Harian Metro: Rap |
Posted: 24 Oct 2012 10:52 AM PDT ORANGNYA cantik, peramah dan mudah tersenyum. Pendekatan masakan mementingkan makanan untuk cara hidup sihat dan cara-cara penyediaan menu pula sangat mudah difahami. Begitulah gambaran dapat diperkatakan mengenai pemenang musim pertama Masterchef Amerika Syarikat, Whitney Miller. Dia berada di Malaysia selama empat hari menjayakan demonstrasi dan melancarkan produk 'oven air' dikenali Sous Vide Supreme (SVS) di Harvey Norman di Ikano Damansara, Kuala Lumpur, minggu lalu. Nama Whitney bukan saja popular, malah dikenali di kalangan tukang masak profesional dan amatur serata dunia mengikuti program masakan kompetitif dihoskan oleh Gordon Ramsay itu.
Kata Whitney, Malaysia mempunyai banyak jenis masakan menarik. "Saya merasai pelbagai masakan negara ini terutamanya sate dan mata melihat itu, ini, cuba itu, ini. Saya juga merasai durian, tetapi tidak akan meletak buah kuning itu dalam penyediaan pencuci mulut saya, tidak sama sekali kerana tidak tahan baunya," katanya sambil ketawa dalam temu ramah sewaktu sesi makan tengah hari bersamanya. Kata Whitney, dia sudah menggunakan teknologi masakan oven SVS sejak tiga tahun lalu kerana proses penyediaan makanan lebih sihat. "Banyak kawasan di selatan Amerika Syarikat menggunakan teknik menggoreng dengan mentega (deep fried). Jadi, saya cuba mengubah mencari jalan menyediakan makanan lebih kurang berminyak dan menyegarkan. "Malah, jika di New Orleans, saya juga sedang memperbaiki kaedah menyediakan pencuci mulut klasik dikenali Bananas Foster dengan menggantikannya dengan keledek yang banyak terdapat di bahagian selatan. "Memandangkan saya tinggal di kawasan berpenduduk tidak ramai sekitar 4,000 orang, jadi saya perlu kerap keluar ke seluruh Amerika Syarikat untuk mencuba pelbagai menu dan mencari idea menyediakan masakan baru," katanya. Apakah SVS? Ia adalah 'oven air' pertama di dunia. Dalam bahasa Perancis, Sous Vide bermaksud 'under vacuum'. Apa saja sayur, ikan, ayam dan daging diletak dalam plastik vakum dimasak dalam air dalam suhu yang tepat dan konsisten. Ditanya apakah sikap buruknya terhadap makanan? Whitney membalas: "Terlalu sukakan pencuci mulut. Kepala saya sentiasa memikirkan pencuci mulut paling sedap dan membawa inovasi baru terhadap perkara itu." Mengenai teman lelaki, Whitney berharap satu hari nanti dia bertemu seseorang yang boleh memasak. "Jika dia boleh memasak, saya mahu rehat sekurang-kurangnya sehari dan tidak mahu masak". Whitney berkata, dia bermain tenis untuk menjaga tahap kecergasan sejak zaman kolej. Seperkara lagi, dia tidak akan meletak televisyen di dapur kerana ia akan mengganggu fokus ketika menyediakan masakan. "Ada masanya seseorang perlu mengajar orang lain untuk memasak kerana masakan satu seni yang sentiasa berkembang. "Saya mahu orang lain tidak ada sikap takut apabila berada di dapur sebaliknya mencuba apa saja penyediaan makanan baru," katanya, meminati lagu-lagu 'oldies' diwarisi daripada bapanya. Menurut Whitney, dia hanya mendengar The Platters atau Boney M daripada bapanya. "Ia pasti menjadi satu cabaran baru buat saya mengenali mereka yang bukan zaman saya. Saya suka semua jenis muzik." Apa yang paling menggembirakannya di Asia Tenggara, penulis untuk artikel majalah di Atlanta ini berkata: "Sudah tentu Robbie Fowler, bekas penyerang kelab Liverpool itu mengatakan masakan kentang saya sediakan paling sedap pernah dinikmati. Beberapa orang menemani saya meminta pelbagai menu apa saya mahu, saya hanya mahukan ubi kentang dan daun ' rosemary'. Lalu saya masak saja dan Robbie suka." Setakat ini, Whitney sudah mengendalikan banyak demonstrasi masakan seperti Chicago Home and Housewares Show 2011 bersama chef selebriti seperti Paula Deen dan Guy Fieri. Dia juga mengendalikan program masakan bersama majalah wanita Women's Health Chicago dan New York City 'Are You Game? Selain itu juga banyak menjayakan simposium kesihatan persendirian dan korporat di Mississippi, Alabama, Florida dan Georgia. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25 |
Posted: 24 Oct 2012 10:39 AM PDT DIBAWAKAN oleh penaja utama, Samsung Malaysia Electronics, dua hari lagi menjelang konsert bintang K-Pop sensasi, BigBang pasti sudah membuatkan peminatnya tidak keruan untuk bertemu pujaan mereka itu. BigBang yang dianggotai G-Dragon, 23; T.O.P, 24; Taeyang, 24; Daesung, 23, dan Seungri, 21, akan tampil di konsert BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu ini. Sempat ditanya soalan-soalan yang mungkin pernah hinggap di benak peminat juga, mereka memberikan jawapan tersendiri untuknya: 1. Apa yang anda fikir mengenai Justin Bieber?
2. Ada sesiapa daripada anda yang suka menyanyi dalam bilik air? Itu rahsia (ketawa). 3. Jika anda terdampar di padang pasir, apakah satu benda yang anda mesti ada? Semestinya, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy S lll. 4. Berapa jam anda luangkan untuk bersenam dalam sehari? Apa jenis senaman paling anda suka? Kami mengambil masa selam dua jam. Kami suka berlari dan angkat berat. 5. Ada yang mengalami penyakit insomnia? Atau semua memang jenis suka tidur? Kami semua suka tidur, tetapi kadang-kadang, kami mengalami insomnia ketika di jalan. 6. Will.i.am baru saja menyiarkan sebuah lagunya di Marikh. Jika diberi peluang berkerja dengannya, kamu hendak siarkan lagu kamu yang mana satu kepada makhluk asing? Semua lagu kami! (ketawa lagi) Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |