Adsense

Ahad, 15 Julai 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Justin Bieber di MTV World Stage Malaysia 2012

Posted: 15 Jul 2012 02:13 AM PDT

Gambar Justin Bieber di MTV World Stage Malaysia 2012
Justin Bieber yang datang ke Malaysia buat kali kedua bagi menjayakan persembahan konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2012 di Surf Beach Sunway Lagoon, Bandar Sunway semalam nyata mendapat pujian ramai pihak.. Justin Bieber dikatakan lebih mesra peminat untuk kunjunganya kali ini.. Hampir 16,000 penonton membanjiri Sunway Lagoon untuk melihat lebih dekat lagi persembahan kali kedua Justin Biber di Malaysia.

Justin Bieber yang memulakan persembahan sekitar jam 6.45 petang tidak henti-henti memuji peminatnya di Malaysia…

"Saya rasa gembira dapat datang lagi ke Malaysia kerana orang di sini menyambut saya dengan tangan terbuka.

"Dan ada sesiapa yang ingin menjadi kekasih saya?"

Bersempena konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2012 ni, Justin Bieber telah menyampaikan 8 buah lagu , antaranya ialah Baby, Girlfriend, Never Say Never, One Time, Around The World, As Long As You Love Me, Die In My Arm dan Be Alright.

Selain Justin Bieber, Kara, Mizz Nina dan Jay Park juga turut menjayakan konsert ini.. Namun dikatakan ramai yang pulang selepas persembahan Justin Bieber… erk.. Jadi buat peminat Justin Bieber, jom kita layan gambar Justin Bieber di MTV World Stage 2012 Malaysia kat bawah ni.

Gambar Bulan Madu Irma Hasmie Dan Redza Di Gold Coast, Australia

Posted: 14 Jul 2012 09:51 AM PDT

Gambar Bulan Madu Irma Hasmie Dan RedzaIrma Hasmie Dan Redza yang sebelum ini dikatakan terbang ke Gold Coast, Australia untuk berbulan madu akhirnya berkongsi gambar-gambar bulan madu mereka berdua kepada peminat.. Irma Hasmie Dan Redza yang baru sahaja pulang ke Malaysia semalam tampak begitu bahagia sekali semasa mereka berdua ni di Gold Coast.. Ini lah untungnya bercinta selepas kahwin kan..

Selain melawati tempat-tempat yang menarik disekitar Gold Coast, Irma Hasmie Dan Redza juga dikatakan sempat makan malam diatas cruise.. Wah! sangat romantik honeymonn dorang ni.. Beruntung la pengantin baru ni kerana pakej bulan madu mereka berdua ni ditaja oleh D'Haja Boutique yang mana Irma adalah model untuk tudung-tudung di butik tu.. dan pakej bulan madu ini dibawakan khas oleh myzarra travel..

Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar Irma Hasmie Dan Redza yang sedang berbulan madu di Gold Coast, Australia kat bawah ni.