Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Lagu Terbaru Najwa Latif ADAMU Posted: 21 Jul 2012 03:11 PM PDT ADAMU – SINGLE RELIGI TERBAHARU NAJWA LATIF Sempena kedatangan Ramadan yang mulia ini, Gadis Youtube ini telah melancarkan single religi beliau yang berjudul "AdaMU" serentak dengan video muziknya yang dilancarkan di saluran milik beliau. Lagu "AdaMU' ini telah dinukilkan pada bulan Ramadan tahun lepas manakala liriknya ditulis oleh kakaknya. Menurutnya, lagu ini hadiah khas buat peminatnya yang merindui kemunculan beliau khalayak ramai kerana berehat daripada aktiviti seni serta sedang membuat persiapaan untuk peperiksaan SPM akan dihadapinya nanti. Satu kelebihan single ini ialah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini sangat baik dan diharap dapat member manafaat oleh pendengarnya.Untuk menonton video muzik "AdaMU", sila klip video di bawah ini: Lirik Lagu AdaMU Najwa Latif AdaMU Merenung ke luar jendela Kau berikan ku kekuatan Kerna Kau yang satu Ku tahu ku adaMu Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD) Laman Sosial Najwa Latif Facebook : http://www.facebook.com/OfficialNajwaLatif Tags: Adam, lirik lagu, Najwa Latif Tags: Lirik, Najwa Latif, AdaM, Lirik LaguClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Sitkom Terbaru Love Compulsory Posted: 20 Jul 2012 11:39 PM PDT LOVE COMPULSORY Sitkom Terbaru di Saluran Ceria Anda Benarkah anggapan anda bahawa lelaki dan wanita jauh berbeza sehingga sering dikatakan kaum Adam adalah dari planet Marikh manakala kaum Hawa pula bagaikan daripada planet Zuhrah? Adakah anda masih meminati dan mengingati sitkom ntv7 sebelum ini seperti Mr. Siao's Mandarin Class dan Time FM? Jika jawapan anda ialah "ya" maka anda bakal menyukai sitkom terbaru daripada ntv7, "Love Compulsory" yang mula bersiaran pada 2 Ogos ini, setiap hari Khamis jam 11 malam. Drama ini mengangkat jalan cerita mengenai agensi cari jodoh yang kian menjadi suatu gaya atau trend dalam masyarakat hari ini. Terperangkap dalam peranan mereka dalam golongan profesional serta menjalani kehidupan yang sibuk, semakin ramai daripada mereka menyertai agensi sebegini bagi mengakhiri zaman bujang mereka. Hasil daripada penerbit The Superb Match Makers dan Happy Family, sitkom bersiri 13 episod ini menceritakan beberapa orang jejaka dan gadis muda yang cuba mengakhiri status bujang mereka melaui perkahwinan dengan bantuan agensi cari jodoh. Sitkom selama setengah jam ini membawakan anda barisan pelakon berbakat dan lucu termasuklah Calon Pelakon Lelaki Terbaik Top 5 Golden Awards 2012, Leslie Chai, Calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Alvin Wong serta Calon Pelakon Wanita Terbaik, Tiffany Leong. Antara pelakon lain yang bakal menjayakan sitkom yang penuh dengan gelak ketawa ini adalah Jack Yap, Jan Chin, pendatang baru, Karena Teo, Shuben Low dan Hansen Lee yang bakal menghiburkan setiap malam Khamis anda melalui garapan jalan cerita serta skrip yang penuh jenaka. Love Compulsory juga bakal mempertontonkan vokal Jack melalui lagu tema sitkom itu, "I Wanna Be". Tiffany yang membawa watak utama di dalam sitkom ini akan digandingkan bersama Hansen Lee, penyampai TV dan pelakon tampan Malaysia. Sitkom ini juga merupakan penampilan pertama Hansen Lee dalam siri tempatan Cina. Penonton juga bakal melihat keserasian semulajadi gandingan ini serta mengingati babak-babak manis percintaan mereka di skrin TV nanti. Tiffany yang memainkan peranan sebagai Angel, Pengarah Agensi Cari Jodoh Love Compulsory yang kini berusia 29 tahun merupakan pencari jodoh terbaik dan paling terkenal di bandar itu. Angel memang paling dikehendaki oleh para pelanggannya yang percaya bahawa dia mempunyai cara tersendiri yang sememangnya mampu menemukan dua insan dalam percintaan. Malah dia juga tidak pernah kenal erti perkataan gagal dalam kamus hidupnya. Di agensi itu juga Angel menjalankan kelas tutorial serta aktiviti temujanji sepantas 7 minit untuk setiap para pelajarnya. Antara yang menghadiri kelas Angel ialah Hao Jie (Leslie) dan Gao Zi Man (Jan) yang membawa watak sebagai sepasang pasangan. Hao Jie membesar dalam keluarga ibu tunggal di mana dia mempunyai hubungan anak-beranak yang sangat rapat dan kuat dengan ibunya. Ini menyebabkan beberapa hubungan cintanya sebelum ini menemui kegagalan kerana tidak dapat memenuhi kehendak kekasih dan ibunya secara seimbang. Gao Zi Man pula merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan hampir memiliki segalanya. Di sebalik kesempurnaan Gao Zi Man, dia sebenarnya sukar untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Terdesak dalam hal percintaan Ah Jie dan Zi Man mengambil keputusan untuk menyertai agensi cari jodoh kelolaan Angel. Da Xiong (Jack) dan Xiao Ling (Karena) juga memainkan watak sebagai sepasang pasangan yang akhirnya bertemu di dalam agensi tu. Da Xiong mempunyai konflik dalaman kerana masalah ketinggiannya. Walaupun memiliki ramai kawan wanita di sekelilingnya namun tiada seorang pun menganggapnya sesuai untuk dijadikan teman lelaki berbanding hanya seorang kawan. Da Xiong juga selalu perasan berjaya memiliki hati gadis idamannya walaupun sebenarnya adalah sebaliknya. Berbeza dengan Xiao Ling yang dibesarkan oleh ibu bapanya yang tegas dan mempunyai pelbagai pantang larang dan peraturan. Malah dia juga sering diingatkan untuk bertemu janji hanya dengan lelaki yang benar-benar bakal dikahwininya. Dia hanya memiliki setahun sahaja lagi sebelum berusia 26 tahun di mana di usia itu Xiao Ling berpendapat merupakan masa yang terbaik untuk dirinya mendirikan rumah tangga. Takdir menemukan Da Xiong dan Xiao Ling di mana persepsi mereka tentang cinta dan perkahwinan bakal berubah. Love Compulsory juga bakal menggandingkan pasangan Alvin dan Shuben yang turut membawa kepada plot yang segar dan unik kepada para penonton. Alvin yang sememangnya dikenali dengan personalitinya yang kelakar dan kurang serius bakal diberikan cabaran hebat dalam membawa watak yang jauh daripada sifat kebiasaannya itu. Membawa watak "Tian Yu" seorang pereka animasi 3D, dia dilihat sebagai seorang yang membosankan oleh rakan wanita sejawatannya. Malah dia sering gagal meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya melalui kata-kata. Shuben yang membawa watak "Pauline" pula merupakan seorang kerani akauntan yang mudah hilang sabar kerana sifat panas barannya. Pertemuan mereka menyebabkan mereka saling cuba menjayakan hubungan mereka bersama-sama. Namun sikap Pauline yang sering berfikiran negatif dan cerewet pastinya mengundang pelbagai cabaran buat pasangan ini nanti. Menurut Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7, Love Compulsory merupakan sebuah lagi sitkom ntv7 yang amat berbaloi untuk ditonton. "ntv7 memang terkenal dalam menghasilkan sitkom berkualiti termasuklah Time FM dan Mr. Siao's Mandarin Class yang mana telah mendapat ratings yang tinggi sebelum ini. Kami berharap untuk membawakan lagi keceriaan kepada para penonton kami melalui tawaran sitkom terbaru ini," kata Cheah Yee. "Kami juga amat berbesar hati dengan penglibatan dan sokongan yang diberikan oleh one FM selaku rakan media untuk sitkom ini," tambah Cheah Yee. Selain barisan pelakon yang hebat, beberapa pelakon jemputan juga bakal menghiasi beberapa episod sitkom ini melalui penampilan istimewa mereka dalam Love Compulsory. Antaranya ialah Tiang Kah Chee, pembaca berita Mandarin 7 serta pengacara e7 dan penyampai radio one FM, Nicholas Ong. Menambah lagi kebanggaan terhadap sitkom ini adalah bakat-bakat di sebalik sitkom bersiri ini adalah berasal daripada Malaysia sendiri termasuklah penerbit, pengarah, penulis skrip dan lain-lain. "Kami amat berbangga untuk mempamerkan bakat-bakat mereka yang berasal dari negara ini melalui sitkom ini. Selain itu, kami juga tidak sabar menantikan Golden Awards 2012 yang akan diadakan pada 22 September nanti di Pusat Konvensyen Antabangsa Putrajaya di mana anugerah ini bakal memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat dan tenaga kerja terbaik di dalam industri hiburan Cina tempatan. Kami berharap anugerah ini akan memberikan lagi inspirasi dan menemukan ramai lagi individu yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan industri ini," kata Cheah Yee lagi. Apakah cabaran yang bakal dihadapi Angel dalam memadankan keenam-enam individu ini nanti? Dapatkah dia menggunakan kemahirannya yang unik seperti yang sering diperkatakan? Jangan lupa saksikan sitkom Love Compulsory yang bakal menemui anda 2 Ogos ini, setiap hari Khamis, jam 11 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter. Tags: NTV7Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |