Adsense

Khamis, 6 September 2012

Zon Artis

Zon Artis


Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3, Tiada Kaitan Dengan Kontroversi

Posted: 06 Sep 2012 06:46 PM PDT

Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.

NURUL SYUHADA NURUL AIN

Kami pasti, ramai yang membuat spekulasi mengatakan ianya disebabkan kontroversi yang berlaku baru-baru ini. Walau bagaimanapun, Nurul Syuhada menyatakan bahawa keputusan yang dibuatnya itu langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya malah ianya sudah lama dipertimbangkan.

"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3,"

Nurul Syuhada turut memberi tahu bahawa keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajaran pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.

Nurul Syuhada juga menyatakan, keputusan perletakan jawatan yang dibuatnya itu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mereka mendirikan rumah tangga.

Related Posts with Thumbnails

Azza Elite Keguguran

Posted: 06 Sep 2012 07:31 AM PDT

AZZA ELITE KEGUGURAN

Ini berita sedih. Azza Elite yang baru sahaja mengesahkan telah hamil baru-baru ini mengalami keguguran hari ini. Bagaimanapun, Azza enggan mengulas lanjut tentang insiden yang berlaku. Jelasnya, ketika ini perasaannya agak terganggu dan berharap semua pihak boleh memahami situasinya.

Seperti kata Azza kepada portal GUA:

"Cukuplah saya katakan memang benar saya mengalami keguguran. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Tolong berikan masa kepada saya untuk bertenang. Terus-terang saya katakan, perasaan saya benar-benar terganggu kerana banyak pihak yang menghubungi saya bertanya perkara yang sama,"

Kepada Azza dan suami, salam takziah daripada kami buat anda berdua. Diharap anda sabar dan redha diatas apa yang terjadi ini.

Related Posts with Thumbnails