OHBULAN! |
Erti Korban Buat Nabil & Norish Karman Posted: 25 Oct 2012 11:50 AM PDT Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban kali ini, OHBULAN! menampilkan isu khas akan 'Erti pengorbanan' buat mereka yang bergelar anak seni. Menurut pelawak terkenal Ahmad Nabil Ahmad atau lebih mesra dipanggil Nabil memaklumkan bahawa, 'Korban' bagi dirinya bukan ketika sambutan hari Raya Haji sahaja, akan tetapi ia lebih melibatkan pelbagai perkara dan setiap masa. "Bagi saya, bila dah kahwin lagi banyak pengorbanan yang saya lakukan. Saya kena korbankan masa saya untuk kerja dan keluarga. Pada saya, apa pun yang saya buat keluarga adalah yang pertama." "Dalam kerjaya, saya telah banyak menolak tawaran 'outstation' kerana saya lebih fikir dan pentingkan isteri saya. Lagipun tak lama lagi saya akan sambut orang baru. Dulu saya sorang-sorang, jadi tak kisah dengan semua tu. Semuanya main sapu je." "Sekarang ni saya perlu korbankan sedikit kerjaya saya demi orang yang tersayang," ujar Nabil mengenai pengertian korban. Berbeza pula dengan aktres berbakat Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK. Menurut pelakon cantik ini, dia banyak korbankan masa demi mencari rezeki. "Raya Haji tahun ni NK akan raya di Kuala Lumpur je sebab tak sempat nak balik Singapura. NK kena kerja dan masa Hari Raya nanti anak-anak akan beraya dengan Datuk (bekas suami). Lagipun NK memang selalu mengalah dengan Datuk dan NK suka kalau anak-anak gembira." "Jadi, masa hari raya nanti mungkin NK akan masak untuk anak-anak yatim dan sebelum ni NK pernah juga masak untuk mereka. "Agaknya masa NK sakit hari tu pun, atas berkat doa anak-anak inilah NK cepat sembuh dan boleh kembali bekerja seperti biasa," ujar NK sopan. Mungkin, ini adalah erti pengorbanan bagi seorang ibu buat NK. Dirinya sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anak gembira dan bahagia. Bagi aktres ini, masa rehatnya terpaksa dikorbankan demi mencari rezeki untuk anak-anak tercinta. |
Foto Kad Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle Posted: 25 Oct 2012 11:45 AM PDT Sekilas Pandang OHBULAN!OHBULAN! merupakan portal yang mengetengahkan konsep hiburan santai yang memberi liputan terkini berita-berita hiburan & fesyen di Malaysia, Indonesia, Korea & Hollywood. Dengan lebih 400 ribu pembaca setia setiap hari dan lebih 10 juta pelawat setiap bulan, menjadikan OHBULAN! portal hiburan & fesyen yang paling ngetop yuuuk! |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |