Adsense

Ahad, 2 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Jadi Pendengar Bertuah Hot FM Dan Menangi Duit Sehingga RM60,000!

Posted: 02 Sep 2012 11:11 PM PDT

Bermula 3 September hingga 28 September 2012, radio paling hangat di Malaysia, Hot FM akan mengadakan sebuah peraduan yang dikenali sebagai "Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew".

Menerusi program ini, para pendengar bertuah Hot FM hanya perlu menantikan isyarat memanggil "Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew" dan mereka dikehendaki meneka item atau personaliti yang dimaksudkan menerusi pembayang kata yang akan diberikan. Sekiranya pendengar berjaya memberikan jawapan yang tepat dalam masa 10 saat, mereka akan menerima duit raya sebanyak RM1,500!

Sekiranya pendengar tersebut gagal meneka jawapan dengan tepat, wang tersebut akan dibawa ke waktu seterusnya sehingga ada yang dapat menjawab dengan betul!

Program Bonanza Selebriti ini berlangsung selama empat minggu dan dikeudarakan di segmen Hot FM AM KREW sebanyak 2 kali sahaja. Pemanggil yang ke-6 akan layak menyertai Bonanza Selebriti Hot FM AM KREW setelah isyarat memanggil di keudarakan.

Paling mengujakan, pendengar turut 'didera' dengan pembayang kata ini yang akan diberikan oleh selebriti popular seperti Remy Ishak & Dato' Siti Nurhaliza. Pastikan anda tidak ketinggalan mendengar slot Bonanza ini dengan pelbagai aksi yang melucukan antara selebriti dan peserta. Oleh itu, rebutlah peluang menjadi pendengar bertuah dan memenangi duit raya sehingga RM60,000!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.hotfm.com.my.

Fenomena “Gangnam Style” Dikaitkan Dengan Gangguan Mental?

Posted: 02 Sep 2012 10:11 PM PDT

Tahukah anda, fenomena "Gangnam Style" telah dikaitkan dengan penyakit gangguan mental dan juga histeria secara beramai-ramai berdasarkan peristiwa sejarah?

Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris selepas melihat fenomena muzik video "Oppa Gangnam Style" yang telah mencetus kegilaan ramai peminat dan video parodi diseluruh dunia.

Menurut Mohd Awang, peristiwa fenomena tarian seperti ini pernah berlaku di beberapa buah negara di Eropah seperti di Jerman dan Perancis. Dalam fenomena yang berlaku di Perancis, seorang wanita telah menari dan kemudian diikuti oleh 400 orang yang lain sehinggalah ada yang mati kerana serangan jantung.

"Saintis pada ketika itu menggambarkan ia sebagai satu gangguan mental atau histeria secara beramai-ramai." - Dr. Mohd. Awang Idris,  dipetik dari Kosmo Online.

Walaubagaimanapun, Mohd. Awang memberitahu fenomena yang melanda masyarakat sekarang tidak membimbangkan dan hanya bersifat sementara.

Untuk pengetahuan, semenjak muzik video "Oppa Gangnam Style" oleh Psy dimuat-naik pada 15 Julai yang lalu, video ini telah mencatat lebih 90 juta jumlah tontonan dari seluruh dunia.