OHBULAN! |
Kenyataan Maaf David Teo Terhadap Isu Arwah Bob Kuman Posted: 08 May 2012 09:10 PM PDT Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri. Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi. Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan "sedekah" yang saya maksudkan adalah "derma atau sumbangan". Apa yang saya faham, "sedekah" bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar "senyum adalah satu sedekah" dan "sedekahkan al-Fatihah" jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir. Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya. Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati. Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga. Ikhlas, David Teo |
Email Pembaca : Tak Puas Hati Dengan Sharnaaz Posted: 08 May 2012 08:53 PM PDT Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya kepada seorang artis yang sedang hangat bercinta iaitu Sharnaaz. Sejak akhir-akhir ini saya tengok perangai dia semakin menjadi-jadi & annoying. Apa yang saya perasan, Sharnaaz ni ada perangai ego yang tak bertempat. Jika awak tengok apa yang dia tweet pada hari Sabtu (5/05/2012), dia begitu lantang memaki hamun orang yang mengkritik Shila Amzah, si kekasih hatinya tu. Sebagai pengguna Twitter, saya yang tidak ada kena mengena pun terasa sakit hati. Saya balas tweet tersebut. Niat saya hanya untuk menegur dan rasa kesian kerana Shila yang menjadi mangsa. Walau pun ringkas dia balas "haktui", pada saya itu adalah satu respon yang amat kurang ajar dan tak beradab. Nak "laknatullah" orang luar jangan sampai orang ramai balas balik ke batang hidung sendiri. Saya tak menolak sekiranya sikap dia yang begini akan membuatkan Shila kehilangan peminat. Tak mustahil Shila akan gagal untuk masuk ke final Mania sebab orang meluat dengan sikap Sharnaaz yang terlalu over dan obses mempertahankan Shila. Saya berharap Sharnaaz boleh menerima teguran orang di sekeliling. Saya percaya pelakon yang berjaya adalah pelakon yang mempunyai sikap yang baik dan boleh menerima teguran. Contohi artis-artis yang berjaya seperti Aaron Aziz, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Shila Majid, dan sebagainya. Kalau perangai Sharnaaz macam ni memang tak kemana la dia. Tak hairan pun kalau tak tercalon ABPBH hari tu. Kalau nak bercinta biarlah berpada-pada. Nak berkasih sayang biarlah bersederhana. Tak perlu la nak show off sangat kepada khayalak ramai. Sedar sikit awak tu artis yang orang perhatikan. Kerjaya awak pun bergantung pada penilaian orang ramai. Kalau ramai yang tak suka kan susah nak dapat job nanti? Nak bertwitter pun tiada salahnya tapi biar berpada-pada. Harap Sharnaaz dapat pertimbangkan perkara ni baik-baik. Untuk Shila, saya harap awak dapat jaga diri dan jauhi kontroversi. Shila masih muda dan boleh pergi jauh jika mampu pertahankan imej yang bersih. Saya juga ingin Shila sentiasa tetap dengan pendirian demi kerjaya nyanyiannya. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |