Adsense

Sabtu, 2 Jun 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zed Zaidi: Artis Akan Diberikan Gred Untuk Gaji Minimum

Posted: 02 Jun 2012 12:49 AM PDT

Zed Zaidi: Artis Akan Diberikan Gred Untuk Gaji Minimum
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) nampaknya akan mengusulkan kepada kerajaan supaya pelaksanaan gaji minimum buat artis-artis di Malaysia dapat diperkenalkan.. Zed Zaidi selaku Presiden Seniman yang baru berkata persatuan Seniman bercadang akan mewujudkan satu sistem bayaran minimum mengikut gred dan tahap artis tersebut..

Tambah Zed Zaidi lagi, Gred-gred artis ini akan dinilai dari pelbagai sudut termasuk akademik, pengalaman dan kelayakan tertentu bagi memastikan sistem ini mengikut standard dan tidak berat sebelah..

"Mereka akan dinilai daripada pelbagai sudut termasuk pendidikan akademik, pengalaman serta kelayakan tertentu, dan ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah pembayaran gaji kepada artis muda yang dikatakan lebih tinggi berbanding artis veteran," katanya ketika ditemubual dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24.

MyGosip rasa usaha Zed Zaidi ini seharusnya diberi pujian kerana ini baru la namanya memperjuangkan nasib artis kita.. Daripada sibuk mempersoalkan artis luar bagus buat sesuatu yang bermanfaat.. Apa-apa pun selepas ini artis-artis Malaysia bakal ada gaji minimum jika sesiapa yang memerlukan khidmat mereka..

Zizan Juara di Final Super Spontan

Posted: 02 Jun 2012 12:23 AM PDT

zizan juara super spontan
Malam semalam, seperti yang kami jangka kan, Zizan telah berjaya dinobatkan sebagai juara Super Spontan dengan 48.7 peratus undian.. Manakala Johan yang hampir menjadi johan memenangi tempat kedua dengan 45.4 peratus undian dan Tauke pula mendapat tempat ke-3 dengan 3.3 peratus undian… Suhaimi, Rahim dan Ropie pula memenangi hadiah saguhati..

Dengan kemenangan Zizan semalam, dalam susasana yang sebak Zizan telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Wah!.. makin banyak la kereta Zizan nampaknya kan..

Johan yang mendapat tempat ke-2 didalam Super Spontan menerima hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi dan Tauke yang mendapat tempat ke-3 menerima wang tunai RM25,000 beserta trofi.. Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi.

MyGosip ucapkan tahniah buat kesemua pemenang..

pemenang super spontan final