Adsense

Ahad, 2 September 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Panas!) Isteri Sham Kamikaze Mohon Cerai

Posted: 02 Sep 2012 10:35 PM PDT

GAMBAR SHAM KAMIKAZE BERSAMA ISTERI

Jika sebelum ini kita dikhabarkan yang Sham (Kamikaze) telah bernikah buat kali kedua dan perkhabaran itu mendapat liputan meluas. Namun perkhabaran itu dinafikan oleh Sham sehinggalah ianya reda daripada diperkatakan.

Namun mengejutkan kini, setelah cerita pernikahan kali kedua itu reda daripada diperkatakan, isteri Sham pula iaitu Farazila Abdul Jabar, 31, telah memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Dipetik daripada Mstar Online, Farazila berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan konflik dalaman rumah tangga mereka yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu menemui jalan buntu. Kata Farazila:-

"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.

"Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini,"

ISTERI SHAM KAMIKAZE FAIL PERMOHONAN CERAI
Farazila menunjukkan surat permohonan cerai yang difailkannya.

Ditanya pula adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi berhubung perkhabaran kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukanlah faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.

"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya redha bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.

"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya,"

SHAM KAMIKAZE BERCERAI

Tambah Farazila, dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi Sham bernikah lagi tersebar kerana disuruh mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan kepada media.

"Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan. Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.

"Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini,"

Related Posts with Thumbnails