Adsense

Selasa, 17 Julai 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Ziana Zain Di Pelancaran Kempen ‘Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai’ Anjuran Antabax

Posted: 17 Jul 2012 02:59 AM PDT

ZIANA ZAIN

Antabax, jenama barangan penjagaan diri terdiri daripada mandian badan dan pencuci tangan yang diyakini dan berinovatif menyediakan perlindungan 24-jam yang secara berkesan membunuh 99.9 % kuman melancarkan kempen amal 'Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai' dalam membantu Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, Hospital Sungai Buloh.

Kempen derma ini dilancarkan bertempat di Hospital Sungai Buloh telah dirasmi oleh Duta Jenama Antabax Ziana Zain, bersama-sama dengan Mr. Francis Ng, Pengurus Besar Pemasaran, Bahagian Isirumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Florence Soo, Pengurus Bahagian Tanggungjawab Korporat Sosial Tesco Malaysia dan Dr. Khalid Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh.

Kempen akan berlangsung daripada 20 Julai sehingga 20 September, 2012 dimana sebanyak 10% daripada setiap pembelian kesemua barangan penjagaan diri anti-bakteria Antabax dari mana-mana 46 cawangan Tesco di seluruh Negara akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia.

Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia dibangunkan pada tahun 1997 dengan fungsi utamanya adalah untuk menolong para pesakit yang tidak berkemampuan membeli peralatan perubatan yang tidak diberikan oleh pihak hospital termasuk peralatan seperti oksigen concentrator, suction machine, commode chair, kerusi roda dan sebagainya. Tabung ini juga berperanan memberi bantuan kewangan segera kepada pesakit miskin, tidak berkemampuan yang berada dalam situasi kecemasan dan krisis semasa mereka mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan seperti Hospital Sungai Buloh.

Menurut Encik Francis Ng, Pengurus Besar Pemasaran, Bahagian Isirumah dan Penjagaan Diri, Antabax sangat gembira diatas satu lagi langkah berkesan dalam inisiatif khidmat masyarakat yang mana kali ini menolong para pesakit yang memerlukan.

"Pihak Antabax sentiasa percaya dengan membuat kebaikan akan mendatangkan ganjaran yang setimpal. Apabila kami mendapat tahu yang Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia melalui Hospital Sungai Buloh, kami lihat bahawa ianya memberikan bantuan kepada para pesakit yang tidak mempunyai saluran bantuan yang lain. Sementara kami mengutip dana bagi Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, kami turut meneruskan program pendidikan dan kesedaran yang membawa mesej secara jelas dan langsung kepada orang ramai berkenaan kepentingan kebersihan dan kesihatan diri," kata Encik Francis Ng.

"Kami akan memulakan kempen kutipan dana ini bersempena dengan bulan mulia bagi umat Islam, bulan Ramadhan dimana orang ramai adalah digalakkan untuk menolong orang yang kurang bernasib baik dan melakukan kebaikan. Tema bagi kempen ini amat bertepatan dengan perkara ini iaitu , kami perlu Memberi Harapan agar orang ramai dapat Merai Kehidupan yang Sihat," tambah Mr. Ng lagi.

"Kejayaan kami dalam meraih sifat penyayang dan pemurah rakyat Malaysia adalah amat bermakna dan telah diketahui ramai. Oleh yang sedemikian, saya menyeru warga Malaysia yang sentiasa terkenal dengan sifat pemurah mereka menderma kepada mereka yang amat memerlukan untuk sekali lagi mengambil bahagian dalam kempen ini. Tambahan lagi, selain daripada menolong para pesakit , kami turut menggalakkan kehidupan yang bersih dan sihat menerusi Tesco kerana Antabax adalah produk yang terkenal dengan pelanggan kami." Florence Soo berkata.

ZIANA ZAIN

Penyanyi, pelakon yang sentiasa memenangi anugerah, Ziana Zain yang merupakan duta jenama Antabax menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong kempen ini. Beliau sendiri amat bersimpati dengan kanak-kanak yang dimasukkan dalam wad pesakit kanak-kanak ini.

"Saya bersungguh-sungguh mahu menolong dan ingin menggalakkan semua orang untuk menyokong kempen ini kerana ramai pesakit akan mendapat manfaat daripada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia ini. Saya juga sangat gembira kerana pihak Antabax dan Tesco memulakan inisiatif ini dalam menyambut bulan Ramadhan." Terang Ziana.

Dr. Haji Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh berkata Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia sememangnya sangat memerlukan dana bagi rawatan perubatan untuk para pesakit yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan perubatan ditambah lagi dengan ketiadaan perlindungan insuran untuk membiayai kos perubatan mereka.

"Sumbangan kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia ini amat dihargai kerana terdapat ramai pesakit yang memerlukan bantuan berkaitan dengan peralatan perubatan yang tidak mampu disediakan oleh hospital kami bagi kegunaan mereka di rumah. Terdapat juga beberapa kes dimana para pesakit dan keluarga mereka memerlukan bantuan dengan kadar yang segera bagi kes-kes tertentu. Adalah amat bagus bagi Antabax menyokong dana tabung ini dan kami berharap orang ramai akan menyokong kempen ini dengan sepenuh hati mereka dalam memberi harapan kepada orang lain dalam memperolehi kehidupan yang sihat." Kata Dr. Khalid Ibrahim.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen amal Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai bersama Antabax ini, sila luangkan sedikit masa untuk melayari www.facebook.com/NewAntabax.

Update oleh: @azizwan

Related Posts with Thumbnails