Adsense

Sabtu, 13 Oktober 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Nicky dapat izin suami

Posted: 12 Oct 2012 05:45 PM PDT

Legenda rock Indonesia kembali semula dalam seni suara

Lebih tujuh tahun menyepi, kehilangannya seperti tidak dijejak meskipun lagu nyanyiannya seperti Mengapa, Bias Sinar, Gelombang Kehidupan dan Cinta Di Kota Tua kekal menjadi siulan ramai.

Mengusung status sebagai legenda rock Indonesia, nama Nicky Astria tidak pernah padam daripada ingatan meskipun sepanjang tempoh itu kelibatnya tidak pernah disaksi peminat.

Memulakan karier nyanyian pada 1984, sepanjang tempoh itu pemilik nama lengkap, Nicky Nastitie Karya Dewi ini berkata, perjalanan panjang itu sempat membuatnya lelah.

Sempat berehat dua tahun


Hanya sempat berehat dua tahun sejak melancarkan album sulung, perkahwinan kali ketiga dengan Gunanta Afrina pada 5 Julai 2005 membawa wanita kelahiran Bandung itu menjauhi industri muzik.

Dapatkan naskhah BH Sabtu hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Samseng Siam

Posted: 12 Oct 2012 05:40 PM PDT

DIANGKAT daripada kisah benar, filem The Gangster - Antapal membawa penonton mengimbas kembali sejarah samseng pada era 50-an hingga 60-an di Thailand.

Pada era itu, samseng terpaksa lari menyelamatkan diri daripada dihapuskan tentera yang memerintah.

Filem ini mengetengahkan kisah dua pemuda iaitu Daeng, lakonan Somchai Kemklad dan Jod (Krisada Sukosol Clapp) yang berkerja di bawah ketua mafia paling berpengaruh di Bangkok.
Berbeza dengan zaman sekarang, samseng pada ketika itu bagaikan selebriti dan wira. Daeng dan Jod pula menguasai bandar Bangkok dan bagai dewa yang dipuja.

Namun kemegahan mereka tidak bertahan lama apabila pihak tentera mula menguasai Thailand. Ketika itu, samseng mungkin ditembak mati oleh tentera ataupun dipenjarakan sekiranya ditahan pihak terbabit.

Daeng dan Jod, antara samseng muda yang cukup terkenal era itu, terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri. Pada masa sama, dua pemuda, Thong (Sakarin Suthamsamai) dan Piak (Krisada Suparpprom) menyimpan hasrat untuk bekerja di bawah khidmat mereka.

Melihat kehidupan mereka dipenuhi kematian dan keganasan, Jod mula sedar gangsterisme bukanlah segala-galanya. Masa silih berganti, mereka perlu memilih sama ada untuk meneruskan aktiviti mafia atau sebaliknya.
Sarat adegan pertarungan, Antapal boleh dianggap judul khusus untuk peminat filem aksi. Babak lasak dipaparkan dalam filem ini pula tidak dinafikan tampak realistik, terutama adegan 'lawan pisau', adat pertarungan popular di kalangan samseng pada era itu, di mana tangan kedua-dua pihak diikat dengan tali.

Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Thailand, Dang Bireley's and Young Gangsters, arahan Nonzee Nimibutr yang dihasilkan pada 1997 pula, pasti mereka dapat menggambarkan perjalanan filem Antapal ini.

Di sebalik elemen keganasan diketengahkan, ia turut memaparkan unsur kasih sayang dan hubungan kekeluargaan, seperti yang dipaparkan menerusi watak Jod. Biarpun dia seorang samseng, ibu dan adiknya dilindungi melebihi dirinya sendiri.

Samseng juga digambarkan mempunyai hati dan perasaan, bukan hanya dikuasai amarah. Sutradara mahu penonton menyelami sifat kemanusiaan di sebalik sikap ganas luaran watak berkenaan.

Bukan itu saja, filem yang mengimbau ke era 50-an ini turut membawa penonton melihat kembali zaman kegemilangan Elvis Presley, ditambah dengan warna-warni gaya rock & roll serta stail hippie barisan pelakon.

Menariknya juga, filem ini turut memuatkan temubual sebenar bersama warga tua di Thailand.

Oh ya, mungkin ramai yang tidak tahu, pelakon utamanya, Krisada, ialah penyanyi rock Thailand terkenal manakala Somchai pula pelakon popular negara itu saat ini.

INFO

Filem: The Gangster - Antapal
Pengarah: Kongkiat Khomsiri
Genre: Aksi
Pelakon: Krisada Sukosol Clapp, Somchai Kemklad, Sakarin Suthamsamai, Krisada Supapprom, Pakchanok Wo-Onsri, Wasu Saengsingkaew, Boonsong Nakphu, Nantarat Chaowarat
Tarikh Tayangan: Mulai 11 Oktober 2012