OHBULAN! |
Rumah Sharifah Shahira Dirompak, Rugi RM1,500 Posted: 15 Jul 2012 08:25 PM PDT Walaupun bunyi kerugiannya boleh dikatakan kecil berbanding orang lain, namun kes rompakan seperti ini adalah sesuatu yang harus diambil berat kerana ianya merbahaya termasuklah pada kita semua. Terbaru dari Sharifah Shahira, Berita Harian melaporkan bahawa rumah selebriti ini telah dirompak sekitar jam 10.30 malam semalam. Kejadian ini disedari apabila kedua pasangan ini, Sharifah Shahira & Ijoy pulang kerumah pada jam 2.30 pagi dan mendapati pintu rumah mereka telah diumpil perompak. Difahamkan, mereka hanya mengalami kerugian berjumlah RM1,500 apabila barang kemas dan sejumlah matawang Indonesia diambil perompak. Berdasarkan rakaman CCTV, rumah mereka telah dirompak pada jam 10.30 malam dan pada waktu itu, anak dan orang gaji Sharifah Shahira tidak menyedari hal ini kerana masing-masing sudah tidur didalam bilik yang berasingan. Kepada para pembaca, bulan Ramadhan sudah hampir menjelma. Biasanya, pada waktu inilah banyak kes kecurian dan rompakan akan berlaku. Jadi, sila tingkatkan langkah keselamatan dirumah masing-masing dan berpesan-pesanlah pada jiran-jiran anda ya. |
“Independent Fashion Show” Ketengahkan Butik Online Di Pentas Peragaan Posted: 15 Jul 2012 08:13 PM PDT Pada 14 Julai lalu, telah berlangsungnya sidang media Majlis Independent Fashion Show bertempat di Restoran Sri Melaka, Amcorp Mall, Petaling Jaya. Majlis telah dimeriahkan dengan pelancaran website terbaru untuk butik online terkenal iaitu Butik Lalapop. Butik Lalapop merupakan salah sebuah butik online yang menonjolkan fesyen busana muslimah moden seperti skirt labuh, seluar plazo, dress dan hijab. Majlis Independent Fashion Show ini julung kalinya bakal dilangsungkan pada 28 dan 29 Julai 2012 di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Idea asal bagi merealisasikan majlis ini adalah daripada pihak Ilham Kayaman Studio, di mana majlis peragaan ini merupakan percubaan pertama Ilham Kayaman Studio bagi mengetengahkan bakat-bakat usahawan butik online di mata masyarakat. Menerusi majlis pertama ini, pihak Ilham Kayaman Studio telah memilih 20 butik online yang bergerak secara solo, dan mewujudkan majlis ini sebagai platform bagi usahawan-usahawan online ini mengorak langkah ke pentas peragaan. Untuk pertunjukan fesyen akan datang, pihak Ilham Kayaman Studio telah memilih untuk mengetengahkan Koleksi busana berupa Fesyen Moden, Hari Raya, Muslimah dan juga Busana Perkahwinan. Sewaktu acara sidang media ini berlangsung, Butik Online Lalapop telah mengambil kesempatan untuk memperagakan koleksi busana terbaru daripada butiknya. Berikut merupakan beberapa foto busana terbaru beliau untuk tatapan para peminat yang gemarkan pembelian menerusi butik online. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |