Berita Harian: Hip |
Posted: 06 Sep 2012 03:16 PM PDT Nurul Syuhada letak jawatan pengacara sepenuh masa TV3, nafi isu Bintulu jadi punca Personaliti televisyen terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 28, semalam mengumumkan meletak jawatan sebagai pengacara tetap TV3 tetapi menafikan ia berpunca kontroversi isu Bintulu, Sarawak. Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) yang ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara menjelaskan, dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa TV3 kira-kira sebulan lalu. Malah, katanya, inilah hari terakhir dia menggalas tugas itu. Sebenarnya, notis peletakan jawatan saya hantar sebulan lalu. Perkara ini tiada kaitan dengan insiden barubaru ini."Saya berharap orang ramai tidak mengaitkannya dengan isu berkenaan. Keputusan peribadi ini sudah saya buat sebulan lalu tanpa dipengaruhi kes terbabit. Ini semuanya takdir serta kebetulan, katanya. Mahu sambung belajar Saya mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa. Bidang penyiaran tetap di hati, apatah lagi sudah banyak asam garam saya kutip sepanjang bergelar pengacara, katanya. Katanya, dia mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan jika diizinkan, mahu menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Sebelum ini, saya mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang geokimia, tapi separuh jalan saja. Jadi saya ingin meneruskan cita-cita untuk memperbanyakkan ilmu di dada. Mungkin saya akan sambung pengajian dalam bidang psikologi atau tamadun Islam, ujarnya. Ingin timang anak Pengacara berhijab ini juga menangkis dakwaan kononnya mendapat tawaran istimewa daripada stesen TV lain. Nurul Syuhada menjelaskan dia gembira bekerja bersama TV3 yang memperkenalkan dirinya kepada dunia penyiaran. Cuma katanya, dia menginginkan ruang peribadi untuk membina keluarga dan menimang cahaya mata. "Ini disebabkan selama enam tahun lebih saya bekerja, saya tidak pernah mengambil cuti, katanya. Menjelaskan skop kerjayanya sekarang, Nurul Syuhada menjelaskan dia masih menjadi hos tetapi tidak lagi bertugas wartawan penyiaran pada masa yang sama. Ditanya peluangnya untuk muncul di stesen TV lain, Nurul Syuhada menyifatkan penjenamaan dirinya begitu kuat dengan TV3 serta tidak mahu mengulas tawaran lain pada masa depan. |
Isyarat tangan penyelamat Zizan Posted: 06 Sep 2012 03:11 PM PDT Bagaikan mimpi jadi kenyataan, itulah perasaan Zizan, atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak, apabila dipelawa mengendalikan program travelog ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Pelakon komedi ini bagai tidak boleh berhenti bercakap apabila bercerita mengenai pengalamannya sepanjang mengacarakan rancangan Jejak Jepun Bersama Zizan. Negara itu bukan saja membuka matanya dengan penggunaan teknologi canggih, keunikan budaya dan disiplin yang tinggi rakyatnya juga membuat dia cukup tertarik. Ditemui pada majlis sidang media program berkenaan di ibu kota baru-baru ini, Zizan menyifatkan pengembaraan itu sebagai tugas yang amat berbeza.Buka minda Inilah rancangan travelog pertama saya dan boleh dikatakan, rancangan ini banyak membuka minda saya. Sebelum ini saya banyak mengacarakan rancangan komedi seperti Raja Lawak dan kemudian berbentuk hiburan seperti Melodi. Tapi Jejak Jepun Bersama Zizan berada dalam skop yang lain. Justeru, saya rasa dengan 15 hari di sana saya banyak mempelajari sesuatu yang baru. Tambahan pula travelog ini tidak sama dengan rancangan pengembaraan lain. Kami juga selitkan misi dalam setiap episod. Antaranya kami ditugaskan mencari artis terkenal, Ayumi Hamasaki, ahli gusti sumo, ninja dan membongkar beberapa destinasi yang menarik di sepanjang misi terbabit. Jadi kami hanya banyak menggunakan isyarat. Meskipun mereka tidak boleh menerangkan dalam bentuk perkataan, mereka akan sedaya upaya membantu dengan isyarat tangan,h ceritanya panjang lebar. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi; dan Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris. Tetap bersama Johan Jejak Jepun Bersama Zizan yang berkonsepkan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di sekitar negara matahari terbit itu bakal bersiaran di Astro Prima pada setiap Rabu, jam 9 malam, mulai 12 September ini. Isyarat tangan penyelamat Zizan Selama enam episod, Zizan yang dipilih mengacarakannya kerana sikap santai dan kelakar, yang mampu membuatkan program itu tampak bersahaja, akan membawa penonton mengembara menyelesaikan misinya di Osaka, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama, Yokohama dan Tokyo. Sementara itu, berbicara mengenai filem pula, pada bulan ini dirinya akan sibuk dengan aktiviti promosi untuk filem Hantu Kapcai, yang akan menemui penonton pada 27 September. Selepas itu Zizan akan fokus pula dengan rancangan Maharaja Lawak Mega 2012, November nanti. Masih kekal menyertai program itu dengan rakan baiknya, Johan, mereka berdua memilih untuk tidak bertukar pasangan biarpun ada kumpulan lain yang bertukar anggota. Biarlah tidak lawak sekali pun, kami masih tetap tampil bersama. Ada juga saya dengar orang kata Johan nak sertai Jepp dan Shuib, tapi setakat ini Johan tidak kata apa-apa pun mengenai hal itu,h katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |