OHBULAN! |
“Saya Takut, Peminat Aaron Memang Fanatik” – Nadiya Nisaa, Pelakon “Adam & Hawa” Posted: 06 Sep 2012 10:21 PM PDT Semalam, berlangsungnya majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Wuuhuu Online bertempat di Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay. Dihadiri oleh ramai tetamu, rumah terbuka ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti termasuklah Nadiya Nisaa, pelakon yang memegang watak Ain Hawani didalam drama bertajuk, "Adam & Hawa". Sebagai seorang pelakon yang sedang meningkat naik dan juga pernah merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2011, kredibiliti Nadiya telah dipersoalkan ramai orang dan rata-ratanya adalah dari peminat fanatik Aaron Aziz sendiri, "Aaronators". Dipilih sebagai heroin utama untuk menggalas watak Ain Hawani, watak yang telah memikat hati Adam didalam drama "Adam & Hawa", banyak komen-komen negatif yang telah dilemparkan kepada Nadiya. Ketika ditemui semalam, Nadiya turut meluahkan sedikit rasa kecewanya terhadap apa yang berlaku. "Saya terkejut kerana tidak sangka akan mendapat respon begini pada mulanya. Saya takut, peminat Aaron memang fanatik. Pada mulanya memang ramai yang tidak berkenan dan persoalkan kebolehan saya," ujar Nadiya memulakan perbualan. Namun begitu, Nadiya akui selepas masuk tayangan minggu kedua "Adam & Hawa" yang sudah memasuki episod ke-8 semalam, sudah ramai peminat yang boleh menerimanya. "Lepas minggu kedua, saya sudah mula dapat maklum balas yang positif. Ada yang sudah boleh menerima saya sebagai Hawa didalam drama ini," ujar Nadiya merujuk pada "Adam & Hawa". Nadiya turut memberitahu, drama "Adam & Hawa" sebenarnya sudah dimulakan penggambarannya sebelum Aaron memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2011. "Penggambaran sebenarnya sudah dimulakan sebelum Aaron mendapat anugerah itu dan saya memang tidak menyangka bahawa Aaron mempunyai peminat yang ramai. Selepas Aaron menang, barulah saya tahu betapa ramainya peminat Aaron. "Apa pun, isteri Aaron sendiri iaitu Diyana Halik sentiasa memberikan saya sokongan dan menyuruh saya agar sentiasa positif," tambah Nadiya lagi. Dalam pada itu, Nadiya Nisaa kini tidak putus-putus menerima tawaran berlakon dan hujung tahun ini dia akan berganding bersama Bront Palarae untuk filem bertajuk "Bikin Filem". Manakala dalam masa terdekat pula dia akan menjalani penggambaran untuk sebuah telemovie bersama Aaron Aziz. |
Aura Kejelitaan Terserlah Dengan Lilitan Seksi! Posted: 06 Sep 2012 07:38 PM PDT Busana, beg tangan malah kasut juga sudah tersedia. Pasti si cantik sedang memikirkan bahan apa yang perlu ditambahkan pada personaliti untuk menyerlahkan imej sempurna tatkala bergaya. Mungkin juga anda boleh tambahkan sedikit lilitan seksi di kepala. Selain mampu menonjolkan aura kecantikan, ianyanya juga memberikan imej sempurna kepada si fashionista. Terdapat beberapa aksesori yang boleh menjadi pilihan si pemakai. Ingin tampil ranggi dan berani? Tiru gaya ini! Tampil ranggi dengan lilitan keanggunan daripada rona warna peach. Warna yang pasti menjadi pilihan si cantik tatkala bergaya, ini kerana rona tersebut menyerlahkan kelembutan si cantik dalam bergaya. Melangkah lebih lincah dan mempersona dengan aksesori scarves yang sedikit sebanyak membantu menaikkan imej anda. Naluri ketegasan dalam pengayaan turut diserlahkan dengan gabungan blazer, baju polos dan seluar jeans dimana ianya mampu mempamerkan identiti menawan si pemakai. Hasil gabungan tersebut, telah melahirkan nilai positif dalam personaliti si pemakai. Gaya memikat? Ya! Inilah jawapannya. Si pemakai pasti mendapat panahan mata daripada jejaka yang berada diluar sana, tambahan pula ianya digayakannya dengan 'scarves' menarik. Bagi anda yang ingin tampil glamor, aksesori ini amat sesuai digayakan di majlis-majlis tertentu. Aksesori 'scarves' daripada warna hijau turquoise ini memberikan kontra warna kepada si pemakai tatkala melakukan langkahan hebat. Hasil gabungan 'scarves' dengan aksesori lain seperti kasut dan beg tangan, ianya sedikit sebanyak menyerlahkan imej kemewahan dalam penggayaan. Bosan dengan gaya yang sama? Jom tampil cantik, moden dan seksi dengan menggayakan scarves yang memberikan gaya penuh feminin. Pelengkap segala gaya dan memenuhi naluri si cantik dengan lilitan mempersonakan. Bagi si jelita yang sering mementingkan penjagaan fesyen dari hujung rambut sehingga hujung kaki, 'scarves' daripada warna merah jambu ini mampu memberikan sifat keyakinan kepada si pemakai. Gabungan t-shirt polos dipadankan dengan seluar denim pendek dan beg tangan menyerlahkan aura santai si gadis. Dengan pemilihan 'scarves' daripada rona warna cerah, sedikit sebanyak ianya memberi impak besar kepada si pemakai. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |