Adsense

Isnin, 17 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


K-Pop : G-Dragon Lancarkan MV Rasmi “Crayon”, Swag Habis!

Posted: 17 Sep 2012 11:12 PM PDT

Sudah lama kiranya OHBULAN! tidak sajikan anda dengan perkembangan terbaru K-Pop kan?

Terbaru dari G-Dragon yang juga merupakan ketua kumpulan muzik K-Pop, Big Bang, telah melancarkan satu lagi muzik video rasminya yang berjudul 'Crayon'.

Video berdurasi 3.45 minit ini benar-benar melambangkan identiti G-Dragon selain tajuknya yang diambil melalui kombinasi 'Crazy+ G-Dragon'. Apa yang pasti, OHBULAN! sukakan bait liriknya yang tidak ubah seperti The Joker iaitu "Why so serious?".

Jom tonton muzik videi 'Crayon' selepas ini!

Adda, Bekas Kekasih Mamat Sepah Belajar Dari Kesilapan

Posted: 17 Sep 2012 10:55 PM PDT

Pada bulan Jun lalu, bekas kekasih Mamat Sepah yang dikenali sebagai Adda Butterfly telah menimbulkan satu kontroversi panas apabila dia hanya berkahwin untuk tempoh 17 hari sahaja bersama bekas suaminya Ridzuan Mohammad.

Namun begitu, sewaktu bertemu di majlis Tayangan Filem "Sofazr The Movie Jiwa Kacau" semalam, Adda memaklumkan kepada OHBULAN! dia tidak menyesal dengan apa yang telah terjadi dengan perkahwinannya sebelum ini. Malah, dia tidak takut untuk mendekati mana-mana lelaki, cuma kali ini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Adda tak menyesal dengan apa yang terjadi sebelum ini. Orang memang boleh menilai kita macam mana, sebab yang tanggungnya Adda. Memanglah sebagai artis semua orang nak tahu pasal kita dari A sampai Z, sampaikan hal peribadi pun mereka nak tahu. Jadi, Adda tak salahkan sesiapa" Ujar Adda dengan sopan.

Selain itu, Adda turut akui yang kini dirinya tidak mahu tergesa-gesa untuk memikirkan hal perkahwinan. Kalau boleh, dia ingin mengenal hati dan perasaan seseorang itu terlebih dahulu dan berserah segalanya pada takdir dan jodoh untuk menentukan segalanya.

Merujuk kepada ciri-ciri lelaki pilihan, Adda memaklumkan yang dia lebih fokus kepada lelaki yang memiliki sifat bertanggungjawab dan mampu menjaga dirinya dengan baik.

"Ciri-ciri lelaki pilihan Adda, paling penting adalah dia seorang yang bertanggungjawab. Pasal umur dan rupa paras Adda tak kisah."

"Bila dah kahwin, Adda baru tahu yang tanggungjawab itu penting dalam sesuatu perhubungan. Ini kerana, sebagai ketua keluarga, dia haruslah pandai menjaga keluarganya sendiri. Tapi Adda tak salahkan bekas suami yang sebelum ini, sebab masing-masing ada buat kesilapan. Lagipun dah tak ada jodoh, Adda terima semuanya dan belajar daripada kesilapan," akui Adda dengan tenang.

Untuk perkembangan terbaru, Adda telah keluarkan lagu untuk single terbarunya berjudul "Lelaki Pilihan" featuring dengan Cat Farish, Joe Farizal dan Beeru. Album ini telah berada di pasaran sejak bulan Julai yang lalu. Manakala untuk filem lakonan Adda, "Sofazr The Movie Jiwa Kacau" akan mula ditayangkan di pawagam mulai 27 September ini.