Gosip Artis Malaysia |
- Tinggal anak demi karier - Bienda
- Isteri akui daya ingatan Jins merosot
- Osman Kering mimpi jumpa 3 arwah rakan
- Wakil Seniman Dilarang Bertemu Aziz Satar
- Rozita Che Wan - Saya Tidak Bercinta Dengan Beego
- Sasha Saidin Ambil Borang Cerai
Tinggal anak demi karier - Bienda Posted: 26 Jun 2012 07:00 PM PDT Menurut ibu muda ini, dia bersyukur masih diterima dalam industri sehingga kini. "Saya masih menerima pelbagai tawaran untuk berlakon. Jujur saya akui, bidang ini adalah sumber rezeki saya, jadi saya perlu memberi tumpuan padanya. Pun begitu, keluarga tidak pernah saya abaikan. "Bagi saya karier dan keluarga sama penting, namun saya tetap memberi keutamaan kepada keluarga," katanya. Jelas Bienda, sejak habis pantang lagi, dia sudah kembali berlakon. "Tak ada masalah untuk saya kembali berlakon, walaupun anak saya masih kecil. Malah saya juga tak ada sebarang masalah untuk membahagikan masa bersama keluarga. "Lagi pun, suami, emak dan emak mertua faham dengan kesibukan saya dan turut membantu menjaga Lavienda. "Apa pun saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik antara karier dan keluarga," katanya. Kongsi pengalaman Ditanya pengalamannya bergelar ibu sepanjang empat bulan ini, jelas Bienda, dia bersyukur kerana kehadiran Lavienda memberikan makna yang besar kepada perkahwinannya. "Alhamdulillah, Lavienda telah mengisi ruang dalam rumah tangga kami, seronok rasanya dapat melayan kerenah anak. "Biasanya, bila saya sibuk, selepas habis kerja, saya akan segera pulang dan berjumpanya, "ujarnya mesra. Dalam perkembangan lain, Bienda juga bakal memulakan penggambaran drama bersiri 26 episod yang berjudul Sebumbung. Pada masa yang sama dia juga akan berangkat ke Perth, Australia, September ini, bagi menjalani penggambaran drama itu di sana. - --- |
Isteri akui daya ingatan Jins merosot Posted: 26 Jun 2012 06:42 PM PDT HULU KLANG - Semangat bekerja yang masih kental dalam jiwa tokoh seniman negara, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin membuatkan dirinya tertekan sehingga menjejaskan memorinya sedikit demi sedikit. Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, yang mengakui perkara itu berkata, walaupun suaminya sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara pada awal tahun lalu, keinginan suaminya itu untuk bekerja masih lagi tinggi. Katanya, setiap pagi Jins, 77, berkeras untuk ke pejabat walaupun bekas senator itu sudah tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana pihak. "Walaupun begitu, kesihatan Jins masih lagi seperti biasa. Beliau tidak mempunyai penyakit yang kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pasir dekat sini semalam. - --- |
Osman Kering mimpi jumpa 3 arwah rakan Posted: 26 Jun 2012 06:29 PM PDT Sehingga kini, Osman Kering atau nama sebenarnya, Osman Kassim, 58, masih koma dan berada dalam pengawasan doktor. Ketika sesi lawatan bersama Presiden Seniman, Zed Zaidi, petang semalam, isteri Osman, Che Norhayati Che Omar, 48, memberitahu bahawa kondisi suaminya semakin tidak menentu. "Doktor menasihati saya memberitahu anak dan keluarga sekiranya mahu jumpa dengannya. "Sebulan sebelum dia koma, dia pernah beritahu saya bahawa dia bermimpi tiga arwah rakan rapatnya, M Rajoli, Zami Ismail dan Pak Ya (pemain wayang kulit Kelantan). "Ketika itu, saya fikir dia bergurau kerana dia memang suka bergurau dengan saya," katanya yang memiliki tiga cahaya mata, hasil perkongsian hidup bersama Osman. Sebelum ini, Osman mengidap penyakit batuk batuk kering dan batuk berdarah sehingga tidak sedarkan diri, 16 hari lalu. Doktor mengesahkan paru-parunya bocor dan ia merebak ke buah pinggang serta jantung. "Pada 11 Jun lalu, dia batuk berdarah dan berlarutan sehingga petang. Sebelum koma, dia ada beritahu perutnya rasa panas. "Selepas itu, dia terus tidak sedarkan diri dan nafasnya terhenti seketika. "Dengan bantuan doktor, dia kembali bernafas, tetapi tidak sedarkan diri sehingga sekarang," kata Norhayati yang berterima kasih kepada Zed setelah mengotakan janji memberi bantuan. Selain Seniman, Osman turut menerima sumbangan daripada, Exco Pemuda Umno Malaysia, Biro Kebudayaan dan Kesenian, Jamawi Jaafar. Sebelum koma, Osman yang pernah membintangi filem Kantoi, Antoo Fighter, Senario The Movie dan Man Laksa, baru selesai menjayakan penggambaran filem Oh Mak Kau (OMK ). - --- |
Wakil Seniman Dilarang Bertemu Aziz Satar Posted: 26 Jun 2012 05:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi keliru apabila ahli keluarga pelakon veteran, Datuk Aziz Satar tidak membenarkan pihaknya serta wakil media untuk melawat pelakon itu selepas dimasukkan ke Hospital Ampang pada Sabtu lalu kerana serangan sakit jantung. Zed berkata, pihaknya sebelum ini menerusi Biro Veteran persatuan itu telah memaklumkan kedatangan mereka dan mendapat persetujuan daripada ahli keluarga Aziz. "Saya tidak pasti mengapa keadaan jadi begini kerana kehadiran Seniman dengan niat yang baik iaitu untuk melawat dan bertanya mengenai keadaan Pak Aziz selain menyerahkan sumbangan bagi membantu meringankan bebannya. "Tak mengapalah kerana apa yang lebih penting kami telah menjalankan tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan pelakon-pelakon veteran di negara ini," ujarnya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang di sini, pada Selasa. Pada pertemuan yang berlangsung pukul 12 tengah hari itu, keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ahli keluarga Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta tidak membenarkan wakil Seniman untuk melawat pelakon filem Bujang Lapok itu di wad. Ahli keluarganya juga enggan ditemu bual oleh pihak media bagi mengetahui perkembangan terkini Aziz. Zed dan wakil Biro Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, iaitu Jamawi Jaafar sempat menghulurkan wang kepada keluarga Aziz sebelum meninggalkan perkarangan hospital. Selain wakil Seniman, turut kelihatan adalah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Fredie Fernandez dan beberapa orang artis yang hadir pada lawatan itu. Dalam pada itu, Zed menolak dakwaan keengganan ahli keluarga bertemu dengan wakil Seniman ekoran perbalahan di antaranya dengan ahli-ahli Seniman veteran yang tidak berpuas hati dengannya sebelum ini. "Kedatangan kami adalah atas dasar tanggungjawab terhadap ahli-ahli Seniman. Mereka suka atau tidak itu, terpulanglah kepada mereka," katanya. Sementara itu, Zed turut melawat pelakon Osman Kering,58, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini bagi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isterinya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48. Norhayati yang terharu dengan kunjungan itu memberitahu menghargai usaha Seniman yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membantu golongan artis veteran seperti suaminya. Mengenai perkembangan terkini Osman, Norhayati memberitahu suaminya masih tidak sedarkan diri selain tekanan darah dan nadinya yang tidak stabil. Osman atau nama sebenarnya Osman Kassim dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun lalu. - --- |
Rozita Che Wan - Saya Tidak Bercinta Dengan Beego Posted: 26 Jun 2012 05:53 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan enggan melayan dakwaan yang terus mengaitkan dirinya dengan aktor Beego dan menganggap segala tuduhan mengenai hubungan mereka adalah fitnah dan mengarut. Aktres berusia 39 tahun itu dalam satu kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada Selasa berkata, dia tidak akan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu kontroversi itu berlanjutan. "Saya malas hendak komen apa-apa jika ia berkaitan gosip dengan Beego. Semuanya (dakwaan) mengarut. "Lagi banyak saya beri komen lagi macam-macam versi (cerita) yang akan keluar," katanya. Terbaru, satu pojok dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Beego dilihat memandu kereta BMW milik Rozita ke lokasi penggambaran drama. Mereka dikatakan menjalin hubungan selepas dilihat berdua-duaan di beberapa lokasi termasuk pusat hiburan dan beli-belah, baru-baru ini. Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia meluahkan perasaan terkilan dengan tuduhan itu di laman sosial miliknya, Rozita berkata tuduhan itu tidak berasas kerana dia tidak mempunyai apa-apa akaun laman sosial seperti didakwa. "Saya tidak ada akaun Twitter atau Facebook (untuk meluahkan perasaan seperti didakwa). Cuma apa yang saya hendak cakap, dakwaan ini adalah mengarut," katanya. Terbaru, ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Miss Octopus untuk TV3 dan bakal terlibat dalam penggambaran telefilemAku Janda Tak Kaya (Astro) selepas itu. Rozita sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Shahir dan Zain Saidin. - --- |
Sasha Saidin Ambil Borang Cerai Posted: 26 Jun 2012 05:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Sasha Saidin,36, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian. Bekas ahli kumpulan Elite itu hadir mengenakan baju kurung hitam dipadankan dengan tudung berona sama ditemani ibunya, kira-kira pukul 10 pagi. Ditanya mengenai tujuan ke mahkamah berkenaan, Sasha berkata, dia ingin menggunakan saluran mahkamah bagi menyelesaikan hal peribadi keluarga. "Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. "Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan," katanya. Sasha yang turut ditanya adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo Priyanto,37, dia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara itu tetapi bersedia memberi kerjasama kepada pihak media. Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun. Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |