Berita Harian: Hip |
Posted: 05 Sep 2012 03:15 PM PDT Kata persetujuan sudah diberi dan lagu juga sudah tersedia. Kini hanya menunggu kontrak ditandatangani. Jika perancangan berjalan lancar, album projek khas Datuk Siti Nurhaliza dengan syarikat rakaman Indonesia, Virgo, akan berada di pasaran seberang selewatlewatnya pada hujung tahun. Bercakap kepada HIP menerusi telefon, semalam, Siti begitu teruja apabila bercakap mengenai buah tangan terbaru kerana secara tidak langsung ia menjadi penawar rindu buat peminat di republik berkenaan kepadanya.Sebaik saja berumah tangga dan terbabit dalam perniagaan SimplySiti, ramai peminat di Indonesia sangka Siti tidak lagi aktif menyanyi. Siti sering mendapat pertanyaan sebegitu daripada peminat di sana. Jadi, dengan kehadiran album ini, Siti harap mereka akan gembira dan bersedia menerima kehadirannya sebagai pengubat kerinduan, kata Siti mengenai album yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat rakaman berkenaan. Sempena kehadiran album itu nanti, Siti juga akan terbabit dengan siri promosi termasuk mengadakan konsert untuk pemujanya di negara berkenaan. Konsert ialah antara perkara yang tercatat dalam kontrak, selain menghadiri sesi fotografi serta sidang media mempromosikan album berkenaan. Album serumpun Sambil menyifatkannya sebagai karya penuh bermakna, Siti, 33, berkata, album yang belum berjudul itu ialah produk serumpun. Ia bukan saja menampilkan komposer Indonesia, tetapi turut mendapat kerjasama daripada komposer tanah air. Setakat ini ada beberapa komposer Indonesia yang sudah memberikan lagunya kepada Siti. Antaranya bekas vokalis kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir, dan juga Dewiq. Sebelum ini pun Siti pernah bekerjasama dengan Dewiq. Siti juga ada minta lagu daripada Melly. Selain itu, Siti turut menyumbangkan sebuah lagu dalam album ini. Ia sudah pun siap dan memandangkan Siti mencipta lagu berentak moderate itu menerusi humming, Siti serahkan kepada Aubrey Suwito untuk membuat susunan muziknya, kata Siti yang muncul dengan single berjudul Muara Hati, lagu duetnya bersama Hafiz. Meskipun pernah melahirkan hasrat menghasilkan album solo selepas pembikinan album Inggerisnya, sekitar tahun lalu, hasrat itu terpaksa ditangguhkan seketika. Memandangkan projek album khas ini sudah berjalan, jadi nampak gayanya Siti terpaksa mendahulukan album ini. Lagipun album ini juga bakal dipasarkan di Malaysia. Buat masa ini kami masih mencari pengedar sesuai. Siti tak mahu nanti, jika Siti teruskan juga penghasilan album solo di Malaysia, peminat akan keliru, jelasnya. Konsert di Kuantan Sementara itu, biarpun konsert Siti di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), yang dijadualkan berlangsung tahun depan masih samar-samar, khabarnya sebuah lagi konsert membabitkannya akan dianjurkan November ini. Jika tiada aral melintang, kata Siti, konsert itu akan diadakan di Kuantan, Pahang. Konsert selama sejam itu akan menyaksikan Siti menyampaikan lagu popular Siti. Maklumat lengkap mengenai konsert itu akan dijelaskan dalam sidang media khas nanti, katanya. |
Diana tiada niat rahsiakan majlis tunang Posted: 05 Sep 2012 03:09 PM PDT Diasak rasa tidak puas hati banyak pihak dengan tindakannya merahsiakan majlis pertunangan bersama pelakon Farid Kamil, Ahad lalu, Diana Danielle menjelaskan dia sebenarnya mahu bersederhana dalam menganjurkan majlis itu. Dalam fikirannya, dia hanya mahu menganjurkan majlis pertunangan istimewa khusus untuk keluarga terdekat. Diana juga berkata, kesibukan di lokasi menghalang dirinya membuat persiapan rapi."Kami merancang untuk bertunang sebulan lalu. Namun dek terlalu sibuk di lokasi penggambaran, saya melakukan persediaan selama seminggu saja. "Malah, kami juga tidak membeli cincin pertunangan. Sebaliknya, cincin yang kami gunakan ialah cincin lama hadiah Farid sempena ulang tahun ketiha perkenalan kami, baru-baru ini. "Sebenarnya, cincin itu rosak kerana berliannya terjatuh. Saya hantarnya kembali ke kedai untuk dibaiki dan dikilat," katanya yang ditemui pada pelancaran filem animasi Super Squad di Kuala Lumpur, semalam. Sedia jadi isteri pada usia muda Biarpun tempoh pertunangan dirancang selama setahun, Diana tidak mahu terlalu teruja untuk bergelar isteri. Walaupun sudah bertunang, saya masih yang sama. Kita pun tahu dalam masa setahun pelbagai cabaran terpaksa diharungi," katanya. Diana yang bakal menginjak usia 21 tahun pada November ini tidak pernah menganggap dirinya muda untuk berkahwin. Baginya, soal usia tidak timbul andai seruan mendirikan rumah tangga sudah tiba. "Apa yang penting, saya harus berfikiran matang dan ikatan pertunangan secara tidak langsung menjadikan diri bertanggungjawab," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |