BAHRIN
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Iqram Dinzly berhasrat untuk berubah menjadi insan lebih baik seiring dengan peningkatan usianya yang kini sudah mencecah 31 tahun.
Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, kesedaran itu mula terbit sejak beberapa bulan selepas dia melihat kekacauan yang berleluasa di merata tempat ketika ini.
"Sukar untuk saya jelaskan dengan kata-kata tetapi kesedaran mula terbit sejak kebelakangan ini. Saya tidak mahu mencanangkannya kerana bimbang jika khalayak tersalah anggap.
"Saya mahu mengenali diri dan berubah ke arah kebaikan. Namun, proses hijrah ini bukan perkara remeh yang boleh dilakukan secara mengejut dan drastik. Ia perlu dilakukan secara berperingkat," katanya.
Iqram berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program pelancongan 'Korea Winter Ski & Menjejak Lokasi-Lokasi Hebat Drama Korea' anjuran Safirgotravel, di sini, petang Selasa.
Iqram berkata, antara perubahan besar yang dialaminya termasuklah tiada keinginan untuk keluar bersosial, menjaga batas pergaulan dan mengawal tingkah laku.
"Saya bersyukur kerana Tuhan menarik nikmat dan keseronokan duniawi yang tidak patut ada dalam diri saya selama ini.
"Namun, saya tidak pernah kesal dengan apa juga kesilapan yang pernah berlaku kerana ia adalah pengalaman yang berguna untuk saya.
"Apa yang saya harapkan selepas ini agar saya menjadi insan yang lebih baik dan dijauhi daripada kesilapan lalu," katanya.
- ---

Anggota Polis Minta Sogokan, Deejay Tyzo Buat Laporan

Posted: 02 Oct 2012 06:43 PM PDT

Tyzo berharap orang ramai tidak takut untuk membuat laporan mengenai kegiatan rasuah penjawat awam. Foto FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Percubaan seorang anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo bakal menerima padah apabila penyampai radio Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris berkata, dia terpaksa melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota mereka.
"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.
"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan," katanya di sini, Selasa.
Tyzo diminta mengulas luahannya menerusi segmen 'Citra Muzik Di Suria FM' (8 malam hingga 11 malam) yang dikendalikannya pada malam Isnin lalu yang antara lain turut berkongsi pengalaman apabila seorang anggota polis cuba meminta sogokan ketika menahannya.
Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.
Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.
Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.
"Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya," jelas Tyzo.
Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.
Ujar Tyzo lagi, dia mendapat respons yang positif apabila seorang pegawai kanan polis dari bahagian tatatertib, Bukit Aman telah menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah serupa.
"Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana memandang kes ini dengan serius demi kebaikan anggota polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa benar-benar mahu membanteras kegiatan rasuah di negara ini," ujarnya.
Sehubungan itu Tyzo juga menyarankan kepada orang ramai agar tidak takut untuk melaporkan salah laku penjawat awam atau sesiapa sahaja agar perbuatan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya.
- ---

Tatu Itu Hanya Hiasan - Amanda Imani

Posted: 01 Oct 2012 10:29 PM PDT

Amanda Imani. Foto NOARFIFI EHSAN
PETALING JAYA: Penyanyi Amanda Imani menjelaskan lakaran tatu yang terdapat pada kaki kirinya hanyalah sekadar pelekat tatu hiasan yang tidak kekal.
Amanda, 21, berkata, ia merupakan pelekat yang dipakainya sebagai aksesori ketika mengadakan persembahan pentas dan boleh dibuang pada bila-bila masa dan ia bukanlah tatu kekal seperti mana yang diperkatakan.
"Kelakar rasanya apabila orang perhatikan saya sampai ke buku lali. Tetapi jujur saya katakan itu bukan tatu sebenar.
"Ia merupakan hadiah pemberian rakan saya dan hanyalah pelekat biasa yang kelihatan seperti tatu.
"Saya harap tiada yang ambil peduli tentang gosip remeh itu," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.
Amanda diminta mengulas laporan menerusi ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mempersoalkan lakaran tatu pada kakinya.
Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbaharu, Amanda bakal mengarah sendiri klip video lagunya iaitu, Fobia Cinta buat pertama kali.
Walaupun tidak berpengalaman di bidang pengarahan, Amanda menganggap ia sebagai satu cabaran untuk melihat sejauh manakah kemampuannya di bidang itu.
"Sebab itu saya mengarah klip video sendiri. Sama ada ia menjadi atau tidak, klip video itu adalah lagu saya.
"Bagaimanapun saya tidak melakukan sesuatu bidang dengan pengetahuan yang kosong. Sebaliknya, sejak dua tahun lalu, saya mula mengambil kesempatan untuk belajar hal-hal di belakang tabir agar skop kerjaya saya lebih meluas," tuturnya.
Tambah penyanyi seksi itu, andai kata klip video itu berjaya mendapat perhatian ramai, dia tidak teragak-agak untuk mengembangkan bakatnya itu dengan mengarahkan klip video penyanyi lain pula.
"Itu semua masih dalam perancangan. Insya-Allah, jika bakat bidang pengarahan klip video disukai ramai, apa salahnya untuk cuba mengarah klip video penyanyi lain pula bukan?" katanya.
- ---

Kurang Manis Bercerita Mengenai Hans Isaac - Neelofa

Posted: 01 Oct 2012 10:28 PM PDT

Neelofa tidak mahu lagi mengulas kisah hubungan dengan Hans. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Neelofa enggan mengulas mengenai kisah hubungannya dengan aktor dan penerbit Hans Isaac kerana ia adalah satu bentuk tindakan yang kurang manis.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, kekerapannya bercerita mengenai hubungan mereka boleh mengundang persepsi yang buruk dan tidak adil buatnya kerana lelaki itu jarang membuka mulut mengenai hal mereka selama ini.
"Kalau boleh saya sudah tidak mahu beri apa-apa kenyataan berhubung kisah saya dan Hans lagi. Sebagai gadis Melayu, saya anggap tindakan itu kurang manis dan tidak adil bagi pihak saya.
"Sejak awal-awal lagi, cuma saya yang banyak bercakap mengenai cerita (hubungan) itu sedangkan dia hanya berdiam diri. Rasa tidak seronok juga apabila saya sahaja yang buka mulut," katanya ketika ditemui  baru-baru ini.
Aktres filem Hantu Kapcai itu berkata, hubungan mereka yang bermula sejak beberapa bulan lalu masih berjalan seperti biasa.
Neelofa dilantik sebagai duta produk Kong Koil untuk tiga tahun bermula Mei lalu.
"Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada apa-apa yang serius buat masa ini. Dia baru sahaja melalui kejadian sedih selepas kehilangan ibunya baru-baru ini.
"Jadi saya tidak mahu mengusutkan keadaan dengan cerita remeh-temeh sebegini," katanya.
Mengenai kerjaya, Neelofa berkata, dia mahu berehat daripada komitmen lakonan selama sebulan kerana masih kepenatan dengan pembabitan dalam drama bersiri Kau Yang Terindah sejak tiga bulan lalu.
"Saya mahu berehat daripada berlakon buat sementara waktu. Sebelum ini, saya begitu penat dengan komitmen lakonan drama bersiri Kau Yang Terindah yang memakan masa selama tiga bulan penggambaran tanpa henti.
"Secara kebetulan, penggambaran filem Pilot Cafe yang dijadualkan bermula pada pertengahan Oktober ini juga ditangguhkan ke Januari depan, jadi dapatlah saya berehat seketika," katanya.
Terbaru, Neelofa baru sahaja memeterai perjanjian sebagai duta produk tilam King Koil untuk tempoh tiga tahun bermula Mei lalu.
Katanya, pelantikan tersebut adalah sebagai strategi jenama itu untuk menembusi pasaran di kalangan pengguna Melayu.
- ---

Insiden Dihempap Lampu, Alyah Masih Fobia

Posted: 01 Oct 2012 10:27 PM PDT

Alyah ketika mengadakan persembahan pada Konsert Kemuncak Suria FM 2012 di Dataran Putrajaya, malam sabtu lalu.
PUTRAJAYA: Kecederaan bahagian belakang badan penyanyi Alyah akibat dihempap sebuah lampu acara (spotlight) pada 14 September lalu menyebabkan dia berasa fobia sehingga hari ini.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 31, berkata, insiden yang berlaku pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas, Petaling Jaya itu membuatkan dia berasa takut dan gelisah ketika berada di lokasi sesebuah persembahan.
"Saya jadi fobia dan trauma sehingga hari ini kerana insiden itu. Perasaan kurang selesa dan takut-takut itu akan datang secara automatik apabila saya berada di belakang pentas atau lokasi sesebuah persembahan.
"Kemalangan itu pun berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka namun saya sedang cuba mengatasi ketakutan itu," katanya ketika ditemui di sini.
Pada kejadian 14 September lalu, penyanyi yang sedang popular dengan Kau Yang Terindahitu dikejarkan ke Pusat Perubatan KPJ Damansara dekat sini selepas sebuah lampu acara terbalik lalu terjatuh ke atas belakangnya pada majlis rumah terbuka berkenaan.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.
Ditanya mengenai status kecederaan itu, Alyah berkata, dia masih lagi menjalani pelbagai proses pemulihan walaupun keadaannya beransur baik.
"Saya masih lagi menjalani proses fisioterapi dan rawatan tradisional cara Cina. Alhamdulillah, kecederaan itu tidak serius dan tidak mengakibatkan saya menjadi lumpuh seperti didakwa.
"Pada awalnya, saya kerap bergantung pada ubat penghilang kesakitan tetapi keadaan bertambah baik sekarang," katanya.
Mengenai perkembangan hubungannya dengan pengarah muzik Datuk Ramli MS, Alyah berkata, dia tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu pada waktu ini kerana mahu memberikan keutamaan kepada urusan kerjaya dahulu.
"Hubungan itu memang masih ada, cuma saya tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana belum ada perancangan atau hala tuju tertentu.
"Saya mahu memberikan tumpuan kepada persiapan untuk rakaman album baru dan mini konsert yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan," katanya.
- ---