Adsense

Khamis, 4 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


KEJUTAN : Tiket BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia Dibuka Semula Untuk Jualan

Posted: 04 Oct 2012 11:00 PM PDT

Pada 28 Julai lalu, lebih 3000 peminat sanggup menunggu 22 jam di perkarangan Fahrenheit88, Kuala Lumpur bagi mendapatkan tiket kumpulan K-pop yang paling popular ini. Difahamkan, kesemua tiket yang berjumlah 12 000 telah habis dijual dalam masa sehari melalui laman online mahu pun cawangan wakil tiket jualan. Wah, satu petanda bahawa demam K-pop memang mengila di Malaysia ni!

Ramai yang kecewa, mengeluh apabila gagal mendapatkan tiket. Bagaimanapun, pihak penganjur membuat kejutan apabila mereka membuka jualan tiket BIGBANG yang bermula pada harga RM188, RM488, RM588 di laman Redtix dan Ticketcharge pada pukul 11 pagi, 6 Oktober 2012 (Sabtu).

Menurut pihak penganjur, jumlah jualan tiket ditambah bagi memberikan peluang kepada semua peminat BIGBANG menyaksikan konsert yang secara julungnya diadakan di Malaysia.

Konsert jelajah BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 di Malaysia akan berlangsung pada 27 Oktober 2012 bermula pukul 8 pm di Stadium Merdeka.

Kontroversi : Foto Mirip Emma Maembong Dicium Teman Lelaki?

Posted: 04 Oct 2012 10:10 PM PDT

Jika sudah mula menempa nama dalam industri hiburan, apa sahaja perlakuan kita sama ada yang lepas atau pun yang akan datang pasti menjadi perhatian ramai juga. Sekeping foto didakwa mirip pelakon baru, Emma Maembong mula berlegar di ruangan internet sejak beberapa hari lalu menyaksikan wanita ini telah dicium oleh seorang lelaki, dipercayai teman lelakinya.

Kemesraan wanita ini jelas terpancar melalui beberapa foto berpelukan bersama teman lelaki di sebuah pusat peranginan, sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi serta kontroversi kurang enak di kalangan pengikut industri hiburan tempatan.

Baru-baru ini, Emma Maembong yang mula dikenali melalui drama 'Kau Yang Terindah' turut diselar oleh pihak wartawan sebagai 'minah propa' kerana gagal hadir ke sesi fotografi pada masa yang dijadualkan. Bagaimanapun, dia telah mengeluarkan kenyataan balas berupa minta maaf serta rasa kesalnya atas insiden tersebut.

Kontroversi demi kontroversi. Adakah Emma mahu mencipta nama dengan menggunakan jalan ini?