Adsense

Jumaat, 27 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Ibu Michael Jackson Kehilangan Hak Penjagaan Cucu

Posted: 27 Jul 2012 12:31 AM PDT

Mahkamah Los Angeles telah menyerahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak Michael Jackson kepada sepupu mereka, Tito Jackson Jr ekoran insiden "pergelutan kecil" yang berlaku di rumah keluarga Jackson baru-baru ini.

Sebelum ini hak penjagaan anak-anak  Michael Jackson telah diserahkan kepada ibunya, akan tetapi setelah berlakunya insiden "kehilangan" Katherine sabtu lalu telah membimbangkan Hakim Mitchell Beckloff sehingga membuat keputusan untuk melucutkan hak penjagaan tersebut.

Oleh itu, kini hak penjagaan ketiga-tiga anak Michael Jackson, telah berpindah tangan dan pihak mahkamah juga mengarahkan agar anak-anak Michael Jackson tidak boleh dibuang dari California. Namun begitu, menurut Associated Press, pihak mahkamah tidak mempunyai bukti bahawa Katherine bersalah dalam hal pergelutan keluarga Jackson, malah beliau akan mendapatkan hak penjagaan semula cucu-cucunya  setelah beliau kembali ke rumah.

Sumber : Sinar Harian

Kisah Gagal Twilight : Kristen Stewart Curang Terhadap Robert Pattinson

Posted: 26 Jul 2012 11:42 PM PDT

Kisah Twilight yang menjadi subjek cinta era moden ini menemui kegagalan apabila secara realitinya bintang utamanya, Kristen Stewart dilaporkan berlaku curang dengan seorang pengarah, Rupert Sanders.

Walaupun Kristern Stewart secara terbuka meminta maaf kepada kekasihnya, Robert Pattinson, ia tak berjaya memulihkan hubungan mereka berdua. Malah, Robert Pattinson mengambil langkah drastik berpindah keluar daripada rumah yang diduduki bersama.

Memetik laporan Page Six, seorang saksi memberitahu bahawa kedua-dua pasangan terbabit bertengkar di belakang pentas sempena majlis Anugerah Teen Choice, sehari sebelum beberapa keping foto dipercayai Kristen Stewart dan Rupert Sanders bercium di khayalak ramai tersebar di ruangan internet.

Robert Pattison dilaporkan sehingga kini amat kecewa dengan tindakan curang kekasihnya.

Dalam video berlainan, seorang peminat memberikan reaksi histeria dan berang dengan tindakan Kristern Stewart melalui sebuah video yang dimuatnaik khas kepada pelakon tersebut.