Celebrity News |
- Koleksi Kata-Kata Hikmat atau Hikmah | Himpunan Mutiara Kata
- Sinopsis Filem Jiwa Taiko
- Filem Mantera Lakonan Tomok Di Pawagam |Sinopsis Mantera | Video Mantera
- Berita Artis : Aliff Aziz Belum Sedia Tukar Kerakyatan
- Gossip Hanez Suraya Berkawan Dengan Awi Rafael
- Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Daniel Jejaka Perancis
- Berita Semasa: Astro Oasis Dedah Cara Perangi Sihir
Koleksi Kata-Kata Hikmat atau Hikmah | Himpunan Mutiara Kata Posted: 09 May 2012 10:31 AM PDT Sekadar Hiasan Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci. Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun. Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya. Lawati : Koleksi Cinta Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah) Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan. Sayidina Ali menyatakan "Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona'ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia". Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home) Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77) "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18) Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz) Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib) Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214) Kekitaan yang erat tiada yang berat. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. |
Posted: 09 May 2012 10:18 AM PDT Filem Jiwa Taiko mengisahkan kesalahan Firman membawa dia ke penjara tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan ke arah haluan hidup yang baru. Seperti gadis yang ingin dicintai, Trisya juga begitu tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Freez! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. JIWA TAIKO menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti. 4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab dimana mereka dan kawan-kawan yang lain memperlajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora yang merupakan seorang yang memahami jiwa remaja seperti mereka. Kemunculan Pinto, sahabat baik firman masa lalu kini mencabarnya. Pulang ke tempat asal ke jalan yang gelap atau dia akan dimusuhi Pinto selamanya! Jiwa Taiko adalah filem aksi drama arahan Osman Ali pengarah dari filem Ombak Rindu. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Filem Mantera Lakonan Tomok Di Pawagam |Sinopsis Mantera | Video Mantera Posted: 09 May 2012 10:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail gementar untuk melihat penerimaan peminat terhadap lakonan pertamanya menerusi filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini. Tomok berkata, dia gementar kerana bimbang akan mengecewakan para peminatnya menerusi lakonan pertama itu walaupun telah memberikan sumbangan yang terbaik. "Ini adalah filem pertama lakonan saya yang bakal keluar dan sudah tentu saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton dan peminat terhadap lakonan saya. "Bagaimanapun saya optimis mereka bakal menyukai filem ini secara keseluruhannya," ujarnya kepada mStar Online. Tomok ditemui selepas menghadiri tayangan perdana filem arahan pengarah muda iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy di sini pada Selasa lalu. Dalam pada itu, Tomok berkata, dirinya secara peribadi berpuas hati dengan lakonannya itu dan menganggap penantian selama ini akhirnya berbaloi. Tomok bagaimanapun memberitahu, sebagai pelakon baru dia masih perlu mempelajari pelbagai perkara tentang selok-belok lakonan dan tidak boleh terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan. Info : Mstar SINOPSIS MANTERA Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan 'Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman. Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superhuman' kepada pemakainya. Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus. TRAILER MANTERA This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Berita Artis : Aliff Aziz Belum Sedia Tukar Kerakyatan Posted: 09 May 2012 09:53 AM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mengakui dia belum bersedia untuk menjadi penduduk tetap negara ini walaupun banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur bagi urusan kerjaya nyanyiannya. Aliff yang merupakan warganegara Singapura itu berkata, dia baru sahaja menetap di Kuala Lumpur sejak Januari lalu dan ingin melihat kemampuannya untuk bertahan dalam industri hiburan tempatan. "Rasanya masih awal lagi untuk saya membuat permohonan bagi menjadi penduduk tetap di Malaysia. Tambahan pula belum sampai setahun lagi saya menetap di Kuala Lumpur. "Umur saya pula baru saja 21 tahun dan saya belum bersedia untuk menukar kerakyatan saya. Setakat ini saya hanya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali," katanya selepas pelancaran album ketiganya berjudul Aliff Aziz. Tambah Aliff, dia percaya muzik-muzik yang dibawakannya masih boleh menawan hati peminat-peminatnya di Malaysia. Mengenai album terbarunya terbitan Sony Music, Aliff masih lagi kekal dengan lagu berkonsepkan pop seperti dua albumnya sebelum ini. "Selepas dua tahun melaksanakan tanggungjawab menjalani latihan khidmat negara di Singapura, secara pantas saya hasilkan album ketiga ini dengan bantuan dua komposer yang sangat saya gemari iaitu Azlan Abu Hassan dan Panji Sakti
Album terbaru Aliff yang telah pun berada di pasaran sejak 20 Mac lalu ini memuatkan sebanyak 10 buah lagu antaranya Jangan Ganggu Pacar Ku, Cinta Ya Cinta, Hanya Lagu, Sudah Nasib Ku, Cinta Dusta, Setiap Detik, Nada Cinta dan Dilema Cinta (menampilkan Hao Ren) termasuklah dua lagu berbentuk 'minus one'. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gossip Hanez Suraya Berkawan Dengan Awi Rafael Posted: 09 May 2012 09:48 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri 3 Janji, Hanez Suraya mengakui selesa menjalinkan hubungan dengan penyanyi Awi Rafael yang digosipkan bercinta dengannya. Hanez berkata, Awi adalah lelaki yang paling rapat dengannya buat masa ini namun menolak dakwaan mereka sedang bercinta. "Tiada apa yang perlu saya sorokkan kerana hakikatnya memang kami berkawan baik dan bukannya bercinta buat masa ini. Namun tidak dinafikan Awi adalah lelaki yang paling rapat dengan saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu. Tambah Hanez, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan mengenai soal cinta kerana terlalu sibuk dengan kariernya sebagai pelakon dan tidak mahu terburu-buru mengejar soal itu. "Sekarang ni memang tiada masa nak cari teman lelaki kerana sibuk dengan kerja jadi saya tidak terlalu memikirkannya. Tambahan pula ia bukan keutamaan untuk diri saya," katanya. Dalam pada itu, ditanya jika dia ditakdirkan bercinta dengan Awi, Hanez berkata, sukar baginya untuk menyatakan mengenai hal tersebut dan membiarkan masa menentukan hala tuju hubungan mereka. Hanez memberitahu, walaupun berkawan baik tetapi mereka jarang dapat berjumpa kerana sibuk dengan aktiviti seni masing-masing dan hanya berbual memalui telefon jika berkelapangan. "Kami masing-masing sibuk dan hanya berkesempatan untuk bercakap menerusi telefon sahaja. Tetapi dia adalah seorang kawan yang banyak memberi saya semangat dan menyokong dalam apa saja yang saya lakukan," ujarnya. Bagaimanapun kata Hanez, sekiranya hubungan mereka menjadi serius, biarlah perkara itu didedahkan sendiri oleh Awi kerana tidak manis baginya sebagai wanita untuk bercakap mengenai perkara tersebut. "Nanti orang kata saya syok sendiri pula, jadi jika perkara itu berlaku antara saya dan Awi biarlah dia yang membuka mulut dan bukannya saya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, dia bakal berangkat ke Perancis pada 20 Mei depan bagi menyelesaikan baki penggambaran drama bersiri berjudul Dalam Hati Ada Taman yang menggandingkan dirinya dengan pelakon popular Indonesia iaitu, Randid Pangalila. Hanez berkata, dia senang dapat bekerjasama dengan pelakon sinetron itu kerana Randid sangat peramah dan banyak membantu ketika di set penggambaran. Sumber : Mstar ZoOM : Kalau kahwin terus pun tak apa Hanez....dua-dua bujang... Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Daniel Jejaka Perancis Posted: 09 May 2012 09:43 AM PDT Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia. Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang dimiliki lelaki berusia 47 tahun itu. "Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari. "Eric juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa hormat budaya kita di Malaysia. Soal itu langsung tidak pernah menjadi masalah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu. Nurul ditemui selepas melancarkan album mini terbarunya di sini. Tambah Nurul, dia tidak perlu risau mengenai budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada lelaki Eric. Nurul memberitahu, pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini. "Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam aspek kerohaniannya sebagai mualaf. "Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya. Sumber : Mstar Online ZoOM : Semoga hari bahagia itu akan tiba, dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dengan artis yang berkahwin dengan jejaka daripada negara lain. Apa-apa pun tidak semua isi jagung rosak (pepatah ZoOM je tau) Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Berita Semasa: Astro Oasis Dedah Cara Perangi Sihir Posted: 08 May 2012 07:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakar perunding ilmu spiritual Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) menegaskan tidak gentar untuk berhujah mengenai senario ilmu sihir melalui program televisyen kerana merasakan ia wajar didedahkan kepada masyarakat. Pak Engku, 60, berkata, walaupun ilmu sihir adalah sesuatu yang digeruni dan sensitif di kalangan masyarakat tetapi dia terpanggil untuk memberikan pendedahan berdasarkan pengalamannya sebagai pengamal perubatan alternatif selama 42 tahun. "Saya akui sihir bukan perkara main-main dan memang mencabar. Jarang ada pihak yang berani untuk berhujah atau memerangi perkara ini secara terbuka apatah lagi menerusi program televisyen. "Namun, saya tidak ragu-ragu atau gentar untuk menentang sihir kerana ia adalah satu kerugian jika saya tidak berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimiliki ini untuk membantu masyarakat," katanya kepada mStar Online. Pak Engku berkata demikian selepas mengacarakan rakaman program terbaru berjudul Perangi Sihir (PS) di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil di sini, malam Isnin. Program bual bicara mingguan ini disiarkan selama 30 minit menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Isnin bermula pukul 7.30 malam sebanyak 13 episod. Pak Engku berkata, umat Islam tidak perlu berasa takut atau tunduk kepada gangguan serta godaan jin dan syaitan, sebaliknya menentang amalan sihir tanpa tolak ansur. "Sihir boleh dilawan jika kita mempunyai kekuatan rohani dan metafizik serta amalan yang cukup. Sebagai hambanya, kita wajar berusaha dan berserah selebihnya kepada Allah.Sumber ZoOM : Semoga ia akan menjadikan program ini sebagai iktibar jika ia membawa kebaikan, dan begitu juga sebaliknya Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |