Gosip Artis Malaysia |
Itu Adalah Video Lama dan Saya Minta Maaf – Izara Aishah Posted: 04 Oct 2012 12:07 AM PDT Panas seketika bilamana video tarian ala tango yang menunjukkan Izara berpakaian mencolok mata tersebar di media sosial tempatan. GAM tak perlu kot nak kongsi video tu kat sini, buat kongsi dosa pula nanti. Apa kata kita baca pengakuan Izara sendiri sendiri mengenai video ini. Menerusi kenyatannya kepada Media Hiburan, Izara menerangkan yang video itu adalah video lama dan memohon maaf kepada peminat yang tersinggung. Kata Izara:- "Apa yang Izara boleh cakap, ia adalah video lama. Ketika itu Izara belum lagi menyertai Dewi Remaja. Izara dan teman sekolej melakukan projek khas untuk semester akhir pengajian. Tak sangka pula video tersebut dimuatnaik di laman Youtube selepas dikongsi oleh seorang rakan di Facebook." "Izara minta maaf kepada peminat yang tersinggung dengan kostum seksi yang Izara gayakan. Percayalah Izara sudahpun berubah dan tidak akan pakai lagi pakaian sedemikian. Ya, dulu Izara memang seksi tetapi seiring dengan kematangan usia, Izara sudah boleh membezakan mana yang baik dan yang buruk." GAM : Rasulullah pun menentang umatnya yang memaparkan keaiban umat yang lain... - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |