OHBULAN! |
Foto : Izara Aishah Kini Duta Produk “Secret Garden” Posted: 05 Sep 2012 10:33 PM PDT Tahniah diucapkan pada pelakon Vanilla Coklat, Izara Aishah kerana baru saja dilantik sebagai duta bagi produk penjagaan peribadi, Secret Garden. Produk buatan tempatan ini telah memilih Izara secara khusus kerana penampilan Izara yang sentiasa cantik dan bertenaga. "Beliau dipilih kerana memiliki kecantikan semulajadi, gaya hidup aktif dan mempunyai gaya tersendiri, mudah mesra, bijak dan berbakat dalam kerjaya pilihannya," Mahmud Saidoo, Pengurus Besar Secret Garden. Izara telah dilantik sebagai duta Secret Garden selama setahun bermula 1 September 2012 sehingga 31 Ogos 2013. Izara dalam kenyataannya memberitahu bahawa pemilihannya sebagai duta jenama Secret Garden adalah satu penghormatan bagi dirinya. "Saya telah menggunakan produk Secret Garden untuk sekian lama dan tidak permah terlintas di fikiran bahawa satu hari nanti saya akan menjadi duta jenama Secret Garden. "Saya teruja untuk mewakili Secret Garden dalam tempoh beberapa bulan akan datang." Untuk pengetahuan, Secret Garden telah memperbaharui logo mereka serta melancarkan rumusan syampu baru bagi wanita. Paling menarik, Secret Garden buat pertama kalinya turut melancarkan produk yang baru untuk lelaki. Maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Secret Garden di www.secretgarden.com.my. Lagi beberapa keping foto terbaru Izara Aishah. |
“Saya Anggap Ini Semua Dugaan Daripada Allah Terhadap Hamba-Nya” – Yatt Hamzah Posted: 05 Sep 2012 09:50 PM PDT Setelah hampir lima bulan berhijrah dengan mengenakan tudung, Norhayati Hamzah atau lebih mesra dipanggil Yatt kini tidak lagi melenting atau ambil hati apabila dikritik. Dia mula belajar untuk menjadi seorang yang sabar, tabah dan bersikap pemaaf. Menerusi laporan Harian Metro semalam, telah timbul isu yang mengatakan kononnya sejak berhijab dia menunjukkan sikap 'terlebih' alim ketika muncul dalam sebuah program masakan dengan alasan dia tak mahu membohongi penonton apabila pihak produksi hanya memaparkan beberapa langkah menunjukkan cara hidangan itu disediakan. Namun begitu, menurut Yatt isu tersebut sama sekali tidak betul dan dia sendiri tidak pernah muncul dalam mana-mana program masakan. "Siapalah yang mereka cerita. Sejak berhijrah saya tidak pernah terbabit dalam program masakan jadi bila masanya saya memasak dan memandai-mandai memberi arahan kepada orang lain. Tetapi saya tak marah dan ok saja kerana saya anggap ini semua dugaan daripada Allah terhadap hamba-Nya yang baru berubah macam saya," ujar Yatt. Menurut Yatt lagi, sejak berhijrah dia lebih suka menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelakon. Yatt turut memaklumkan yang beliau lebih selesa bercakap dengan pelajar universiti kerana mereka adalah sebaya dan banyak cerita yang boleh dikongsikan bersama. Apabila mengulas mengenai kecenderungan di kalangan artis yang berdakwah menerusi platform politik, jelas Yatt itu semua terpulang pada pilihan masing-masing. Baginya, berdakwah pada jalan Allah banyak cabangnya, tetapi walau apa pun carilah ilmu dulu iaitu berguru dengan mereka yang bijak pandai dalam agama sebelum mengeluarkan sesuatu pendapat. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |