Adsense

Sabtu, 13 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Bogel Christina Aguilera Untuk Album Terbaru

Posted: 13 Oct 2012 03:11 AM PDT

Banyak perubahan yang dapat dilihat sejak Christina Aguilera mengeluarkan single Dirrty sekitar 2002. Dan sekurang-kurangnya, video pop kontroversi telah menjadi inspirasi kepada banyak bintang Hollywood antaranya Rihanna dan Lady Gaga dalam menyuntik artwork mereka untuk pasaran arus perdana.

Kali ini untuk album terbaru ditampilkan. Penyanyi berusia 31 tahun itu dikatakan sanggup berbogel untuk kulit album terbarunya Lotus yang bakal dipasarkan November ini.

Pendedahan ini dilakukan sendiri olehnya menerusi akaun Twitter miliknya yang turut menunjukkan gambar penghias kulit albumnya itu.

Dalam gambar itu, Aguilera kelihatan berdiri tegak bersama bunga teratai di samping rambutnya yang berwarna putih menutupi sebahagian dadanya.

Menurutnya, gambar berbogel yang digunakan itu amat bersesuaian dengan idea album terbarunya yang mengetengahkan konsep kelahiran semula.

Bogel Photo Christina-Aguilera-Lotus-Feature

christina-aguilera-lotus-album-cover

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Wonder Girls Berjaya Elak Diserbu Peminat di KLIA

Posted: 13 Oct 2012 02:57 AM PDT

Kumpulan sensasi Korea, Wonder Girls kini telah pun berada di Malaysia untuk Konsert Wonders Girls pada malam ini. Barangkali ketika ini mereka di hotel atau keluar makan malam atau bersiap-siap mahu bersiar-siar dan menikmati malam hari di kota Kuala Lumpur. Atau… ke stadium untuk soundcheck. Mungkin.

Yubin, Yeeun, Sunye, Sohee dan Hyelim selamat menjejakkan kaki di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 4.30 petang tadi dan kira-kira 100 Wonderfuls (gelaran untuk peminat) telah sedia menunggu di perkarangan ruang ketibaan, seawal jam 3 petang lagi.

Wonder Girls Konsert Kuala Lumpur

Menghampiri jam 6.30 petang kelibat Wonder Girls masih belum kelihatan. Namun fans tidak berputus asa, mereka masih gigih menanti.

Sayang, tunggu punya tunggu punya tunggu, sekitar jam 7.30 tadi kekecewaan menyelubungi rata-rata peminat apabila akhirnya mereka akur gagal hasrat mahu menjadi antara yang terawal mengucapkan selamat datang kepada Wonder Girls tidak kesampaian.

Menurut sumber, Wonder Girls tidak keluar mengikut laluan ketibaan. Tidak berputus asa, peminat terus bergerak ke ruang ketibaan VIP namun tetap hampa. Sebaliknya difahamkan Wonder Girls menyusup keluar dari KLIA menggunakan 'laluan rahsia'.

Peminat mula membanjiri KLIA sebaik menyedari pada tengah hari tadi, salah seorang daripada anggota kumpulan itu ada tweet sekeping gambarnya sendiri yang menunjukkan dia bersiap sedia untuk berangkat ke Malaysia.

Wonder Girls pernah menggemparkan persada hiburan global. Sekaligus menembusi carta Billboard Hot 100 USA menerusi lagu Nobody. Mereka juga pernah membuat kemunculan sebagai opening act di konsert Jonas Brothers World Tour 2009 dan konsert Justin Bieber's Valentine's Day 2010.

Sebelum ini Wonder Girls pernah berkunjung ke sini sempena konsert World Stage 2010 dan Konsert Twin Tower tahun lalu.

Kali ini atas nama konsert, Wonder Girls Wonder World Malaysia Tour 2012, Wonder Girls akan membuat persembahan di Stadium Negara, jam 7 malam esok (Sabtu). Konsert kali julung mereka ini dianjurkan oleh DAOL Entertainment Sdn. Bhd. Sumber

Wonder Girls Konsert Kuala Lumpur

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: