Adsense

Khamis, 7 Jun 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Hot Wan Aishah Waris Ketujuh Mahsuri

Posted: 07 Jun 2012 12:23 AM PDT


Ketika dulu mengikut sejarah, langkawi telah disumpah oleh Mahsuri sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Dahulu sehingga kini ramai yang mengatakan Mahsuri adalah seorang wanita yang begitu cantik pada waktu dahulu.

Kini ada tahu siapakah Keturunan Ketujuh Mahsuri, adakah ia masih hidup, dan sekali gus menamatkan sumpahan Mahsuri.

Setelah lama kini muncul lah Wan Aishah, ramai yang mendakwa bahawa dia adalah Keturunan Mahsuri yang ke 7. Lihat sahaja lah gambar tersebut ternyata nampak cantik walaupun mengenakan solekan nipis dan bertudung.

Mengenai kisah Wan Aisyah, dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.









Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel. Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia. Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

Akhirnya teka teki telah pun terjawab, diharapkan Wan Aishah akan menjaga nama baik arwah ibunya dan tidak membuat perkara terkutuk seperti anak anak muda sekarang. Dunia zaman sekarang terlalu banyak godaan dan dosaan...

Adda Butterfly Bercerai Selepas 17 Hari Berkahwin

Posted: 06 Jun 2012 11:28 PM PDT


Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin.

Pengakuan Adda : -

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya.

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja.

Katanya lagi walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.


Itu penjelasan daripada Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda. Memetik kenyataan di Media Hiburan, vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. -mediahiburan-