OHBULAN! |
Sikap Aidil Zafuan Ditegur Hakim Syarie Posted: 03 Oct 2012 08:59 PM PDT Pada tanggal 3 Oktober 2012 semalam, pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya telah menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal yang dibuat oleh pelakon Rita Rudaini Mokhtar terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak. Berhubung laporan Sinar Harian Online hari ini, bantahan yang dibangkitkan oleh Rita adalah mengenai kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut. Sewaktu perbicaraan berlangsung, peguam syarie, Ahmad Nazib Johari sebagai wakil pihak Aidil memaklumkan bahawa anak guamnya tidak dapat hadir dan beliau kemudiannya menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil kepada mahkamah. Aidil difahamkan tidak dapat hadir kerana dia sedang menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria. Berikutan penyerahan dokumen tersebut, Ahmad Nazib ditegur oleh Hakim Syarie Saharuddin Selamat agar menasihatkan anak guamnya berhubung kes tersebut.
|
Puteri Sarah Nafi Cium, Cuma Gigit Amar Alfian Posted: 03 Oct 2012 08:41 PM PDT Hangat! Ingat lagi kontroversi yang ditimbulkan pasangan ini dulu? Kini mereka tampil dengan gosip yang lebih hangat dan menyengat! Tak boleh lekang daripada kontroversi mungkin? Rasanya selebriti ini tak serik dengan isu yang ditimbulkan dulu. Bukan dulu pernah bercium ke? Sekarang bercium lagi? Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pasangan 'Bagai pinang dibelah dua ini'? Baru-baru ini, pasangan ideal tersebut hadir ke Pertandingan Akhir Hero Remaja. Namun apa yang memeranjatkan, Amar Alfian berani tampil dengan kesan ciuman pada pipi seperti yang dipaparkan dibawah. Bagaimana pun, penjelasan terbaru dari Puteri Sarah melalui Media Hiburan, menafikan bahawa dia mencium pipi Amar Alfian. Namun agak memeranjatkan juga pada kami apabila dia mengaku menggigit pipi teman lelakinya. "Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya bukannya mencium pipi Amar tetapi menggigitnya ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya mengigigtnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan. "Masa kejadian itu, di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya. "Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami." |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |