Celebrity News |
- Gossip Gambar Sasha Saidin Ambil Borang Penceraian
- Jawapan Jue Aziz Mengenai Gambar Peluk Lelaki Bertatu di Bali
- Zizan Mengaku Juliana Evans Beri Cincin Kepada Beliau
- Gossip Panas Gambar Peluk Dan Cium Raja Mohammad Atau Bubu Dan S
Gossip Gambar Sasha Saidin Ambil Borang Penceraian Posted: 26 Jun 2012 08:58 AM PDT Angin tak ada...ribut tak ada...cuaca tenang tetapi banjir melanda dihulu itulah pepatah yang boleh ZoOM ungkapkan dek kerana kisah yang ZoOM baca sebentar tadi. Gossip ini tersebar kerana Sasha kantoi oleh wartawan yang melihat kelibat beliau di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan :
Sasha yang turut ditanya adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo Priyanto,37, dia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara itu tetapi bersedia memberi kerjasama kepada pihak media."Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan," katanya. Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun. Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian. Sumber : MstarJika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Jawapan Jue Aziz Mengenai Gambar Peluk Lelaki Bertatu di Bali Posted: 25 Jun 2012 09:32 PM PDT EKORAN penyebaran gosip mengenai beliau berpelukan dengan seorang jejaka bertatu di Kepulauan Bali, dua minggu lalu, pelakon cantik, Jue Aziz akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar. "Saya rasa kelakar bila pertama kali membaca gosip tersebut. Nak marah pun tak boleh, tapi sejujurnya saya terkejut dengan penyebaran gosip ini sebab mereka tak selidik dulu perkara sebenar," ujar Jue ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie, 'Mencari Wali', baru-baru ini."Ramai yang bertatu waktu itu dan tatu yang dipakai hanyalah tatu 'Henna' saja, bukan tatu betul pun. Kami saja buat sebagai kenangan di sana, itu saja. Bagi saya, penyebar gosip ini hanya tokok tambah cerita saja," ujar Jue yang memegang watak sebagai Hawa dalam telemovie sulung arahan Rahizal Razi. "Bila saya solo, janganlah suka-suka asyik gosipkan saya dengan sesiapa. Saya dah muak apabila Jue Aziz sering dikaitkan dengan orang itu dan orang ini. Penting sangat ke isu ini, saya rasa cukup-cukuplah. Walau bagaimanapun, siapa yang tak nak berkahwin, insyaAllah, doa-doakanlah saya. Saya tak memilih dengan siapapun, saya redha dengan jodoh saya." Tambah Jue lagi, "Jika tak ada aral melintang, insyaAllah saya rancang nak mengambil anak angkat. Seorang budak perempuan mungkin akan beri anak yang dikandungkannya sekarang selepas bayi itu dilahirkan pada Disember nanti. Ini bukan trend ambil anak angkat, tapi saya memang sunyi sekarang. Saya memang serius nak menjaga bayi itu dan saya juga merancang nak menyusukan dia kelak." ZoOM : Kesian dekat Jue...dah kena gossip lagi dengan lelaki bertatu, tapi bagi ZoOM gambar seksi tu kurangkanlah sikit ye..ingatan sesama umatnya je.Insyallah Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Zizan Mengaku Juliana Evans Beri Cincin Kepada Beliau Posted: 25 Jun 2012 09:21 PM PDT Pelakon dan pelawak, Zizan Razak hari ini mengaku cincin yang dipakainya ketika sesi tayangan filem Mail Lambong di TGV Sunway Piramid baru- baru ini adalah pemberian dari Juliana Evans. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka yang dikatakan semakin intim sejak akhir akhir ini. "Benar cincin itu adalah pemberian Jue sendiri kepada saya," kata Zizan kepada Mynewshub.my di sini hari ini. Kemesraan antara Zizan dan Juliana ketika sesi tayangan, Mael Lambong Selasa lalu menggambarkan kebahagiaan mereka. Namun, apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, keduanya menegaskan hanya berkawan rapat dan 'sekepala'. Bagaimanapun, Zizan dan Juliana atau mesra di sapa Jue, sekali lagi 'terkantoi' dengan beberapa media yang sedang menemu bual mereka, apabila pasangan yang pernah digandingkan menerusi filem, Hantu Bonceng ini memakai cincin yang sama. Tatkala sedar sudah 'terkantoi', Zizan cepat-cepat bangun lalu menanggalkan cincin tersebut dan menyerahkan kepada pengurusnya, manakala Jue hanya tersipu-sipu dan mengatakan cincin mereka berlainan sedikit. Jue yang sedang dalam cuti semester, sudah berada di Malaysia semenjak tiga minggu lalu dan akan kembali semula ke Amerika Syarikat (AS) pada Ogos nanti. Gambar Pasangan Ini daripada kakak dan abang Google Images : Sumber: Mynewshub.my ZoOM : Suka tengok pasangan ini, kalau mereka berkahwin ZOOMlah akan keluarkan artikel/post mengenai mereka selama seminggu kot :) Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gossip Panas Gambar Peluk Dan Cium Raja Mohammad Atau Bubu Dan S Posted: 25 Jun 2012 09:07 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 JUN 2012: Kisah percintaan dua negara antara penyanyi popular Indonesia, Syahrini atau Fatimah Syahrini Zailani bersama anak kerabat diRaja Selangor, Raja Mohammad Syazni atau Bubu sedang hangat diperkatakan. Malah kisah percintaan mereka telah dihangatkan lagi dengan kontroversi foto masing-masing bersama pasangan lain yang tersebar luas di laman blog dan web. Namun, ketika bertemu dengan Bubu sewaktu Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012 petang semalam, dia memberitahu bahawa dia dan Syahirini punya hak untuk bergambar dengan apa cara sekalipun.
Syahrini yang popular dengan lagu Kau Yang Memilih Aku di Indonesia sebelum ini pernah digosipkan bersama penyanyi, Anang. Sudah dua tahun menjalinkan hubungan dengan Syahrini, Bubu memberitahu dia agak tertekan dengan segala kontroversi yang melanda dirinya terutama di Indonesia. "Saya hanya orang biasa yang menjalankan perniagaan sendiri tetapi apabila semua ini melanda diri saya ,sudah tentu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Mei lalu, Bubu dan Syahrini telah mengadakan sebuah sidang media bagi memperjelaskan hubungan mereka yang kini sedang intim. Dalam sidang media tersebut juga Bubu telah meperjelaskan dia bukan cucu sulatan Selangor yang didakwa pihak media Indonesia, sebaliknya hanya kerabat diRaja berkenaan. Ditanya mengenai perancangan hubungan mereka, Bubu memberitahu dia hanya menyerahkan jodoh kepada ketentuan Tuhan. "Sudah tentu kami ada merancang untuk berkahwin, tetapi semuanya saya serahkan kepada ketentuan Tuhan," tambahnya lagi. ZoOM : Kahwin Je Selesai Masalah...Kan !!! Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |