Berita Harian: Hip |
Posted: 18 Jul 2012 08:17 PM PDT Superstar Bollywood, Rajesh Khanna, 69, meninggal dunia tengah hari semalam di kediamannya di Aashirwad, Mumbai. Keadaan kesihatan bintang Haathi Mere Saathi itu semakin merosot sejak April lalu apabila dia berhenti mengambil makanan dan mengadu badannya semakin lemah. Pelakon veteran itu kerap kali dimasukkan ke hospital sejak beberapa bulan lalu. Aktor yang mula mencipta nama pada 1960-an itu ialah superstar pertama dalam dunia perfileman India. Dia menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Dimple Kapadia; anak perempuannya, Rinkie dan Twinkle; menantu, Akshay Kumar; cucu dan rakan rapatnya. Majlis pengebumian pelakon ini akan diadakan di Mumbai, jam 11 pagi waktu tempatan. |
Posted: 18 Jul 2012 09:53 AM PDT FINAS perlu tempoh promosi lebih panjang tarik penonton muda FILEM kenegaraan, Tanda Putera, arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang sepatutnya ditayangkan bermula 13 September nanti akan ditunda hingga ke akhir tahun ini. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selaku penerbit bersama Pesona Pictures Sdn Bhd menafikan perubahan dilakukan pada saat akhir itu berikutan kewujudan babak peristiwa berdarah 13 Mei atau pertembungan dengan tarikh pilihan raya umum ke-13. "Filem sebagus ini memerlukan jentera promosi kukuh kerana ia berbeza daripada genre biasa dalam pasaran, apabila mengangkat tema kenegaraan dengan cara tersendiri. Ia menyingkap sejarah, tetapi pada masa sama menyentuh soal kemanusiaan. "Penundaan ini tidak akan menghilangkan rasa teruja khalayak malah bagi kami, tempoh promosi lebih panjang sangat penting kerana Tanda Putera juga membabitkan pelaburan besar. Selepas ini, kita akan buat lebih banyak tayangan eksklusif untuk kumpulan sasaran," katanya selepas majlis pratonton filem itu di Petaling Jaya, semalam. Selain FINAS dan Pesona Pictures, filem yang diterbitkan dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) menggunakan kos keseluruhan RM4.8 juta. Filem berdasarkan kisah benar itu menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin) dan Kamarulzaman Taib (Tunku Abdul Rahman). Shuhaimi akur Shuhaimi pula berkata, walau hanya mengetahui mengenai perubahan tayangan kelmarin, dia akur dengan keputusan FINAS, malah yakin pihak itu mempunyai perancangan lebih baik. Namun, sebagai penerbit merangkap pengarah bagi naskhah yang memerlukan hampir 10 bulan untuk disempurnakan, sudah pasti sedikit sebanyak terbit rasa kecewa. "Rasanya, bukan saja saya, pelakon dan kru juga pastinya ternanti-nantikan tarikh 13 September ini memandangkan semua perancangan sudah diatur sementara menunggu tarikh berkenaan," katanya. Menyentuh mengenai pemilihan tayangan yang dikatakan November atau Disember ini, Shuhaimi berkata ia terpulang kepada FINAS tetapi seperti produksi lain, mereka akan tetap mengikut giliran syarat wajib tayang. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |