Adsense

Selasa, 17 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Penganjur Langgar Peraturan Bawa Dato Siti Nurhaliza, Diberi Amaran

Posted: 17 Jul 2012 09:52 PM PDT

Umum tahu bahawa kerajaan Negeri Kelantan sememangnya tegas dari segi undang-undang dan peraturan mengenai industri hiburan di negeri mereka.

Terbaru, sebuah badan penganjur telah diberi amaran kerana melanggar peraturan apabila mereka memberikan slot persembahan untuk Dato' Siti Nurhaliza di sebuah majlis "Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012″ peringkat Kota Bharu, 14 Julai lepas. Antara sebab penganjur diberi amaran ialah kerana mereka melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri Kelantan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan, mereka sudah menerima maklumat yang menyatakan bahawa majlis itu hanyalah sebuah majlis motivasi, namun disebaliknya, Dato' Siti telah membuat persembahan secara terbuka.

"Sebelum ini kita terima maklumat daripada penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka. Ini memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita harap selepas ini perkara seumpama ini tidak berulang lagi."

Untuk pengetahuan, pihak yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kelantan boleh dikenakan tindakan undang-undang dan denda tidak kurang dari RM1,000 mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Sumber : Sinar Harian

Tudung Bawal Eksklusif Daripada Swarovski

Posted: 17 Jul 2012 09:02 PM PDT

Dewasa ini terdapat pelabagai jenis dan reka bentuk tudung yang terdapat di pasaran. Kesemuanya memiliki keistimewaan dan daya tarikannya yang tersendiri. Bersesuaian dengan peredaran zaman, tudung turut menjadi element penting dalam transformasi dunia fesyen muslimah masa kini.

Pada suatu ketika dahulu, tudung bawal merupakan satu fenomena yang cukup popular terutama pada awal tahun 90an. Akan tetapi, pada masa kini tudung bawal telah mengalami transformasi dari segi rekaannya, di mana ia telah dipadankan dengan pelbagai jenis perincian seperti manik, jemeki, labuci, bunga benang dan juga batu permata.

Secara umumnya, tudung bawal diperbuat daripada fabrik voil dan ianya mempunyai kualiti dan gred yang tersendiri. Oleh itu, bagi individu yang menggemarkan tudung bawal berkualiti tinggi, tudung bawal rekaan eksklusif pasti menjadi pilihan utama.

Tudung bawal rekaan eksklusif ini telah diterjemahkan daripada fabrik voil berkualiti tinggi dari Jepun dan ia telah dipadankan dengan hamparan perincian batu Swarovski. Setakat ini hanya beberapa jenama terkenal sahaja yang diperakui secara eksklusif menggunakan batu permata bermutu tinggi dari Austria ini, antaranya seperti Lorenzo, Jimmy Choo dan Bawal Exclusive.

Tudung bawal merupakan tudung yang sangat istimewa dan unik kerana ia tidak lapuk ditelan zaman. Maka, tidak hairanlah sekiranya ramai wanita muslimah masa kini lebih gemar menggayakan tudung bawal untuk pakaian harian mereka dan dengan stail yang tersendiri.

 Sumber : Sinar Harian, CtRedzuan