Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Sasha Saidin Ambil Borang Fail Cerai di Mahkamah Posted: 26 Jun 2012 07:13 PM PDT Penyanyi Sasha Saidin yang dulunya menganggotai kumpulan Elite,36 tahun, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian. Bekas ahli kumpulan Elite itu hadir mengenakan baju kurung hitam dipadankan dengan tudung berona sama ditemani ibunya, kira-kira pukul 10 pagi. Ditanya mengenai tujuan ke mahkamah berkenaan, Sasha berkata, dia ingin menggunakan saluran mahkamah bagi menyelesaikan hal peribadi keluarga. "Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan," katanya. Sasha yang turut ditanya adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo Priyanto,37, dia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara itu tetapi bersedia memberi kerjasama kepada pihak media. Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun. Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian. Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Kecoh Wakil Seniman Dilarang Bertemu Aziz Satar Posted: 26 Jun 2012 07:09 PM PDT Semalam, Budiey dijemput untuk bersama-sama dengan Zed Zaidi dan rombongan media serta Seniman untuk melawat dua orang artis veteren yang terlantar di hospital. Terima kasih atas jemputan. Namun, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi keliru apabila ahli keluarga pelakon veteran, Datuk Aziz Satar tidak membenarkan pihaknya serta wakil media untuk melawat pelakon itu Datuk Aziz Satar dimasukkan ke Hospital Ampang pada Sabtu lalu kerana serangan sakit jantung dan sesak nafas. Zed berkata, pihaknya sebelum ini menerusi Biro Veteran persatuan itu telah memaklumkan kedatangan mereka dan mendapat persetujuan daripada ahli keluarga Aziz. "Saya tidak pasti mengapa keadaan jadi begini kerana kehadiran Seniman dengan niat yang baik iaitu untuk melawat dan bertanya mengenai keadaan Pak Aziz selain menyerahkan sumbangan bagi membantu meringankan bebannya. Tak mengapalah kerana apa yang lebih penting kami telah menjalankan tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan pelakon-pelakon veteran di negara ini," Pada pertemuan yang berlangsung pukul 12 tengah hari itu, keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ahli keluarga Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta tidak membenarkan wakil Seniman untuk melawat pelakon filem Bujang Lapok itu di wad. Ahli keluarganya juga enggan ditemu bual oleh pihak media bagi mengetahui perkembangan terkini Aziz. Zed dan wakil Biro Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, iaitu Jamawi Jaafar sempat menghulurkan wang kepada keluarga Aziz sebelum meninggalkan perkarangan hospital.
Selain wakil Seniman, turut kelihatan adalah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Fredie Fernandez dan beberapa orang artis yang hadir pada lawatan itu. Dalam pada itu, Zed menolak dakwaan keengganan ahli keluarga bertemu dengan wakil Seniman ekoran perbalahan di antaranya dengan ahli-ahli Seniman veteran yang tidak berpuas hati dengannya sebelum ini. "Kedatangan kami adalah atas dasar tanggungjawab terhadap ahli-ahli Seniman. Mereka suka atau tidak itu, terpulanglah kepada mereka," katanya. Sementara itu, Zed turut melawat pelakon Osman Kering,58, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini bagi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isterinya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48. Norhayati yang terharu dengan kunjungan itu memberitahu menghargai usaha Seniman yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membantu golongan artis veteran seperti suaminya. Mengenai perkembangan terkini Osman, Norhayati memberitahu suaminya masih tidak sedarkan diri selain tekanan darah dan nadinya yang tidak stabil. Osman atau nama sebenarnya Osman Kassim dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun lalu. via Mstar Online Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |