Adsense

Rabu, 15 Ogos 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Misai A Galak Laris

Posted: 14 Aug 2012 11:40 PM PDT

A Galak
KUALA LUMPUR: Bak kata pepatah! Tuah ayam nampak di kaki, tuah A.Galak pada misainya.
Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh pelakon Gerak Khas, A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 70, yang mengakui misai lintangnya itu menjadi pembuka rezekinya selama ini.
Beliau berkata, dek kerana misai itu, rezeki lakonan yang diterimanya tidak pernah putus sehinggalah ditawarkan berlakon di Singapura untuk sebuah drama komedi sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Percaya atau tidak sebuah syarikat produksi di Singapura menawarkan saya berlakon kerana misai saya. Penerbit drama itu memberikan saya watak sebagai penjual songkok cap misai," katanya.
A Galak berkata, dek kerana faktor usia, misainya yang sudah beruban itu terpaksa diwarnakan menggunakan inai agar kelihatan menarik dan kemas.
Namun katanya, kadang kala dia menjadi rimas kerana misai itu sering kali mengganggu terutamanya ketika hendak menikmati makanan.
"Setiap kali saya menikmati aiskrim, mesti aiskrim itu terlekat pada misai saya. Tapi apa boleh buat, kalau saya potong misai ini, habislah rezeki saya nanti," katanya yang gemar berjenaka.
Bercerita mengenai sejarah misai itu A Galak berkata ia bermula ketika penggambaran drama bersiri Roda Roda Kota Raya pada tahun 1990-an apabila pengarah drama itu, Datuk Yusof Haslam memintanya menyimpan misai.
Dipanggil sebagai 'Sarjan Misai' dalam drama bersiri Gerak Khas.
Katanya, watak tersebut merupakan inspirasi seorang anggota polis trafik Jalan Bandar di sini bernama Sarjan Senin yang terkenal dengan misai lintangnya.
"Untuk menjiwai watak, saya pun menyimpan misai untuk drama itu sehinggalah ia sinonim dengan saya sampai ke hari ini," katanya.
A Galak memberitahu tidak berhasrat memotong misai berkenaan kerana menganggap tidak ramai pelakon yang mampu dikenali dengan imej yang ditampilkan.
Katanya, walaupun sesetengah orang melihat wajahnya serius gara-gara misai lintangnya itu, tetapi sifatnya tidak seperti yang digambarkan banyak pihak malah beliau juga seorang yang suka berseloroh.
Dalam perkembangan lain jika tiada apa-apa tawaran berlakon, beliau akan menghabiskan masa di Kampong halamannya yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan bersama isteri.
A Galak juga turut berbangga selama 35 tahun bergiat dalam dunia seni, dia dapat membuktikan mampu menyara kehidupannya sekeluarga termasuklah membesarkan lima orang anak yang sekarang berumur antara 25 hingga 40 tahun.
"Saya bersyukur, anak-anak saya kebanyakannya sudah berjaya dalam pelajaran hasil wang yang saya peroleh sebagai pelakon.
"Anak-anak saya ada yang bekerja sebagai arkitek, ahli perniagaan, pengurus syarikat serta pembantu perubatan. Saya juga hidup bahagia bersama 11 orang cucu," katanya.
- ---