Adsense

Selasa, 15 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Khas Hari Guru di TV2

Posted: 15 May 2012 09:35 PM PDT

Tontanan Khas Hari Guru Di TV2

Sebagai penghargaan kepada golongan pendidik yang diraikan setiap tahun tanggal 16 Mei, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan dua program menarik yang mengangkat jasa dan pengorbanan seorang guru untuk dihayati bersama.

Saksikan telemovie bertajuk Cempaka Dahlia, jam 10.00 pagi lakonan Darling Ngasri, Kenchana Dewi dan Maimon Talib kemudian diikuti drama Inggeris, Beyond The Blackboard, jam 2.00 petang yang berkongsi plot menarik oleh Emily VanCamp, Steve Talley dan Timothy Busfield. Kedua-dua rancangan ini disiarkan pada 19 Mei 2012 menerusi saluran TV2.

Babak dalam Cempaka Dahlia

Kisah Cempaka Dahlia bermula apabila suatu hari Puan Laila telah memanggil semua guru di sekolah bagi membincangkan prestasi kelas 6 Cempaka dan 6 Dahlia, dua kelas paling corot dan bermasalah. Kenakalan pelajar-pelajar terbabit membuatkan tiada seorang guru pun yang bertahan meneraju kelas tersebut. Guru-guru yang silih berganti itu membuatkan Kelas 6 Cempaka dan 6 Dahlia tambah bermasalah.

Guru Besar akhirnya mengambil inisiatif lain dengan menawarkan pingat "Guru Cemerlang" buat tahun itu adalah berdasarkan mereka yang dapat mengubah salah satu dari kelas C dan kelas D itu.

Lantaran itu, Cikgu Remy dan Cikgu Suzi telah berbincang dan mereka akhirnya bersepakat untuk menyahut cabaran Puan Laila tersebut. Mereka sering berbincang bersama mengenai strategi untuk mengubah kelas masing-masing. Banyak halangan dan dugaan yang dilalui oleh kedua guru ini sehingga membuatkan adakalanya mereka juga berputus asa dan ingin menarik diri.

Satu hari murid kedua-dua kelas itu bergaduh. Guru Besar menyangka Cikgu Remy dan Cikgu Suzi telah cuba untuk meleraikan mereka namun menjadi sebaliknya. Cikgu Remy dan Cikgu Suzi pula yang bergaduh besar kerana cuba mempertahankan pelajar kelas mereka. Sejak itu, hubungan akrab mereka telah bertukar menjadi sebaliknya tambahan mereka kini mula memikirkan 'Pingat Guru Cemerlang' yang hanya ditawarkan untuk seorang guru sahaja. Akhirnya mereka telah membawa haluan masing-masing dengan mempraktikkan cara dan strategi tersendiri. Lalu bagaimanakah kesudahan drama ini?

Diilhamkan dari kisah sebenar, filem Beyond The Blackboard arahan sutradara Jeff Bleckner pula mengangkat kisah seorang guru muda berusia 24 tahun yang kali pertama membuat perbezaan dalam kehidupan kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal. Dia mengajar di dalam kelas tempat perlindungan sementara.

Sekitar tahun 1987 di Albuquerque, New Mexico, filem ini berkongsi kisah satu legasi baru seorang guru dan ibu yang diberi pengajaran yang lebih sukar daripada yang dijangkakan dalam bidang pekerjaan mereka. Mereka mengajar anak-anak yang kehilangan tempat tinggal di sebuah sekolah yang ditempatkan di dalam bilik kecil dan sarat penuntut.

Pelbagai halangan terpaksa dihadapi dalam menyempurnakan impian bergelar pendidik yang sebenar kepada golongan kanak-kanak ini yang berdepan halangan seperti kekurangan bekalan buku dan kelengkapan pembelajaran.

Saksikan dua kisah menarik ini hanya sempena Hari Guru di TV2.

Babak dalam Cempaka Dahlia 1

beyond-the-blackboard-001

Film Beyond The Blackboard

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Cempaka Dahlia Lakonan Darling Ngasri, Kencana Dewi
  • Drama Gurukah Aku Lakonan Faizal Yusof & Siti Fazurina
  • Drama Sempena Hari Guru Lakonan Faizal Yusup, Fazurina
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Gambar Tiz Zaqyah di Sessi Ramah Mesra Drama GEMILANG
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Gambar Amy Search Bertemu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Maya Karin Berkempen Untuk Alam Sekitar
  • Ida Nerina Jadi Guru Seni Persembahan dan Lakonan di Akademi Fantasia 7
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Hiburan Santai D’ Pantai Dekati Artis

    Posted: 15 May 2012 08:08 PM PDT

    Hiburan Santai D' Pantai Dekati Artis Di TVi

    Berhibur dengan lagu-lagu popular di samping ketahui perkembangan terbaharu mereka menerusi sebuah program terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Santai d' Pantai yang menemui penonton sejak 4 Mei lalu.

    Menariknya program 13 episod yang menampilkan Nabil Raja Lawak sebagai pengacara ini disuntik dengan konsep berbeza kerana setiap episod artis undangan akan meluangkan masa dan bermalam di Resort Santai d' Pantai. Selain daripada meluangkan masa berbual tentang perkembangan terkini berkaitan kerjaya, penonton dapat berhibur dengan lagu-lagu nyanyian mereka.

    Aisya Hasnaa antara artis undangan program ini

    Artis popular yang diundang menghiburkan penonton setiap Jumaat, jam 9.00 malam menerusi stesen saluran remaja RTM, TVi (Saluran 180 Astro) adalah Mila, Aliff Satar, Lufya, Haziq, Amanda Imani, Kumpulan Tilu, Riz, Adam, Sani, Aisha Hasnaa, Kumpulan Cherita, Qalisha dan Nazira.

    Saksikan episod menarik antaranya bersama Kumpulan Tilu yang dijemput oleh Nabil untuk bercuti di Resort Santai d' Pantai. Kedatangan mereka disambut meriah seperti biasa oleh Nabil. Nabil berkenalan dengan setiap ahli kumpulan Tilu dan meminta mereka menyanyikan lagu pertama mereka yang bertajuk "Diam-Diam". Kemudian Nabil bertanya semula kepada Tilu mengenai nama kumpulan mereka, kreativiti mereka dalam menghasilkan lagu serta inspirasi. Tilu dengan besar hati menyanyikan lagu kedua mereka yang bertajuk "Yang Ku Ingin Cinta".

    Nabil dan Tilu meneruskan perbualan mereka dan Tilu meneruskan nyanyian untuk lagu yang ketiga bertajuk "Jangan-Jangan Cuba". Kemudian Nabil bertanya mengenai artis yang menjadi inspirasi dan idola kepada Tilu, banyak artis yang menjadi idola kepada Tilu tetapi mereka memilih lagu Sheila Majid yang bertajuk "Dia" untuk dinyanyikan istimewa buat Nabil.

    Tilu menyanyikan lagu kelima yang bertajuk "Kau Selalu Ada". Atas permintaan khas dari Nabil untuk mendengar lagu terakhir dari Tilu, mereka sudi menyanyikan lagu "Ku Bukan Aku". Setelah puas bercuti di Resort Santai d' pantai kumpulan Tilu mengambil keputusan untuk pulang dan Nabil menghantar mereka hingga ke jeti.

    Menerusi episod lain pula, suasana meriah dan kecoh Resort Santai d' Pantai apabila penyanyi Adam sampai dan terus menyanyikan lagu pertamanya yang bertajuk "Robot". Kemudian barulah Nabil datang menyambut kedatangan Adam. Kemudian Adam menyanyikan lagu keduanya pula yang bertajuk "Jatuh". Nabil mengajak Adam berborak sambil Adam menyanyikan lagu ketiga pula berjudul "Joget Lambak".

    Malam menjelma sambil duduk berborak di tepi laut Nabil dan Adam menikmati panorama waktu malam di Resort Santai d' pantai. Adam menyanyikan lagu Inggeris yang digemarinya yang bersesuaian dengan konsep santai iaitu lagu yang dipopularkan oleh Westlife bertajuk "More Than Words". Nabil menikmati nyanyian Adam sendirian, kemudian dia meminta Adam menyanyikan lagu terakhirnya iaitu "Kubertanya".

    Luangkan masa berhibur dengan program ini hanya di TVi.

    Program Santai d Pantai

    Pengacara Nabil bersama Amanda Imani

    Episod bersama Aliff Satar

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Dafi AF, Rahim Maarof, Ogy Ahmad Daud di Laman Santai
  • Dato' Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search di Laman Santai, Istana Budaya
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • Advertorial: Santai Sahur Bersama Dayu (D'Henna Artiste)
  • Showcase ulang tahun ke 16 KRU @ Ruums KL
  • Gemilang Anugerah PPMH Dalam Media Hiburan
  • Amylea Azizan, Jay Jay dalam Seikhlas Jasa
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan