OHBULAN! |
Penyanyi “Waka Waka” Shakira, Hamil Anak Pertama Posted: 19 Sep 2012 09:09 PM PDT
Pada tanggal 19 September 2012 semalam, penyanyi Hollywood yang terkenal dengan lagu ""Whenever, Wherever" dan "Waka Waka" (lagu rasmi untuk FIFA World Cup 2010), Shakira atau nama sebenarnya Shakira Isabel Mebarak Ripol, 35 telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertama menerusi website rasminya sendiri. Menerusi website tersebut, penyanyi ini telah memaklumkan bahawa dirinya dan kekasih, Gerard merasa begitu gembira dan tidak sabar menunggu kelahiram bayi pertama mereka. Buat masa ini mereka juga ingin memberikan sepenuh perhatian dan keutamaan kepada detik-detik indah ini dengan menunda segala aktiviti promosi dan kerjaya masing-masing. Memandangkan Shakira telah membuat keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada kandungannya, ini membuktikan bahawa dia tidak akan terlibat untuk Festival iHeartRadio Music di Las Vegas pada Jumaat dan Sabtu ini. Namun begitu, Shakira berjanji akan tetap mengikuti perkembangan festival tersebut dan berharap agar peminat boleh memahami situasinya sekarang ini. Shakira dan kekasihnya Gerard, 25, pemain pertahanan untuk kelab bola sepak Barcelona telah menjalinkan hubungan sejak bulan Mac tahun lalu. Bagi anda yang sudah terlupa lagu "Waka Waka", jom dengar lagu ini! |
Serlah Aura Santai Dengan Seluar Kembang Palazzo! Posted: 19 Sep 2012 08:43 PM PDT Imej yang santai dan ringkas menjadi pelengkap kepada si cantik tatkala bergaya. Imej yang ringkas memudahkan si cantik melangkah dengan lebih berkeyakinan. Berteraskan seluar kembang palazzo dan baju singkat tummy-baring cropped top, Ohbulan membawakan beberapa fesyen yang boleh memberikan panduan kepada si cantik tatkala bergaya. Baju singkat putih dengan corak lambang hati dipadankan dengan seluar palazzo kembang daripada rona berwarna merah jambu mampu memberikan keayuan kepada si cantik. Hasil kombinasi pakaian tersebut ditambahkan dengan aksesori memikat iaitu subang bulu berjurai, cincin siperkemaskan dengan bentuk bunga rose merah, sandal putih ikatan istimewa dan sebuah beg bimbit daripada warna pastel. Pasti anda tampak cantik! Hitam putih kehidupan member aura keserian terhadap penampilan. Hasil gabungan seluar palazzo berbintik hitam putih dan baju singkat berwarna putih, ianya mampu menaikkan seri si jelita. Tidak lengkap sekiranya tiada aksesori pada tubuh badan, jadi lengkapkanlah imej anda dengan sebuah beg tangan rotan, sepasang sandal putih, subang bulu berjurai dari rona hitam dan coklat dan sebuah kaca mata hitam memikat! Inginkan penampilan ceria dan menarik? Tirulah gaya ini dimana anda hanya perlu memadankan seluar palazzo berbunga dengan baju singkat berjurai daripada rona oren lembut. Hasil gaya tersebut akan lebih memikat jika dipadankan dengan sepasang sandal berwarna perak, sebuah beg tangan daripada anyaman buluh, seutas gelang tangan yang menarik, lilitan leher yang mempersona dan subang juraian berbulu yang terbaik! |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |