Adsense

Khamis, 7 Jun 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Berbau Harum Antara 10 Ciri-Ciri Isteri Pilihan Johan As'ari

Posted: 07 Jun 2012 06:59 PM PDT

Johan As'ari. Foto ONG SOON HIN
KUALA LUMPUR: Pelakon Johan As'ari meletakkan sepuluh syarat kepada mana-mana wanita yang mungkin berhasrat untuk menjadinya sebagai bakal suami.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.
"Ciri-ciri itu penting kerana ia merupakan satu faktor bagi lelaki seperti saya jatuh cinta pada wanita yang akan menjadi bakal isteri saya.
"Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah," katanya yang ditemui pada pelancaran filem Pencinta di Taman Melawati, di sini Khamis.
Tambah Johan lagi, seseorang wanita itu juga haruslah taat dan hormat kepada suaminya kerana ia merupakan satu cara untuk kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga.
Malah bakal isterinya juga haruslah mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi kerana ia boleh menyejukkan hati apabila melihat wanita itu peka terhadap alam rumah tangga.
Selain itu, walaupun ia kedengaran pelik, memiliki lesen kereta juga adalah salah satu kriteria wanita pilihan Johan kerana ia menunjukkan wanita tersebut seorang yang berdikari dan mampu menjaga keluarga sekiranya dia sibuk dengan kerja.
Dalam masa yang sama Johan juga amat membenci wanita yang suka bermuka-muka serta cakap lepas kerana ia tidak menggambarkan keperibadian seorang perempuan yang sempurna.
"Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang berterus terang dan tidak hipokrit.
"Tidak usah menjadi terlalu sempurna di hadapan saya semata-mata untuk menutup kelemahan, saya percaya pasangan itu saling mencintai kerana boleh menerima kebaikan dan keburukannya," ujar pelakon Juvana ini.
Ciri-ciri wanita idaman dan yang dibenci Johan ialah:
WANITA IDAMAN
1. Memiliki sifat-sifat keibuan
2. Taat dan hormat kepada suami
3. Seorang pembersih
4. Memiliki lesen kereta
5. Berbau wangi
WANITA YANG TIDAK DISUKAI
1. Sudah bersuami
2. Mempunyai sifat bermuka-muka atau hipokrit
3. Suka cakap lepas
4. Wanita yang berkira
5. Lebih tinggi daripada Johan

- ---

Artis Singapura Tidak Beri Ancaman - Suhaimi Yusof

Posted: 07 Jun 2012 06:58 PM PDT

Suhaimi Yusof
KUALA LUMPUR: Pelawak Singapura, Suhaimi Yusof berkata kebanjiran artis Singapura ke negara ini bukan isu besar yang patut dibimbangkan kerana golongan itu tidak membawa ancaman kepada penggiat seni tempatan.
Suhaimi, 43, berkata artis Singapura termasuk dirinya sendiri hanya ingin mengembangkan karier seni dalam industri hiburan Melayu yang lebih gah dan besar berbanding di negara mereka.
"Saya pun pelik apabila timbul persepsi demikian kepada kami yang tidak berapa kerat jumlahnya di sini. Kami datang ke sini untuk mengembangkan karier dan industri hiburan.
"Saya rasa ia bukan satu isu besar kerana kami bukan ancaman kepada penggiat tempatan tetapi hanya ingin berkongsi arena hiburan yang besar di sini atas nama perkembangan seni serantau," katanya.
Suhaimi berkata demikian sebagai respons kepada pertikaian dibangkitkan pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi sebelum ini yang menuntut agar penggiat luar perlu mendapatkan permit untuk bekerja dalam industri seni tanah air.
Bekas penyampai radio Warna FM di Singapura ini berkata, respons sinis dan negatif segelintir pihak di negara ini terhadap artis Singapura adalah berbeza dengan reaksi masyarakat di sana yang mengalu-alukan penggiat seni Malaysia.
"Kalau hendak tahu masyarakat Singapura tidak pernah tidak puas hati apabila artis Malaysia seperti Sheila Rusly memenangi Anugerah Perdana di tempat kami beberapa tahun lalu.
"Malah, mereka mengalu-alukan dan menyokong sesiapa pun bakat seni Malaysia yang bekerja dalam industri kami kerana kami kekurangan artis Melayu yang menyerlah di Singapura," katanya yang berpengalaman selama 25 tahun dalam seni.
Suhaimi berkata senario globalisasi pada hari ini menjadikan dunia seni tidak bersempadan dan semua penggiat berhak untuk mencari rezeki dan peluang kerja di mana saja jika artis itu boleh diterima oleh khalayak sesebuah negara.
"Seperti kes terbaru yang berlaku pada Aaron Aziz, adalah tidak wajar untuk mempertikaikan kemenangannya pada anugerah yang ditentukan oleh undian para peminat.
"Sama ada dia, saya atau sesiapa pun artis Singapura itu, kami bukan mahu menjejaskan periuk nasi artis tempatan tetapi cuma berkongsi bahagian dalam bidang ini."Dunia kini tiada sempadan. Lihat saja pencapaian artis Malaysia, Datuk Michelle Yeoh di pentas antarabangsa. Jika dia boleh kenapa kita tidak lakukan yang sama untuk terus berkembang," katanya.
Terbaru, Suhaimi yang baru terlibat dengan program Super Spontan akan muncul dalam program komedi berjudul Karoot Komedia X dan Kembang Setaman tidak lama lagi.

- ---

Amir Raja Lawak Tidak Segan Hidup Sederhana

Posted: 07 Jun 2012 06:53 PM PDT

Aksi Amir (Raja Lawak) sebagai pengulas pentas akhir Super Spontan, baru-baru ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon Amir (Raja Lawak) tidak pernah berasa segan dengan kehidupan sederhana yang dilaluinya kerana menyedari kedudukannya sebagai artis baru yang belum stabil dalam industri hiburan.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23, berkata dia tidak perlu bersikap hipokrit atau menyembunyikan taraf kehidupannya yang sebenarnya hanya kerana dia seorang selebriti.
"Saya selesa dengan taraf kehidupan pada hari ini. Selepas tiga tahun bergelar artis banyak perubahan yang dapat saya berikan kepada keluarga di kampung (Kelantan).
"Kini, saya sudah mampu memiliki motosikal sendiri hasil duit lakonan dan tidak malu untuk mengakuinya. Walaupun tidak mewah tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang ada," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bekas pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim ketiga itu berkata, dia bersyukur dengan perkembangan positif terhadap populariti dirinya kebelakangan ini.
"Pembabitan saya sebagai pengulas program Super Spontan memberikan impak positif pada populariti, di mana orang ramai mula memberikan perhatian dan reaksi terhadap saya di laman-laman sosial.
"Alhamdulillah, saya semakin dikenali dan diterima ramai berbanding ketika awal pembabitan dulu. Ini adalah rezeki saya, kalau tidak gah mana pun asalkan tawaran kerja konsisten, ia sudah satu rahmat bagi," katanya.
Mengenai perkembangan terbaru, Amir berkata selepas Super Spontan melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu, dia akan muncul pula dalam program bual bicara bersama Johan (Raja Lawak) iaitu Acaner Tu Johan tidak lama lagi.
"Saya sedang terlibat dengan penggambaran drama sebanyak 13 episod iaitu Inspektor Ku Sayang di Kota Bharu, Kelantan.
"Selepas ini, saya akan muncul sebagai pengacara sampingan (sidekick) kepada Johan untuk program bual bicaranya berjudul Acaner Tu Johan sebanyak 13 episod di Astro Warna," katanya.
Pemuda yang terkenal dengan istilah I'm sorry ini bakal muncul dalam beberapa filem termasuk Hantu Air, Hantu Bukit Cina dan Sebelum Subuh pada tahun depan.

- ---