Adsense

Rabu, 15 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


“Saya Rasa Bangga” – Siti Saleha

Posted: 15 Aug 2012 09:14 PM PDT

Baru-baru ini Siti Saleha telah dipilih sebagai duta baru barangan Palmolive. Dengan perlantikan ini, sebuah majlis iftar Ramadhan telah diadakan pada 13 Ogos yang lalu, bertempat di Giant Kota Damansara.

Menurut Mr Chris Pikounis, Pengurus Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Siti Saleha dipilih sebagai duta baru Palmolive kerana, beliau memiliki ciri-ciri yang diingini dan memiliki auranya yang tersendiri.

"Siti Saleha merupakan pilihan yang tepat kerana dia memiliki kecantikan yang semulajadi, aura yang mempesonakan dan mampu mengangkat jenam Palmolive dengan tarikannya yang tersendiri. Selain memiliki kecantikan dan bakat semula jadi, Saleha juga bijak berkomunikasi dan mampu menarik perhatian para pengguna serta peminat-peminatnya." ujar Mr Chris Pilounis sewaktu majlis iftar berlangsung.

Disamping itu, Saleha turut melahirkan rasa berbesar hati dan teruja kerana terpilih sebagai duta baru jenama Palmolive.

"Saya merasa sungguh berbesar hati dan bangga kerana terpilih sebagai duta baru jenama Palmolive. Apa yang saya suka tentang produk Palmolive ini adalah ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan baunya sungguh harum. Ia juga mampu membuat wanita seperti saya rasa segar dan tenang selepas menggunakan produk Palmolive ini."

Sewaktu majlis Iftar, Siti Saleha sempat meluangkan masa bersama tetamu jemputannya yang memenangi pertandingan SMS Palmolive-Giant dan para remaja dari Persatuan Kebajikan Generasi Gemilang.

Video : Raihanna Menangis Cerita Tentang Bekas Kekasih, Chris Brown

Posted: 15 Aug 2012 09:12 PM PDT

Penyanyi pop popular Rihanna yang terkenal dengan lagu "Unfaithful" baru-baru ini dijemput untuk menghadiri rancangan bual bicara Oprah's Next Chapter.

Menerusi temubual di rancangan tersebut, Rihanna telah berkongsi sedikit tentang kisahnya sewaktu bersama bekas kekasih, Chris Brown dan secara tidak sengaja dia telah menitiskan air mata.

"Saya kehilangan kawan baik. Saya berasa sangat geram dan pernah menyimpan dendam terhadapnya," kata Rihanna seperti dipetik daripada klip promo rancangan Oprah's Next Chapter yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Oprah Winfrey.

Rihanna turut memaklumkan bahawa dia turut mengalami konflik perasaan setelah diserang oleh Brown dan menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka pada tahun 2009.

Mari kita lihat sedikit sedutan rancangan Oprah's Next Chapter yang akan ditayangkan pada 19 Ogos nanti dan untuk video lain anda boleh layari music.yahoo