Adsense

Khamis, 19 Julai 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Alyah Akhirnya Mengaku ‘Berkawan’ Dengan Ramli MS

Posted: 18 Jul 2012 10:57 PM PDT

Alyah Akhirnya Mengaku 'Berkawan' Dengan Ramli MS, Dalam Proses Kenal Hati Budi
Setelah lama berteka-teki, akhirnya penyanyi popular, Alyah membuka mulut mengenai status hubungannya bersama pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS. Alyah ketika dihubungi MH Online petang tadi memberitahu;
"Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau dan kini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan.
" Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat,"ujar Alyah yang kini sedang sibuk mempromosikan 'single' terbarunya, 'Lena Sahara' sempena Ramadan ini. (Media Hiburan)

- ---

Nazim Othman Teruk Dihentam Perlekeh UKM

Posted: 18 Jul 2012 10:51 PM PDT

Kalau dah namanya artis, memang perkara kecil pun boleh jadi besar. Pagi tadi, Nazim Othman telah menimbulkan sedikit kontroversi apabila mengeluarkan tweet tentang keusangan UKM.
Nazim Othman telah tiba di UKM di awal pagi untuk membuat penggambaran di situ dan meluahkan perasaanya tentang keadaan UKM di kala itu.
Oleh kerana tweet di atas, banyak pihak terutamanya pelajar UKM yang melahirkan rasa tidak puas hati.
Mungkin mereka kecewa apabila universiti kesayangan mereka dikatakan usang oleh Nazim Othman yang sedang mencipta nama menerusi drama Dejavu Di Kinabalu.
Namun Nazim Othman ada penjelasannya yang tersendiri.
Secara jujur, ada logiknya penjelasan Nazim Othman itu.
Namun sebentar tadi, Nazim Othman telah pun memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kata-katanya.
Yang penting, Nazim Othman tidak berniat langsung untuk mencari publisiti murahan menerusi tweetnya itu.Diharap student UKM yang emosi dengan kenyataan Nazim Othman dapat memaafkannya.
GAM dapat rasakan keikhlasan Nazim dalam hal ini. Untuk langkah seterusnya, ungkin pihak UKM boleh menceriakan kembali UKM dengan mengecat kembali bangunan-bangunannya dengan warna yang lebih ceria.

- ---

Filem Terbaru Namewee Mengenai Pengalaman Di Kedai Kopi Datuknya

Posted: 18 Jul 2012 10:45 PM PDT

Namewee berharap penonton dapat melihat mesej tersirat di sebalik elemen gangsterisme dalam filem terbarunya, Hantu Gangster. - Foto AZMAN GHANI
PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon kontroversi Namewee berkata tema gengsterisme dalam filem terbarunya Hantu Gangster bukan bertujuan memartabatkan elemen negatif itu tetapi sebahagian besarnya adalah berdasarkan pengalaman ketika datuknya menguruskan kedai kopi di Muar, Johor.
Ia juga ada kaitan dengan mesej perpaduan kaum di negara ini yang ingin ditonjolkannya.
Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 29, berkata tema tersebut tidak buruk dan teruk seperti pandangan umum jika ia dinilai pada sisi berbeza kerana ia adalah simbolik kepada kelangsungan hidup manusia.
"Saya melihat gengsterisme sebagai asas kelangsungan hidup manusia. Saya sedar selama ini gengsterisme sinonim dengan elemen negatif dan tiada peradaban tetapi ia mempunyai sisi yang baik sebenarnya.
"Pada asalnya, konsep gengsterisme bertujuan melindungi kaum atau kumpulan tertentu tetapi kini ia menjadi lain kerana tujuan dan niat asal itu sudah diubahsuai kepada pergaduhan, buli dan pembunuhan," katanya ketika ditemui pada tayangan previu filem itu di TGV Sunway Pyramid di sini.
Namewee berkata, dia mendapat ilham untuk mengetengahkan tema berkenaan berdasarkan pengalaman sebenar kehidupan datuknya di Muar, Johor.
"Saya dapat ilham filem ini daripada kisah sebenar hidup datuk saya. Ketika muda dulu, dia menjalankan perniagaan kedai kopi yang sering dikunjungi kumpulan-kumpulan gengster.
"Menurut cerita datuk, kumpulan-kumpulan gengster ini wujud bagi melindungi kaum dan penduduk dan bukannya untuk menunjukkan kuasa atau bertindak jahat.
"Dalam filem ini, elemen itu hanyalah metafora atau simbolik kerana di sebaliknya saya mahu paparkan mesej perpaduan antara kaum," katanya.
Namewee bersama barisan pelakon (dari kiri) Abu Bakar Assiddiq, Mizz Nina, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Farid Kamil, penerbit Fred Chong, Amber Chia dan Dennis Lau.
Ditanya mengenai tekanan dan harapan terhadap filem kedua arahannya itu, Namewee berkata dia tidak peduli mengenai reaksi dan persepsi masyarakat tetapi berharap filem ini diterima baik apabila ditayangkan bermula 9 Ogos depan.
"Saya sudah tidak kisah dengan apa juga persepsi orang. Sejak kontroversi yang tercetus sebelum ini, saya seperti sudah terbiasa dengan reaksi orang pada saya.
"Apa yang saya harapkan, masyarakat memahami mesej yang diselitkan dalam filem ini," katanya.
Hantu Gangster yang berlatarkan bandar Klang, Selangor pada era 1990-an mengisahkan perbalahan tiga kumpulan samseng daripada tiga kaum berbeza.
Tiga kumpulan ini yang hidup harmoni dan saling menghormati pada zaman bapa mereka bertukar menjadi musuh pada era anak masing-masing kerana konflik dan kepentingan peribadi.
Selain Namewee sendiri, filem ini turut dibintangi Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam.
Ia terbitan Prodigee Media Entertainment dan bakal ditayangkan pada 9 Ogos depan bersempena bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Raya.
Filem pertamanya, Nasi Lemak 2.0 yang ditayangkan pada 8 September 2011 berjaya mencatat kutipan sebanyak RM7 juta.
Sebelum ini, Namewee menimbulkan kontroversi apabila dikatakan menghina negara melalui lagu Negaraku. Kes itu bagaimanapun ditutup selepas pihak polis berpuas hati dengan hasil soal siasat yang dijalankan.

- ---