Gosip Artis Malaysia |
- Populariti Soo Wincci Meningkat Gara-Gara MasterChef
- Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional
- Farid Kamil Cedera, Tempurung Lutut Retak
- Fynn Jamal Memerlukan Bantuan Kewangan
Populariti Soo Wincci Meningkat Gara-Gara MasterChef Posted: 17 Jul 2012 06:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia iaitu Soo Wincci (gambar) mengakui populariti program masakan itu telah melonjakkan namanya di kalangan peminat bukan berbangsa Cina. Soo Wincci, 26, berkata, sepanjang empat tahun bergelar penyanyi dia tidak pernah mendapat perhatian yang begitu hebat daripada para peminat dan keadaan itu berubah selepas dia menyertai program berkenaan. "MasterChef Selebriti memang telah mengubah hidup saya sebagai seorang artis dan saya amat bersyukur kerana peminat saya kini bukan sahaja dikalangan kaum Cina tetapi juga Melayu dan India," ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-dengar album berbahasa Malaysia pertamanya di sini pada Selasa. Tambah Soo Wincci, populariti tersebut akan digunakan sebaik-baiknya untuk mengembangkan kerjaya secara lebih menyeluruh pada masa hadapan. Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia telah lama berhasrat untuk menghasilkan sebuah album berbahasa Malaysia selain amat teruja dapat bekerjasama dengan komposer terkenal iaitu Ajai. Katanya, Ajai seorang yang sangat teliti dan pada masa sama memahami kehendaknya sebagai seorang penyanyi dan mereka serasi bekerjasama. "Ajai adalah seorang yang cukup sabar dengan apa yang dilakukan dan sebab itu juga album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. "Bagaimanapun saya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan tidak sabar untuk peminat mendengarnya," katanya. Bagaimanapun dia tidak menafikan popularitinya kini adalah masa yang tepat untuk dia melancarkan album tersebut. "Pada dasarnya saya sudah merakamkan album ini setahun lalu tetapi terpaksa menangguhkannya kerana terlibat dengan pelbagai komitmen. "Bukan mengambil kesempatan tetapi saya rasa ini adalah hikmah untuk saya dan populariti yang ada ini harus digunakan dengan sebaik mungkin," katanya. Sementara itu, Soo Wincci memberitahu single pertamanya sudah pun dilancarkan berjudul Terus Teranglah yang menampilkan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow. Bagi album itu nanti ia akan mempunyai empat buah lagu sebagai permulaan dan akan berada di pasaran pada bulan September depan. Empat lagu tersebut adalah Nombor 1, Terus Teranglah, Jangan Risau dan Musim Asmara. |
Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional Posted: 17 Jul 2012 06:02 PM PDT PETALING JAYA: Kumpulan Rabbani menyifatkan tindakan penyanyi antarabangsa Sami Yusuf membatalkan Konsert Salaam Sami Yusuf yang sepatutnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor adalah tindakan yang tidak profesional. Menurut wakil daripada kumpulan itu, Azadan Abd Aziz, dia bersama Rabbani Productions Sdn Bhd yang turut bekerjasama dengan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP) begitu kecewa dengan cara penyanyi tersebut melaksanakan peranannya. "Kami yang mengendalikan bahagian pengurusan karnival berasa sangat simpati terhadap golongan peniaga yang sudah pun membuat persiapan berniaga bersempena dengan konsert tersebut. "Lebih kasihan lagi apabila pihak penganjur menanggung kerugian yang besar. Pada pendapat saya Sami tidak profesional dengan pembatalan konsert itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana di sini, Selasa. Rabbani akan membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan Ramadan ini. Pada 12 Julai lalu, pihak penganjur telah memaklumkan pada saat-saat akhir mengenai konsert berkenaan dan meminta orang ramai menebus semula tiket yang sudah dibeli. Sami menerusi laman Twitter miliknya pula memberitahu pembatalan konsert yang turut menampilkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani itu disebabkan oleh masalah permit. Tambah Azadan, kejadian tersebut telah menjejaskan reputasi mereka sebagai artis dan syarikat di mana ia mampu menjejaskan hubungan sesama rakan perniagaan lain. "Biasanya orang akan menilai sesebuah syarikat berkenaan berdasarkan rekod reputasi yang sedia ada dan pembatalan konsert ini sedikit menjejaskan kredibiliti pihak kami. "Kami agak segan dengan pihak luar, tetapi nak buat macam mana? Ia satu pengajaran yang besar buat kami dan pihak yang terlibat bagi konsert ini," tuturnya dengan nada kesal. Bagaimanapun, walaupun Rabbani kurang gemar dengan cara kerja Sami yang tidak profesional, ia tidak bermakna mereka ingin bermusuh dengan penyanyi itu. Beritahu Azadan, pihaknya cuma lebih berhati-hati apabila melibatkan kerjasama dengan Sami pada masa akan datang dan masih lagi berkawan sebagai rakan artis. Sementara itu, mengenai persembahan Rabbani di Hotel Singgahsana, ia merupakan kerjasama yang ke-21 bagi menghiburkan para pengunjung yang datang untuk berbuka puasa. "Kali ini, Rabbani akan memberi sedikit kelainan daripada segi persembahan di mana kami akan membuat konsep akustik melibatkan peralatan muzik seperti 'cajun' dan gitar, selain peralatan muzik lain yang sering digunakan," katanya. Selain menampilkan konsep muzik akustik, Rabbani turut menampilkan rakan-rakan artis mereka seperti kumpulan Hijjaz, Raihan, In-Team dan Saujana untuk membuat persembahan pada hari-hari yang tertentu. - --- |
Farid Kamil Cedera, Tempurung Lutut Retak Posted: 17 Jul 2012 06:00 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil terpaksa berjalan menggunakan tongkat akibat tempurung lutut kirinya retak kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak pada Isnin lalu. Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang dekat sini yang turut mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan lebam. "Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar. "Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan. "Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu. "Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai," katanya di sini, Selasa. Aktor filem Lagenda Budak Setan itu memberitahu, ekoran kejadian itu dia dinasihatkan doktor agar berehat panjang daripada sebarang aktiviti lasak. "Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja. "Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya," katanya. Selain Farid, filem genre aksi terbitan Ops Production itu turut dibarisi Aaron Aziz dan Juliana Evans. - --- |
Fynn Jamal Memerlukan Bantuan Kewangan Posted: 16 Jul 2012 10:18 PM PDT Siapa Fynn Jamal? beliau adalah seorang artis yang berkarya secara puitis. boleh rujuk blog beliau di http://www.fynnjamal.blogspot.com/ Beliau memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk pembedahan penting untuk anak lelaki beliau yang disahkan mengalami keadaan jantung berlubang. Beliau meminta pertolongan dan jika anda ingin pinjamkan saja dan ingin dibayar semula, boleh maklumkan pada beliau. sila ke fanpage bliau di : https://www.facebook.com/FynnJamalMusic ps: ketika posting ini ditulis, akaun beliau diblok olek pihak bank akibat banyak transaksi berlaku. dapatkan info terkini di fanpage di atas. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |