Adsense

Rabu, 9 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ramli Sarip Berduet Dengan Raihan Untuk Konsert SADAQA

Posted: 09 May 2012 08:32 PM PDT

RAMLI SARIP BERSAMA RAIHAN UNTUK SADAQA

Konsert amal dan kerohanian yang pertama dari Raistar Entertainment

Selepas 27 tahun Ramli Sarip kini kembali dalam konsert persembahannya sendiri yang bercorak amal dan kerohanian. Diberi nama SADAQA sempena nama album terbarunya yang mengandungi 14 lagu-lagu pilihan lama dan baru yang berala religi, konsert 2-jam anjuran Raistar Entertainment ini akan berlangsung di Dewan Konsert Esplanade pada hari Sabtu, 16 Jun 2012, jam 8.30 malam.

Album Sadaqa yang dilancarkan baru-baru ini merupakan usaha mengumpul dana bagi Masjid Hasanah di Teban Gardens. Konsert SADAQA dianjurkan bagi menyokong penjualan album tersebut sekaligus menjadi satu-satunya konsert amal dan kerohanian di Singapura pada tahun ini.

Menurut ikon musik Singapura Ramli Sarip yang juga dikenali ramai sebagai Papa Rock, "SADAQA sebagai sebuah album dan konsert sungguh bertepatan dengan masanya. Kita juga sedang menghadapi kedatangan Ramadhan dan sedekah atau sadaqa ini merupakan antara ciri-ciri utama amalan kita sebagai umat Islam khususnya pada bulan yang paling mulia. Lagu-lagu yang akan dipersembahkan diharap dapat memberi pengertian dan kesan mendalam kepada para penonton terhadap hubungan kita dengan Tuhan dan sesama manusia." Kali terakhir Ramli membuat persembahan konsert secara solo 'Perjalanan Hidup' ialah pada tahun 1985 di World Trade Centre (sekarang dikenali sebagai Harbour Pavilion).

Ramli Sarip Berduet Dengan Raihan Untuk Konsert SADAQA

SADAQA akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti Kau Yang Satu, Bukan Kerana Nama dan Doa Buat Kekasih. Selain itu SADAQA juga menghidangkan lagu-lagu baru seperti Iqra dan Kekasih Ku.

Konsert SADAQA juga menampilkan artis undangan kumpulan Raihan yang juga merupakan persembahan sulung mereka di Esplanade.

Bagi pihak penganjur Raistar Entertainment, pengarahnya Cik Sulaimah Abdul Kadir berkata, "Ini peluang kami untuk meneruskan konsert-konsert sulung kami sambil beramal. Kami berharap masyarakat dapat memberi sokongan hebat kepada SADAQA seperti mana kejayaan konsert-konsert kami yang lalu."

Tiket-tiket berharga $58, $78, $98 dan $108 boleh didapati di semua cawangan Sistic dan dari lelaman www.sistic.com.sg mulai 11 Mei 2012. Album SADAQA akan dijual semasa konsert nanti pada harga $30. Bagi tiket-tiket khas yang berharga $148 (termasuk tempat duduk khas $118 dan CD SADAQA yang telah diautograf Ramli Sarip sendiri) boleh didapati secara langsung dari pihak penganjur Raistar Entertainment di talian 82888982 atau 93299352. Semua hasil jualan CD SADAQA yang hanya diedarkan di Singapura buat masa ini, akan didermakan kepada Masjid Hasanah.

Stesen radio Mediacorp Warna 94.2 merupakan Radio Rasmi dan Sungguh.com serta Selebriti.sg sebagai media online rasmi. Konsert SADAQA juga disokong saluran MediaCorp Suria dan ditaja MCC Makan Place.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ramli Sarip Live At Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Gambar Ramli Sarip di Konsert Tafsiran Alam: Wisdom of Nature
  • Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri Astro 2010
  • Konsert 2 Raksasa Sweet Charity & Blues Gang
  • Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM
  • Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 – Minggu 5
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung & M. Nasir Berduet Malam Nur Citra
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Gambar Aizat di Konsert Satu Suara di Istana Budaya
  • Nora Bakal Melancarkan Album Terbaru Berjudul HIKMAH

    Posted: 09 May 2012 08:21 PM PDT

    Penyanyi yang kini bertudung litup bersuara gemersik, Nora akan melancarkan abum terbaru NORA berjudul HIKMAH tak lama lagi.

    Album berbentuk kerohanian ini merupakan gabungan lagu-lagu lama dan baru hasil produksi Johan Nawawi Sdn Bhd (JNSB Publishing).

    Good luck buat Nora! Korang jangan lupa beli album HIKMAH ini yang akan berada di pasaran ya.

    HIKMAH - Invitation Card(front)

    Tags: ,

    Comments

    comments

    Powered by Facebook Comments

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nora Danish di Karpet Merah ABPBH2011
  • Lirik Lagu Raya Duet Hafiz Hamidun dan Haziq Mentari Syawal
  • Persembahan The Secret Life of Nora Dilanjutkan
  • Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
  • Joe Flizzow Lancar Album Baru The President
  • Persembahan Imran Ajmain di Plaza Pelangi Johor Bahru
  • Lirik Lagu Terukir Di Bintang Yuna
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Album Terbaru Disagree To Prevent the Earth from Moving With You Akan Dilancarkan
  • CD Album Chandra, Mr Gambus & Hans Anwar dari EQ Music