Adsense

Selasa, 15 Mei 2012

Zon Artis

Zon Artis


Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

Posted: 15 May 2012 07:27 PM PDT

SAIFUL APEK DAN DAVID TEO BERGADUH

Jika anda mengikuti beberapa post sebelum ini, pasti anda sudah sedia maklum dengan tuntutan sebanyak RM200,000 yang dibuat oleh Saiful Apek terhadap David Teo. Walau bagaimanapun, Apek terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.

Menurut Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini. Seperti kata Apek pada sidang media khas yang berlangsung di Tease Restaurant, Subang Avenue, Subang Jaya, kelmarin:-

"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.

"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David),"

Apek turut menjelaskan, walaupun dia membuat tuntutan tersebut, namun dia menegaskan bahawa tuntutan yang dilakukannya itu bukan ingin mencetuskan isu atau memfitnah produksi berkenaan namun ingin menuntut hak. Cuma tuntutan tersebut telah dibatalkan tanpa pengetahuan Apek.

"Saya tidak akan menimbulkan isu tuntutan berkenaan sekiranya ia tidak benar, tetapi nak buat macam mana, mungkin saya kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada saya sebelum ini."

Related Posts with Thumbnails