Adsense

Isnin, 17 September 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Amy Mastura di Pelancaran Infinity KOSE Prestigious

Posted: 17 Sep 2012 10:36 PM PDT

Gambar Amy Mastura di Pelancaran

Jam 3 petang semalam, Budiey bergegas ke Majlis Pelancaran Produk Terbaru iaitu Infinity Prestigious yang diadakan di Concourse, Suria KLCC. Walaupun letih belum hilang setelah 3 hari ke Johor Bahru untuk trip ke , namun Budiey tetap bersemangat untuk bertemu mata dengan penyanyi terkenal Amy Mastura.

Rasanya, umum dah tahu, Amy Mastura telah dilantik menjadi duta produk Kose. Kini, Kose telah melancarkan produk terbaru yang lebih berkesan untuk merawat kulit wajah supaya menjadi lebih anjal dan muda seperti Amy Mastura.

Di majlis yang turut menjemput peminat setia Amy Mastura ini, penyanyi manis ini menyanyikan dua buah lagu berjudul Happy dan single terbarunya, Itu Dulu.

Amy berkata dia bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan daripada pelbagai jenama antarabangsa yang sudi mengambilnya menjadi juru cakap produk masing-masing.

Walaupun mengakui tahap popularitinya di tahap sederhana, namun Amy Mastura sangat bertuah kerana masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta dan jurucakap produk.

Menurut Amy Mastura, kepercayaan yang diberikan itu digunakan dengan sebaik-baiknya agar jenama yang diwakilinya itu mendapat perhatian.

"Saya selesa menjadi duta produk dan sentiasa terbuka dengan tawaran yang datang kerana itu bukti kepercayaan orang terhadap kita. Bagaimanapun pada usia begini saya perlu memilih tawaran yang datang supaya sesuai dengan status saya sebagai isteri dan ibu."

Mengulas pembaharuan kontraknya bersama Kose, Amy memberitahu kerjasama itu berterusan atas persefahaman mereka yang baik selama ini.

"Produk ini juga sangat serasi dengan saya dan saya tiada masalah untuk meneruskan usaha sama bersama mereka.

Dalam perkembangan lain, Amy berkata dia bakal muncul dengan single terbaru iaitu Itu Dulu ciptaan . Video masa Amy Mastura buat persembahan akan Budiey upload dalam Youtube dalam masa terdekat.

Tahniah buat Amy Mastura!

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Amy Mastura Duta Kose

Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Sekitar Tayangan Perdana Sitkom Terbaru Small Mission Enterprise

Posted: 17 Sep 2012 07:08 PM PDT

Misi Kecil, Hiburan Terbaik Small Mission Enterprise (SME)
Tayangan perdana Sitkom terbaru Small Mission Enterprise (S.M.E) di Kuala Lumpur

Dalam menggalakan lebih ramai anak muda menceburi bidang perniagaan dengan dimulakan secara kecil-kecilan, stesen TV NTV7 (saluran 107) menggunakan pendekatan komedi dengan penerbitan komedi bersiri komedi Small Mission Enterprise atau S.M.E.

Bakal ditayangkan buat pertama kalinya bermula 4 Oktober ini, S.M.E. dapat ditonton pada setiap Khamis, jam 9 malam. Sitkom ini diarahkan oleh pelakon serta pengarah sitcom komedi terhandal tempatan, Douglas Lim.

Small Mission Enterprise

Lebih istimewa lagi, sitkom bersiri 13 episod ini dibintangi barisan pelakon muda berbakat besar seperti, , , , Ruzana Ibrahim, Adibah Noor, serta Chelsia Ng.

Apa yang pasti, sitkom berkenaan akan mampu membuatkan penonton tertawa, selain meningkatkan kesedaran mengenai cabaran yang harus ditempuhi golongan usahawan, sama ada perniagaan keluarga, kedai jahit ataupun kafe pastri.

Tayangan perdana sitkom menghiburkan ini diadakan di , Pavilion hari ini dengan dihadiri ratusan tetamu seperti pelakon utama, pengarah, pihak penaja serta pihak media tempatan.

Pengarah S.M.E. Douglas Lim berkata, sitkom arahannya itu nanti akan memberi penghargaan kepada para usahawan yang mempunyai daya semangat jitu serta kesungguhan dalam membina perushaan sendiri.

"Ini merupakan kali pertama kami menghasilkan sebuah sitkom dari sudut perniagaan dan pastinya saya berasa amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek ini.

"Cabaran utama bagi merealisasikan sitkom ini adalah bagaimana untuk menerapkan nilai pendidikan tanpa membuatkan penonton berasa bosan. Ia haruslah kelakar namun mengekalkan relevannya dari sudut intelektual," katanya.

S.M.E. buat pertama kalinya telah ditayangkan secara khas dalam sebuah majlis berbuka puasa pada Ogos lalu dengan penayangan beberapa babak melucukan.
Tetamu telah dipertontonkan dengan beberapa adegan mencuit hati bagaimana setiap watak melalui pelbagai cabaran serta ujian dalam perjalanan mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MALAYSIA SME®, Wayne Lim dalam kenyataannya berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan penerbitan sitkom berkenaan dan diharapkan ianya dapat menjadi sumber inpirasi supaya lebih ramai anak muda menyertai bidang perniagaan kecil mahupun sederhana.

"Diharap dengan pendekatan yang bewarna-warni dan unsur jenaka yang sampaikan oleh setiap pelakon akan memberi lebih keriangan kepada seisi keluarga untuk menikmatinya," kata Wayne.

Setiap minggu, S.M.E. menampilkan tema berbeza dengan menggunakan plot menarik yang mempunyai hubung kait dalam pelbagai situasi serta dilema menjalani perniagaan sehingga bertemu dengan jalan penyelesaian.

Bermula dengan babak mendaftarkan perniagaan, pencarian lokasi, risiko pengurusan, pengautomasian pejabat, sumber manusia, cukai dan beberapa isu penting yang diolahkan dalam adegan cukup menggelikan hati.

Pelakon kemudiannya menyertai Wayne Lim, Douglas Lim, David Ng dari DHL Express (Malaysia) Sdn Bhd, Melvyn Ho dari Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd dan Emmanuel Nivet dari AXA Affin General Insurance Berhad untuk sesi fotografi.

Penaja bersama majlis berkenaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Syarikat Suruhanjaya Malaysia, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, Oris Watch dan Sage Software Sdn Bhd.

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Small Mission Enterprise

Latar belakang Small Mission Enterprise (S.M.E.)
S.M.E. merupakan siri sitkom kemedi pertama di Malaysia yang mengetengahkan tema perusahaan besar dan juga sederhana, menceritakan gelagat tiga sekawan menceburi bidang perusahaan perniagaan bagi mengubah jalan hidup mereka. Mohan lakonan Ash Nair menyahut cabaran meluaskan perniagaan alat tulis keluarganya yang dimiliki bapanya Kumar (Indi Nadarajah). Sementara itu Zam lakonan Baki Zainal pula menjalani perusahaan menjahit pakaiannya sendiri yang dimiliki oleh ibu saudaranya, Cik Aminah (Adibah Noor).
Manakala watak Jose lakonan Alvin Wong merupakan penganggur yang bercita-cita ingin membuka kafe rotinya bagi merealisasikan minat yang mendalam dalam dunia pembuatan kek dan pastry. Turut mengetengahkan watak Lydia lakonan Ruzana Ibrahim yang merupakan isteri kepada Zam dan Michelle (Chelsia Ng) seorang agen insuran iaitu kekasih setia kepada Jose yang sering membantu buah hatinya itu bila dalam situasi sukar. Sitkom akan mempamerkan pelbagai cabaran yang biasanya dihadapi di dalam perusahaan kecil dan sederhana dengan menggunakan pendekatan cukup mencuit hati hasil lakonan berkesan Mohan, Zam dan juga Jose. Setiap minggu, sitkom akan mempamerkan plot dengan tema berbeza berhadapan dengan pelbagai dilema dalam mengharungi perusahaan kecil dan juga sederhana. Bermula dengan babak mendaftarkan perniagaan, pencarian lokasi, risiko pengurusan, pengautomasian pejabat, sumber manusia, cukai dan beberapa isu penting yang diolahkan dalam adegan cukup menggelikan hati. Kepelbagaian tema mingguan dalam sitkom ini meliputi unsur komedi, setia kawan dan semangat tidak putus asa yang akan menjadi bukti bagi kejayaan bagi setiap usaha. Secara keseluruhan, sitkom ini bukan sahaja mahu mempamerkan tentang kepayahan serta cabaran menjalani perniagaan, malahan juga memberi kefahaman kepada masyarakat tentang keberanian untuk bergelar usahawan yang berjaya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: