Diana Danielle Tidak Teruja Bertunang Posted: 04 Sep 2012 04:55 PM PDT Diana Danielle yang kini sudah menjadi tunang kepada Farid Kamil pada hari Ahad yang lalu nyata tidak terlalu teruja dengan pertunangan ini.. Bagi Diana Danielle, pertunangan ni ibarat satu tempoh percubaan atau ujian yang harus ditempuhi bersama Farid Kamil sebelum mereka berdua bergelar suami isteri yang sah nanti.. "Terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan pada kami. Sebenarnya saya tidaklah terlalu teruja, tetapi bagi saya, pertunangan ini adalah ujian buat kami. "Bersedia atau tidak, kami akan belajar perlahan-lahan untuk serasikan diri dalam ikatan ini," (mStar) Tambah Diana Danielle lagi, dia juga tidak ada sebarang masalah untuk meneruskan ikatan pertunangan yang dijangka kurang daripada setahun sebelum kedua-duanya mendirikan rumah tangga… Malah, baginya bertunang pada usia yang muda tidak menghalangnya untuk belajar menjadi seseorang yang lebih matang. |
Sham Kamikaze Persoal Fenomena ‘Gangnam Style’ Posted: 04 Sep 2012 09:02 AM PDT Sham Kamikaze yang juga penceramah bebas telah mempersoalkan fenomena Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali dengan Gangnam Style yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.. video tarian Gangnam Style yang seakan-akan tarian kuda yang diperkenalkan oleh Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian Sham Kamikaze agar umat islam tidak mudah terikut-ikut dengan budaya luar. "Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam." "Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?" "Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT," Namun bagi Zed Zaidi pula, Tiada apa yang negatif mengenai fenomena Gangnam Style ni.. cuma terdapat beberapa paparan video yang tidak sesuai di pertontonkan kepada kanak-kanak sahaja.. Zed Zaidi juga berharap tiada pihak yang cuba memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan. "Muzik Gangnam Style tiada apa yang pelik. Ia hanyalah idea baru yang mempunyai karakter tersendiri dan boleh dikongsi bersama. Tanpa saya sedari, muzik ini mendapat perhatian dan berjaya menarik minat jutaan penonton. "Tiada apa yang negatif kerana itu cara muzik baru yang kreatif. Cuma, ada bahagian paparan video tidak elok dipertonton kepada kanak-kanak. "Selain itu, semuanya ok sahaja. Tarian juga sangat menarik dan lebih kurang sama dengan cara menunggang kuda," katanya. "Setiap seni yang baru harus dihargai. Jangan hanya pandai memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan. "Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan boleh dijadikan cara senaman," (Sinar) |