Berita Harian: Hip |
Posted: 26 Jul 2012 01:58 PM PDT Hanya kerana gambarnya mengenakan tudung tersiar di laman sosial Twitter miliknya, tidak semena-mena nama Ning Baizura Hamzah dikaitkan bakal menyertai parti pembangkang, PAS. Bukan saja hanya berpandukan gambar berkenaan, malah kenyataan dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dalam sebuah akhbar sebelum ini seolaholah penyanyi terkenal itu memang berhasrat menyertai parti terbabit. Kenyataan itu tentunya mengejutkan ramai pihak, termasuk Ning sendiri. Kecewa dengan pengumuman yang dianggap sebagai fitnah, Ning terpaksa bersuara di Twitter menafikan khabar itu.Bertemu si empunya diri pada majlis buka puasa dan pengagihan royalti oleh Performers & Artistes Rights Malaysia (PRISM) di ibu kota, kelmarin, Ning berkata, meskipun luahan itu mendapat pelbagai reaksi negatif, dia terpaksa bertindak begitu kerana tidak mahu orang ramai keliru dengan pendirian politiknya. Sebelum ini saya tidak pernah bercerita secara terbuka mengenai pendirian politik saya. Justeru, apabila terbaca kenyataan berbaur fitnah itu di sebuah akhbar, saya memang terkejut. Terus terang, fitnah itu boleh menjejaskan kerjaya seni saya. Apa yang dikesalkan Ning, mengapa mereka tergamak menipu khalayak semata-mata bersandarkan kepada gambarnya mengenakan tudung? Gambar itu diambil ketika saya menjalani penggambaran drama terbitan Erma Fatima tahun lalu. Saya muat turun di Twitter sebagai koleksi peribadi. Tak sangka pula ia disebarkan di blog dan terus dijadikan isu kononnya saya berhijab kerana mahu menyertai PAS, seperti yang berlaku ke atas beberapa artis sebelum ini, ujar Ning yang sudah pun menyerahkan perkara itu kepada peguamnya. Tak daftar ahli PRISM Ning turut mendedahkan, sejak bergelar artis hampir dua dekad lalu, dia belum pernah mendaftar sebagai ahli PRISM, yang membolehkannya mendapat royalti hasil nyanyiannya selama ini. Memang terkejut apabila mendapat tahu nama saya tidak didaftarkan sebagai ahli oleh syarikat rakaman sebelum ini. Malah, saya langsung tidak diberitahu mengenai proses ini. Maklum sajalah, saya masih baru dan mentah, manalah tahu mengenai hal ehwal royalti. Bayangkan, saya ada 120 lagu dan ia masih diputarkan sehingga kini. Kalaulah saya didaftarkan awal, tentunya saya dapat kutip jumlah royalti yang sangat banyak. Taklah macam hari ini, sikit saja, katanya dalam nada sedikit kecewa. Ning berkata, buat masa ini dia belum memutuskan untuk menjadi ahli kepada mana-mana badan pengutip dan pengagihan royalti yang ada ketika ini, iaitu Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) ataupun PRISM Berhad. Mana-mana badan yang saya lihat mampu membantu artis macam saya dengan visi dan misi mereka, dan saya yakin dengan kesungguhan perjuangan mereka, badan itulah yang akan saya sertai, ujarnya ringkas tapi penuh makna. |
Ashanty tak halang KD jumpa anak Posted: 26 Jul 2012 01:52 PM PDT Walaupun masing-masing mengaku punya hubungan baik, malah saling bertandang apabila bekas pasangan berkahwin baru, baru-baru ini timbul cerita kesukaran Krisdayanti atau KD untuk bertemu anaknya, Aurel dan Azriel. Sejak bercerai dengan Anang Hermansyah, KD dilaporkan membuat pengakuan menghadapi kesulitan setiap kali ingin berjumpa mereka, hingga menimbulkan kegusarannya. Begitupun, isteri baru penyanyi merangkap komposer itu, Ashanty, ketika ditemui media enggan memberikan sebarang komen kerana baginya, ia isu begitu sensitif."Saya tidak mahu masuk campur dalam hal ini. Jujurnya, sebagai isteri kadangkala saya berasa tersepit. Namun, saya kenal suami saya. Cuma mungkin ada timbul salah faham," katanya. Tambah Ashanty, yang punya hubungan baik dengan anak tirinya, dia tidak pernah menghalang mereka bertemu KD, tambahan pula sebagai anak, dia faham perasaan rindu terhadap orang tua. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |