Adsense

Sabtu, 13 Oktober 2012

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Terperangkap dalam watak Twilight

Posted: 12 Oct 2012 06:59 AM PDT

EPISOD percintaan dua sejoli ini diibaratkan antara kisah yang paling diidamkan pasangan bercinta. Mana tidaknya, sebaik saja filem francais Twilight yang mereka bintangi 'meracun' peminat di seluruh dunia, mereka membawa pula kemesraan dari layar perak ke dunia sebenar.

Kedua-duanya kacak dan jelita, namun Julai lalu, hubungan Robert Pattinson, 26, dan Kristen Stewart, 22, berantakan gara-gara perhubungan sulit Kristen dengan pengarah Snow White and The Huntsman, Rupert Sanders terungkai.

Ia benar-benar satu kejutan buat industri hiburan sejagat lantaran reputasi hubungan mereka tidak pernah tercalit kisah negatif, namun tiba-tiba skandal itu melimpahi dada media. Apatah lagi buat dua pelakon ini, ia malapetaka bagi mereka.

Kesannya, mereka yang duduk sebumbung mengambil keputusan membawa haluan masing-masing sebelum jalan penyelesaian ditemui.


Bagaimanapun, mungkin berkat doa peminat yang masih mahu mereka bersama, ditambah dengan sisa cinta agung dalam hati masing-masing, mereka bersatu semula. Apabila jelas kesilapan itu berpunca daripada Kristen, Robert menetapkan syarat buat buat hatinya itu demi mengelakkan ia berulang kembali.


Secara rasminya, 9 Oktober lalu menjadi titik permulaan semula bagi mereka, malah keputusan untuk menjual rumah mereka turut tergendala. Turut menarik perhatian, Kristen juga dikatakan sangat akrab dengan rakan karib Robert iaitu Tom Sturridge dan cukup terseksa apabila berjauhan selama beberapa bulan.

Terbaru, Kristen pula dikhabarkan sudah mempunyai 'hobi' baru apabila terlalu kerap mencari kisah mengenainya di enjin carian Google. Akibat tertekan dengan kesilapannya yang ternyata mengaibkan itu, dia 'menghukum' dirinya dengan membaca semula setiap artikel negatifnya.

Lantas, tidak mahu teman wanitanya itu dibelenggu rasa bersalah, Robert menegahnya daripada berterusan berbuat demikian.

"Kebelakangan ini, dia sering terdorong untuk mencari pautan namanya di Google dan mencari sebanyak mana kisah teruk dirinya sebagai balasan kepada perbuatannya. Perkara itu sangat tidak sihat sampai saya terpaksa memarahinya dan suruh berhenti.

"Memang pada awalnya, dia cuma suka-suka menaip namanya, sama ada untuk melihat liputan filem selain laman twitter miliknya, tetapi akan berakhir dengan penemuan artikel negatif itu. Berikutan itu, dia akan mula rasa sangat lemah dan saya terpaksa menyuruh dia untuk jangan menyeksa lagi dirinya," kata jejaka yang digelar Lelaki Terseksi 2008 dan 2009 oleh majalah People itu.

Apapun kini, fokus mereka perlu ditumpukan semula sepenuhnya kepada sekuel filem The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 yang bakal ditayangkan di pawagam 22 November nanti.

Menjadi pengakhiran buat sekuel terbabit, jelas Robert dan Kristen sebak menerima kenyataan bahawa itulah penutup bagi kisah yang berjaya mengangkat mereka ke tahap sekarang.

Bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada kisah hebat itu, Kristen menyifatkan saat terakhir mereka bersama menjalani penggambaran itu sangat kelakar tetapi indah untuk dikenang.

"Jika saya diminta untuk membuat semula penggambaran pada esok juga, saya dengan hati yang senang akan kembali ke set kerana saya memang benar-benar gembira mendapat watak ini. Sudah empat tahun, bayangkan betapa sebatinya saya dengan filem serta produksi ini. Lantas, apabila diimbas kembali perjalanan sejak dari hari pertama, suka duka yang kami lalui memang tidak akan mampu diganti.

"Saya masih ingat lagi ketika babak perkahwinan dalam Eclipse, sesuatu yang sangat berat untuk dilaksanakan namun menjadi satu dari saat indah buat saya.
Pada babak terakhir saya bersama Lautner juga, saya tidak perasan itu akan menjadi yang terakhir bersamanya. Ia mengingatkan saya sewaktu kami menari selepas babak perkahwinan di Eclipse dulu. Sangat-sangat indah," katanya.

Buat Robert pula, dia mempunyai perancangan sendiri sekiranya tiba-tiba filem ini akan dihidupkan semula dan menggunakan pelakon baru.

"Semestinya ia sesuatu berita yang sungguh menggembirakan. Saya memang akan pasti mahu menonton bagaimana ia dihidupkan namun bersimpati kepada sesiapa yang akan mengambil alih watak saya. Saya pasti akan 'memusnahkan' dia dan mengadakan kempen untuk menentang mereka (pelakon baru).

"Walaupun saya tidak merasakan watak saya memberi kesan sepenuhnya kerana ia bercanggah dengan diri sebenar, akan tiba masanya saya mula buntu berbuat sesuatu dan mula berfikir mengikut karakter terbabit.

"Selepas berlakon tiga filem terdahulu, saya dapat merasai satu perasaan di mana saya masih lagi mahu berada dalam watak terbabit dan tidak ingin ia berakhir," katanya.

Menceritakan episod terakhir sekuel terbabit, Kristen menyifatkan apa yang mereka lakukan untuk menjayakan penama itu adalah luar biasa.

"Saya tidak mahu bercakap besar, namun banyak perkara hebat yang kami lakukan dalam bahagian dua filem ini. Mungkin ramai juga yang sudah tahu mengenainya, tetapi memang Bill Condon adalah pengarah yang paling sempurna mengarahkan buku keempat itu walaupun ada dua filem.

"Bella sudah bertukar menjadi puntianak dan segala nilai kemanusiaannya tidak lagi wujud. Saya memang ragu-ragu sekiranya ada perkara yang perlu saya tahan namun Bill menyuruh saya untuk mengikis semua itu dan menjelma seperti sifat puntianak.

"Dengan penamat sebegitu, saya pasti, ia bakal meruntun emosi penonton. Saya sudah menonton sebanyak empat kali bagaimana penghabisan kisah itu, saya mesti menangis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/12


Soseh Soseh: Perasan diri sudah hebat

Posted: 12 Oct 2012 06:51 AM PDT

PELAKON tidak banyak bercakap tetapi orang di belakang tabir lebih banyak bersuara. Apa yang SS dengar, pelakon sendiri seperti terpaksa kawal 'tone' hendak bercakap seolah-olah mereka dikawal orang di sebalik tabir tadi.

Orang itu juga sepeti cuba menjelaskan kenyataannya supaya karya dibuatnya kelihatan begitu sempurna. Pendek kata, apa diperkatakannya orang mesti setuju memandangkan dia pernah mencipta kejayaan menerusi karya di dalam dan luar negara sebelum ini.

Disebabkan perkara itu juga, beberapa rakan SS sempat bertanya, jika dia sudah dikenali mengapa masih tergila-gila mencari publisiti?

Daripada apa yang SS dengar dan lihat sendiri sebelum ini, orang di sebalik tabir ini memang terkenal dengan rasa bongkak dan apabila bercakap ibarat mesti

sampai siling bumbung!

SS tidak mahu memberi komen lanjut kerana ramai kurang menyenanginya dan ada juga mengatakan dia 'ego'.

Agak terkejut juga apabila dia terlepas cakap mengatakan yang dia akan bekerjasama dengan orang lain menyebabkan salah seorang kru produksi filem itu juga seperti menarik muka kelat 'control macho'.

Jika begini sikap orang di sebalik tabir menggelarkan diri mereka karyawan yang merasakan diri hebat, tenung muka dulu dalam cermin.

Ini kerana lambat laun orang akan meluat dan tahu kelemahan yang cuba ditutup disebabkan sikap merasakandiri selalu hebat.

SS: Pernah berjumpa karyawan luar yang 'cool' dan tidak menunjuk dengan pencapaian hebat pernah diraih.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/12