Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia Posted: 29 Jun 2012 01:27 AM PDT Pada 12 Jun lalu, berita palsu tentang kematian Osman Kering telah kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter. Ramai sekali rakan-rakan Budiey di Twitter dan Facebook telah mengemas kini status mereka dengan berita kehilangan pelawak ini. Namun, pada hari ini tanggal 29 Jun 2012, berita ini betul-betul telah berlaku di dunia realiti. Bagi Budiey, setiap berita perlu ada sumber yang betul dan sah. Justeru itu, Budiey bersumberkan dengan twitter Zed Zaidi yang telah menerima khabar menyedihkan ini dari isteri Osman Kering sendiri pada jam 4 petang tadi. Arwah didapati meninggal dunia lebih kurang 3.45 petang tadi. Jenazah di HUKM & akan dibawa ke Masjid Najihin Cheras untuk disembahyangkan. Al-Fatihah buat Allahyarham Osman Kering. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Amin. Osman Kering telah dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana dijangkiti penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak tiga minggu lalu. Pelakon dan pelawak, Osman Kassim atau Osman Kering, 58 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang, hari ini selepas koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sejak 10 Jun lalu. Anaknya, Norain, 25, berkata doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia selepas mendapati otak dan pernafasannya gagal berfungsi. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Adda Butterfly Dicerai Selepas 17 Hari Berkahwin Posted: 29 Jun 2012 12:39 AM PDT Adda Butterfly Dicerai Selepas 17 Hari Berkahwin. Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Adda yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem 'Mael Lambong' mengesahkan perkara tersebut. "Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja. Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang. Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya. Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja. Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui. Terkini, dia dalam proses mempromosikan album kumpulan Butterfly bertajuk 'Lelaki Pilihan'. Tags: Artis BerceraiClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |