Adsense

Rabu, 23 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Tuduhan To’ki Jadi Peminta Sedekah Sangat Kejam

Posted: 22 May 2012 02:11 PM PDT


To'ki Penyanyi yang popular di sekitar era 90′an kecewa apabila ada laman hiburan yang menuduh beliau sebagai peminta sedekah malah ada yang mendakwa To'ki juga seorang penagih dadah di kawasan sekitar pasar borong Selayang.. To'ki yang kecewa dengan tuduhan yang memalukan itu menganggap orang yang menabur fitnah itu sebagai orang yang sangat kejam kerana memfitnah tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu..

"Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai. Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu,"

Tambah To'ki lagi, rumahnya memang berhampiran dengan pasar borong Selayang dan sering ke sana untuk berjumpa rakan-rakan dan bersarapan pagi dikedai berhampiran.. To'ki juga menafikan yang beliau seorang penagih dadah, jika sesiapa yang tidak percaya boleh lah menangkap dan membawa beliau ke balai polis untuk ujian air kencing..

"Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?. Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu,"

"Kalau saya nafikan bukan orang nak percaya. Jadi, tangkap saja saya jika ternampak kelibat saya dan serahkan kepada polis untuk buat ujian air kencing,"

sumber:mstar

Sidang Media Adi Putra Jelaskan Isu Cerai

Posted: 22 May 2012 01:32 PM PDT

Sidang Media Adi Putra Jelaskan Isu Cerai
Ramai yang sudah tahu yang Adi Putra telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya dan sudahpun menarik balik permohonan itu pada hari isnin yang lalu.. Ramai peminat yang buat spekulasi yang buruk dan beranggapan Adi Putra bermain-main dengan isu penceraian ini menyebabkan Adi Putra mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku..

"Saya bersyukur orang menuduh saya 'main-main' kerana saya yang dapat pahala. Bagi saya, apa yang berlaku adalah masalah rumahtangga kami. Saya buat perkara yang benar, jadi jika kena bertubi-tubi, saya diam saja kerana saya tak boleh nak menghentikan andaian serta spekulasi orang,"

"Mungkin ramai yang nak tanya sama ada jadi atau tidak kami bercerai. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan isteri telah menutup fail penceraian itu di mana persefahaman yang telah bergolak selama ini sudah kembali pulih. Saya terbuka untuk berkongsi kepada semua tapi tentang aib itu, maaf saya tidak dapat cerita sebab ini melibatkan masalah dalam rumahtangga."

"Tujuan saya dan isteri mengadakan sidang media ini juga adalah untuk meleraikan serta menjelaskan tentang spekulasi dan andaian ramai pihak yang kononnya saya dah bercerai, ada orang ketiga serta punca bercerai kerana isu kami tidak ada anak. Bagi saya, semuanya tidak ada kena-mengena dengan masalah yang timbul antara kami."

"Ada juga orang kata punca perkara ini berlaku kerana populariti saya yang meningkat sekarang. Bagi saya, perkara ini kelakar. Kalau nak kata saya popular, saya tak pernah menang apa-apa anugerah lagi. Saya tetap orang yang sama. Bagi saya ini bukan sebab populariti tapi memang urusan dalam rumahtangga kami." (Gua)

Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof yang hadir ke Sidang media yang diadakan di Hotel Park Royal itu menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran dan kesedaran buat mereka berdua.. Adi Putra juga berterima kasih buat semua peminat yang mendoakan kebahagian rumah tangganya..