Adsense

Jumaat, 7 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Pelakon Resident Evil, Li Bingbing Datang Malaysia

Posted: 07 Sep 2012 03:02 AM PDT

Bertempat di Empire Hotel Subang pagi tadi, telah berlangsungnya sidang media bagi filem Resident Evil : Retribution. Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan penampilan khas pelakon utamanya Li Bingbing.

Sewaktu sidang media berlangsung, Li Bingbing telah melahirkan rasa gembira dan terujanya kerana terpilih sebagai salah seorang pelakon untuk filem Resident Evil ke lima untuk kali ini. Menurut Li Bingbing, peluang yang diberikan oleh pihak produksi filem ini digunakan dengan sebaiknya walaupun dia mengalami sedikit kesukaran sewaktu di awal proses pengambaran.

Selain itu, Li Bingbing turut menyatakan bahawa dia amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan produksi luar negara dan mereka semua ikhlas serta melayannya dengan baik. Sepanjang sesi penggambaran filem ini, Li Bingbing merasa amat selesa dan seronok walaupun ia melibatkan pelbagai bangsa dan negara.

Sebelum memulakan penggambaran, Li Bingbing telah melakukan sedikit kajian berkaitan filem-filem Resident Evil terdahulu, dengan cara menonton kesemua filem dan belajar serba sedikit berkaitan filem berkenaan. Pelakon cantik ini turut mengaku yang dia memerlukan sedikit masa untuk membuat persiapan diri sebelum memulakan sesi penggambaran.

Merujuk kepada babak-babak pergaduhan, Li Bingbing memaklumkan yang dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan aksi-aksi tersebut. Tambahan pula sebelum ini dia juga pernah melakonkan aksi-aksi sebegitu sewaktu berlakon di samping Jacky Chan dan Bruce Lee.

Menurut Li Bingbing, kini dia dalam proses untuk mempertingkatkan lagi penggunaan Bahasa Inggerisnya menerusi pembelajaran dan latihan harian. Sebelum mengakhiri sesi sidang media pagi tadi, Li Bingbing telah melahirkan rasa gembiranya kerana dijemput untuk turun ke Malaysia dan mempromosikan filem Resident Evil : Retribution ini.

Bapa Dr Sheikh Muszaphar Disahkan Meninggal Dunia

Posted: 07 Sep 2012 02:24 AM PDT

Sebentar tadi melalui portal Murai, bapa kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah disahkan meninggal dunia.

Arwah telah pergi meninggalkan dunia tepat jam 9.26 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. Punca kematian arwah dikaitkan dengan sakit jantung.

Jenazah bapa angkasawan negara kita ini dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Seremban.

Takziah kami ucapkan dari OHBULAN! Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.