Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
TV3 Catat Rating Paling Tinggi Penonton Program Raya Posted: 02 Sep 2012 10:49 PM PDT TV3 KEKAL PILIHAN NO. 1 MINGGU RAYA Sekali lagi stesen televisyen no.1 Negara, TV3 mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengekalkan kedudukan kukuh dengan catatan rating tertinggi mengatasi saluran tempatan lain sepanjang sambutan Syawal bermula 18hb hingga 26hb Ogos 2012. TV3 meneruskan tradisinya membawakan koleksi program menarik sepanjang sambutan Hari Raya merangkumi filem-filem blockbuster, telefilem, hiburan, variasi dan dramedi terbaik untuk tontonan semua yang menampilkan tagline "Terbaik Raya". Ternyata TV3 terus menjadi saluran pilihan utama rakyat Malaysia malah berjaya menambat hati penonton apabila menguasai 98 program daripada 100 program teratas carta. Pertama kali ditayangkan secara eksklusif di kaca televisyen pada malam Raya ke-2, filem terbitan Excellent Pictures arahan Ahmad Idham, "Mael Lambong" berada di tangga teratas senarai program popular Raya apabila berjaya mendominasi 47% syer yang merangkumi sebanyak 2.8 juta jumlah penonton. Manakala 4 filem yang turut disiarkan di TV3 pada minggu pertama Raya seperti Jangan Pandang-Pandang (siaran eksklusif di TV3), RA One (filem Hindi), Vanila Coklat Raya dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 juga mendapat sambutan yang hangat apabila lebih 2 juta penonton tidak melepaskan peluang mengikutinya. Telemovie istimewa "Apa Celop Raya" yang menghiasi slot prime time malam menjelang Raya turut meninggalkan impak yang hebat apabila berjaya meraih lebih 1.8 juta kadar penontonan. Tidak ketinggalan, beberapa program terbitan dalaman (Primeworks Studios Sdn. Bhd.) seperti program muzikal Raya "Ziana, Amy & Erra" termasuklah rancangan variasi seperti Bola Pun Raya, Senario Sayang Ayah, dramedi 48 Jam dan Melodi Raya juga mencatat kadar tontonan melebihi 1 juta penonton. Malah, kemeriahan "Terbaik Raya" TV3 sudah mula dirasakan dengan pencapaian hebat drama bersiri istimewa bulan puasa, "7 Ramadan" yang menampilkan lakonan mantap Ellie Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Mustapha Kamal dan Tania Zainal yang disiarkan di slot Samarinda apabila episod kemuncak (episod 13) yang bersiaran pada 16 Ogos 2012, 2 hari menjelang Hari Raya berjaya mencatat kadar tontonan sebanyak 2.5 juta jumlah penonton (sumber: Nielsen Media Research). Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), "Selain daripada merebut peluang mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga dan teman, sambutan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa 'juadah' istimewa di kaca televisyen. Justeru, saban tahun, TV3 terus berusaha menyajikan yang 'terbaik' untuk tidak menghampakan jutaan penonton setianya. Kami bersyukur kerana terbukti TV3 tetap menjadi pilihan utama rakyat malaysia walaupun kini terdapat lebih 100 saluran lain yang turut menyiarkan pelbagai program istimewa sepanjang sambutan Aidilfitri. Secara keseluruhan, TV3 terus unggul apabila mendapat sebanyak 46% syer penonton Melayu pada Hari Raya. Kami berbesar hati di atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia, dan berharap agar ia berterusan." Untuk memeriahkan lagi sambutan hari Lebaran kali ini, TV3 juga memperkenalkan watak adiwira popular animasi Boboiboy dan rakan-rakannya yang lengkap berbaju raya sebagai tema khas kempen Raya. Selaras dengan sokongan terhadap industri animasi tempatan, kempen menyeluruh TV3 "Terbaik Raya" yang merangkumi rantaian poster khas di beberapa lokasi utama seperti KL Sentral, Pudu Sentral, LCCT serta papan iklan di Lebuhraya Sg.Besi/Seremban dan Persekutuan termasuklah muzik video Raya, Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dan juga slot promosi di kaca televisyen dan radio merupakan platform yang amat berkesan bukan sahaja bagi para pelanggan TV3 untuk mengiklankan produk mereka sempena musim perayaan Hari Raya ini, malah turut dinanti-nantikan oleh penonton yang terus setia menyokong TV3 selama ini. TV3 dengan kerjasama portal video rasmi. Tonton juga membawakan siaran streaming secara langsung percuma untuk 7 hari dari 18hb sehingga 24hb Ogos 2012 buat kali pertama pada waktu perayaan Aidilfitri. Penonton boleh menyaksikan pelbagai rancangan menarik di mana-mana sahaja melalui telefon pintar, tablet dan komputer serta di laman sesawang www.tv3.com.my/live. Lebih daripada 33,000 rakyat Malaysia telah mendaftar untuk menonton seleksi program raya TV3 melalui laman sesawang tersebut dan berjaya meraih hampir 50,000 pageviews sepanjang minggu Raya pertama. Untuk makluman, jumlah tontonan tertinggi berjaya dicatat pada hari raya ke-5, 23 Ogos apabila hampir 7,000 orang mengikuti siaran live streaming pada hari tersebut. Program-program Terbaik Raya masih boleh disaksikan melalui portal video rasmi TV3, www.tonton.com.my No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Lirik Lagu Pendusta Alif Satar Kisah Si Curang Posted: 02 Sep 2012 10:29 PM PDT LAGU "PENDUSTA" DARI ALIF SATAR KISAH SI CURANG Komposer / Penulis Lirik : Zimi LELAKI SEPERTI AKU nyanyian penyanyi berbakat Alif Satar, telah mendapat sambutan luar biasa! Single ini juga telah pun mendapat perhatian daripada peminat muzik. Paling membanggakan, lagu ini juga pernah menjuarai carta lagu di beberapa buah radio tempatan. Selepas kejayaan lagu LELAKI SEPERTI AKU, Alif Satar kini tampil dengan lagu PENDUSTA. Lagu PENDUSTA juga dimuatkan dalam album ke- 2 artis tersebut. Selain dari menjadi seorang pelakon, pengacara, Alif Satar juga masih bergiat rancak dalam bidang nyanyian. Dalam rangka mempromosi kan single terbarunya berjudul PENDUSTA, juga merupakan track ke – 3 di dalam album LELAKI SEPERTI AKU, Alif Satar tidak ketinggalan untuk meluangkan masa untuk turun ke padang bertemu dengan peminat serta jemputan-jemputan nyanyian. Lagu yang diberi tajuk PENDUSTA ini agak sedikit berbeza berbanding dengan lagu Lelaki Seperti Aku dan Abdul. Ini kerana lagu PENDUSTA yang banyak memberi impak kematangan dalam penyampaian penyanyi itu sendiri, telah membuatkan peminat-peminat Alif Satar kagum dengan alunan muzik yang rancak serta lirik yang mudah disenangi. Menurut kata Zimi juga selaku komposer & penulis lirik PENDUSTA,
Ulas lanjut oleh Rina Baharin selaku Pengurus A & R di Sony Music Malaysia, "Dalam album pertama Alif Satar, Zimi telah mencipta lagu 'Cukup Indah'. Sony Music Malaysia juga banyak memberi kepercayaan kepada Zimi untuk menerbitkan beberapa album artis-artis dari syarikat rakaman Sony Music sendiri. Setakat ini, promosi yang dilaksankan menempah kejayaan. Zimi dan Panji mempunyai keserasian yang sangat unik. Zimi juga merupakan seorang komposer yang tahu akan kehendak Alif Satar. LIRIK LAGU Indah sungguh tika dahulu Bukan tak mencintai mu Kau katakan cinta Ku katakan dusta Kau katakan cinta Ku katakan dusta Untuk berubah Tak penah untuk berubah Kau katakan dusta Kau katakan cinta Kau katakan dusta Tags: alif satar, Curang, Gambar Alif Satar, Gossip Alif Satar, Lelaki Seperti Aku, lirik lagu, Lirik Pendusta, Video Pendusta, Video Youtube, Zimi Sofazr Tags: alif satar, Curang, Gambar Alif Satar, Gossip Alif Satar, Lelaki Seperti Aku, lirik lagu, Lirik Pendusta, Video Pendusta, Video Youtube, Zimi SofazrClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |