Adsense

Khamis, 19 Julai 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Konsert Kaya Bunyi Sifu

Posted:

Konsert Kaya Bunyi Sifu

"BAGAIMANAKAN ku mula dan apakah kata-kata yang indah untuk diabadikan," bait-bait tanya ini sepertinya mengena konkrit dengan situasi konsert Datuk M.Nasir yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas pada 13 dan 14 Julai lalu.

Sebuah suasana dengan degup jantung baharu apabila melihat seorang maestro muzik disandingkan dengan 100 para pemuzik yang rata-ratanya dari luar negara. Bukan hanya sebuah visual mata yang formal buat khalayak, tetapi juga sebuah pengisian yang kaya buat telinga dan hati para pecinta muzik M.Nasir.

Umum maklum bahawa karya-karya seorang M.Nasir yang mesra disapa sifu ini memang kaya dengan bunyi dan estetika. Nah, jadi bayangkan apabila kaya rasa ini digabungkan lagi dengan 100 para pemuzik profesional yang mendendangkan gubahan-gubahan lagu sifu yang telah disusun semula oleh lapan orang penyusun muzik.

Konsert ini dipimpin oleh Konduktor Bersekutu Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), Kevin Field. Ini merupakan kali ketiga MPO meraikan muzik penyanyi legenda tempatan selepas Tan Sri SM Salim (2001) dan Datuk Sheila Majid (2010). Ditubuhkan pada tahun 1998, MPO dianggotai oleh 100 pemuzik dan pernah membuat persembahan di Australia, Jepun, Korea, Taiwan, China dan Singapura.

Santun dan tertib dengan 'tauge-tauge' muzik, malam pertama konsert ini terlihat sedikit canggung. Masih belum berkahwin cantik dalam sebuah pelamin yang berprestij dan formal. Rata-rata juga bukan kalangan mendonan terhadap sebuah karya sifu, apa lagi datang dengan sebuah pengharapan yang tinggi terhadap konsert dengan nafas lebih formal dan tertib ini.

Namun apabila masuk ke malam kedua atau malam pengakhiran, bagai habis bahasa bermutu untuk menzahirkan kata-kata terhadap konsert yang memberi sebuah sejarah baru dalam rentetan kembara para penggemar sifu menonton rangkaian konsertnya. Dia layaknya seperti tranduser yang menyalurkan tenaga rasa kepada khalayak yang datang bergaya.

Hilang akal

PEMINAT dihiburkan dengan untaian lagu hebat milik M.Nasir yang mendapat susunan semula daripada lapan orang penyusun muzik.


Ada sebuah teori mengatakan bahawa muzik yang memiliki hubungan emosional paling tinggi dengan seseorang adalah muzik-muzik yang dinikmati ketika orang itu berusia 15 tahun. Muzik yang dinikmati sesudahnya pula tidak akan mampu mencapai tingkatan itu.

Masih belum dapat dibuktikan secara empirik dan masih boleh didebatkan apakah teori ini berlebihan atau tidak. Tapi mungkin ada benarnya bila melihat betapa banyaknya akal yang hilang daripada para penonton yang rata-rata berusia 30 tahun ke atas yang melihat cantiknya'konsert ini berlangsung.

Bertepuk riang, menyanyi bersama dan kadangkala ada yang bangun spontan memberi penghormatan, insiden-insiden ini bukti kepuasan dan hati mereka telah larut terhadap persembahan lelaki yang lahir pada 4 Julai 1957 ini.

Walau kadangkala sifu terarah hilang kata-kata atau lupa lirik mungkin atas faktor sudah terbiasa atau ralit dengan bunyi-bunyian yang kaya, dia dimaafkan kerana mungkin dia seorang sifu.

Apa yang penting, setiap lagu-lagu 'bahagian A' sifu didendangkan dengan jiwa dan kemeriahan rasa beserta bunyi yang tersusun cantik. Kemasan terhadap lagu-lagu indah sifu membawa para penonton ke dalam sebuah kembara rasa dan perjalanan seorang genius muzik.

SESEKALI terlupa lirik, namun perlakuan M.Nasir itu dimaafkan pecintanya kerana ia berjaya ditutup dengan keindahan muzik yang dialunkan oleh pihak MPO.


Sepertinya kalau memejam mata, setiap lagu dapat menzahirkan rasa dan perjalanan emosi. Layaknya juga seperti berada dalam sebuah kembara filem yang jalan ceritanya berdasarkan rasa dan naskhah jiwa setiap mata yang menonton. Intro-intro lagu yang membuahkan pertanyaan tentang lagu apakah yang bakal dimainkan membuai ingatan terhadap filem-filem pecah panggung seperti Star Wars dan yang sebaris dengannya.

Ujar seorang teman wartawan, Syazwan Zakariah yang hadir pada malam kedua konsert M.Nasir, "Sebuah gabungan yang sangat organik dan MPO membawa muzik M.Nasir ke satu tingkat yang berbeza. Kerumitan muzik M.Nasir itu berjaya ditafsirkan oleh muzik orkestra."

Suatu Masa M.Nasir

Antara lagu yang dibuaikan oleh sifu adalah Andalusia, Kian Fansuri, Keroncong Untuk Ana, Mustika , Bonda, Kepadamu Kekasih, Hati Emas, Sahabat Gua dan Sentuhan Listrikmu.

Apa yang menarik dan merempuh rasa adalah penyusunan pada lagu Suatu Masa, nukilan dan gubahan asal M.Nasir. Suasana menjadi senyap sunyi dan sepertinya setiap jiwa yang menonton dibawa terbang ke suatu masa yang hanya mereka yang mengetahui.

RAMAI peminat M.Nasir berharap untuk menonton beberapa siri konsertnya lagi selepas ini.


Suasana kontemporari dirasakan pada lagu Juwita Citra Terindah dan Mentera Semerah Padi. Ada kalanya sifu seperti tidak sabar menukar gear tinggi untuk beberapa lagu dan menari-nari kecil sebelum mula naik minyak atau kata slanga 'naik syeikh' untuk menyanyikan lagu-lagu yang dipilih.

Diselitkan beberapa lawak jenaka dan pengalaman cerita di antara lagu, antaranya kata M.Nasir, "Dahulu cita-cita saya mahu jadi pelawak atau penari. Tapi nasib saya tidak baik, saya jadi M.Nasir."

Konklusi sebuah kembara, ini merupakan sebuah konsert yang antaranya akan dibawa dalam ingatan terhadap gabungan dua tenaga. Sinergisme sifu dan MPO mungkin boleh diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dengan persediaan yang lebih rapi dan ruang masa yang lebih lama bagi menghasilkan sesuatu yang boleh disebut sempurna.

Bagi penonton yang hadir, pasti ini adalah sebuah momen yang akan disimpan dan mengharapkan sifu bakal beraksi gah lagi di pentas-pentas yang berbeza. Gagah dan tampan, bagaikan si jantan yang berkokok, pentas MPO telah disaksikan dengan mentera sifu kepada semua sang pencintanya.

Esha bogel depan umum

Posted:

Esha bogel depan umum

MODEL yang kini sedang meningkat naik sebagai pelakon, Esha Gupta menceritakan pengalamannya berbogel di hadapan 300 orang yang begitu asing baginya.

Perkara itu dilakukan oleh Esha untuk salah satu babak dalam filem lakonannya, Raaz 3.

Menurut Esha, dia perlu memenuhi tuntutan skrip filem seram Vikram Bhatt tersebut walaupun pada mulanya mahu meminta pengarah membatalkan babak bogel itu.

"Karakter saya memerlukan saya memakai gaun yang seksi sewaktu menghadiri sebuah majlis. Tiba-tiba saya dirasuk dan untuk menjayakan babak rasuk tersebut, saya perlu menjerit selain mengoyakkan gaun yang dipakai," ceritanya mengenai babak bogel yang perlu dilakonkannya.

Dia juga menambah berasa cukup kekok apabila terpaksa menampakkan bahagian atas badannya di hadapa 300 pelakon tambahan serta kru filem tersebut.

Tambahnya: "Vikram begitu yakin bahawa saya mampu melakukan babak itu dengan sempurna. Walaupun pada mulanya berdebar, namun selepas ditenangkan oleh seorang kawan, saya mampu melakukan babak tersebut."