Adsense

Selasa, 2 Oktober 2012

Celebrity News

Celebrity News


Download Soalan Peperiksaan SPM

Posted: 02 Oct 2012 02:12 AM PDT

Debaran Peperiksaan SPM 2012 yang akan berlangsung pada 5 November hingga 6 Disember 2012 ini, dan ia semakin dirasai oleh adik-adik kita. Bagi adik-adik yang akan menghadapinya, pastinya sekarang ini tercari-cari Koleksi Soalan Percubaan Peperiksaan SPM 2012 terkini untuk latihan dan rujukan.



Hari ini ZoOM ingin berkongsi dengan  adik-adik dengan beberapa soalan-soalan yang boleg digunakan oleh adik-adik kita nanti sebelum menempuh hari sebenar., Semoga soalan-soalan yang adik download nanti dapat membantu adik-adik untuk memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM nanti.


Antara soalan-soalam Percubaan SPM 2012 yang boleh adik-adik download;

1. Kertas Percubaan SPM 2012 Sekolah Berasrama Penuh

2. Kertas Percubaan SPM 2012

3. Kertas Percubaan SPM 2012 MRSM

4. Kertas Percubaan SPM 2012

5. Koleksi Kertas Percubaan SPM 2011, 2010, 2009 dan 2008

6. Soalan Percubaan SPM 2012 

- Jika dah download Soalan Peperiksaan SPM 2012, jangan lupa buat latihan dengan kawan-kawan tau. Dan jika Tak tahu, tanya guru atau keluarga ! Insya Allah ..dengan berkat kesungguhan dan kesabaran adik-adik,  akan memperolehi kejayaan nanti. Amin !


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Cara Daftar Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Secara Online

Posted: 02 Oct 2012 01:12 AM PDT

Untuk makluman semua, pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia hanya akan dilaksanakan mulai November 2012 secara atas talian (online) ataupun melalui kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.



daftar+bantuan+rakyat+1malaysia+2.0+online


Untuk melicinkan proses perlaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia kali ini. Pemohon yang telah mendaftar dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebelum ini, tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Hanya pemohon BR1M yang gagal dalam pemohonan sebelum ini sahaja diminta untuk mendaftar semula. Syarat-syarat isi rumah yang layak untuk memohon sama seperti dalam Borang Bantuan Tunai RM500 LHDN Budget 2012 sebelum ini

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kali ini juga diperluaskan kepada golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan. Bagi yang layak, mereka akan menerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM250 secara one off.


Pemberian BR1M 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit.

 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Kisah Kekasih Kantoi Di Ranjang

Posted: 02 Oct 2012 01:04 AM PDT

"betul yati, buat apelah aku bohong, si farid dah ada teman sekatil mase ko takde kat sini, body dia solid mcm biola, suaranya merdu menusuk hati, aku tak tipu ko, si faizal yg bgtau kat aku." yati terkejut bercampur geram mendengar kata-kata ina, teman serumahnya. sampai hati farid sanggup menduakannya. masih belum cukupkah layanan yang aku berikannya kepadanya.

segalanya telah ku serahkan kepadanya, maksud aku hati aku ni, takkan setelah aku serahkan body baru dia setia padaku. aku lihat diriku pada cermin, apa kurangnya aku ni, muke dah le cute, body jgn ckp le, pernah orang ckp yg aku ni lebih cantik dari nasha a! ziz. tak boleh jadi ni, esok aku mesti pergi ke rumah farid, biar aku ajar pompuan yg tak sedar diri tu.

aku nak lihat secantik mana dia tu, menurut lina, cutting badannya seksi macam biola, habis tu ape kurangnya aku..sampai hati farid sanggup mencari pompuan lain sebagai teman sekatil dia, tu baru seminggu aku tinggalkan dia kerana pergi berkursus, kalo sebulan..
keesokan paginya aku pergi ke rumah farid. dari jauh aku terdengar suara. itu bukan suara farid. memang sah, farid berkongsi ranjang dengan orang lain.

tetiba aku terdengar suara faizal, teman serumah farid." cepatlah farid, buka zip dia, aku tak sabar dah ni, malam tadi ko je yang main, bile plak turn aku, aku dah gian gile sebab dah lama tak main"..


masya-allah. .apa nak jadi dengan pakwe aku sekor ni, siap bertukar2 turn plak ni, kecian betul kat pompuan sekor tu, tak pasal2 jd mangsa kerakusan 2 org lelaki..ni tak boleh jadi, aku mesti pantas bertindak..ape nak jadi, jadilah..

dgn penuh marah aku terus meluru ke dalam bilik. "sampai hati abang menduakan yati, selama! ni yati setia kat abg, ni ke balasan abg terhadap segala pengorbanan yati selama ni"..

" eh... bile yati sampai, kenape tak call abg dulu"

"yati memang sengaja tak nak bgtau abg, yati nak saksikan sendiri kecurangan abg, mana betina tu, biar aku ajar2 pompuan murahan tu"

"ape yg yati merepek ni, mana ada pompuan dlm umah ni, si faizal ada le.."

"abg jgn nak cube tipu yati, ina ada bgtau yati yg abg ada teman sekatil, lgpun td yati dengar perbualan abg dgn faizal tadi, mana abg sorokkan dia?"

"bertenang yati, memang benar abg dah duakan yati, tapi yati harus terima dia jugak, abg benar2 sygkan dia, lgpun dia masih baru"

"yati tak kira, sekarang abg pilih samada yati @ betina jalang tu?"

"ape yang ko merepek ni setan, takkan dgn gitar baru aku ni pun ko nak cemburu buta?.siap nak berpisah, ko ni dah tak betul ke?"


malu gile aku pagi tu... celaka punye ina, jaga kauuuuu... ... ... ... ... ...

kuang...kuang...kuang


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Janda Yang Dahaga

Posted: 02 Oct 2012 12:51 AM PDT

Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 


Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

Wah, sepenuh hati korang membaca nyer. Ha...haa...haaa....

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Luahan Seorang Isteri Yang Kecewa Dengan Suami

Posted: 02 Oct 2012 12:40 AM PDT

Dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa
anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah
diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri



kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada,
ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang
kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab
takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Lawak : Bihun VS Mee

Posted: 01 Oct 2012 11:34 PM PDT

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!